Selamat Tengahari semua. Lama betul dah tak mengemaskini-kan pelajaran di laman web ini. Hari ini mari kita tinjau berkenaan penjodoh bilangan untuk haiwan seperti kucing, arnab dan lain-lain lagi. Di dalam bahasa jepun mengikut jenis haiwan tersebut ada beberapa jenis penjodoh bilangan yang di guna pakai. Hari ini mari kita lihat penjodoh bilangan "hiki" yang di guna pakai untuk kucing, arnab, anjing dan juga lain-lain lagi. "hiki" adalah penjodoh bilangan yang boleh di guna pakai untuk banyak jenis haiwan.
Cara penggunaannya adalah seperti berikut_______hiki = _______ekor
Ip-piki = Se-ekor
Ni-hiki = Dua-ekor
San-biki = Tiga-ekor
Yon-hiki = Empat-ekor
Go-hiki = Lima-ekor
Rop-piki = Enam-ekor
Nana-hiki = Tujuh-ekor
Hap-piki = Lapan-ekor
Kyuu-hiki = Sembilan-ekor
Jup-piki = Sepuluh-ekor
Nan-biki = Berapa-ekor
Contoh Ayat
Watashi-wa petto-toshite ippiki-no-usagi to ni-hiki-no neko wo katteimasuSaya memelihara se-ekor arnab dan dua-ekor kucing sebagai haiwan peliharaan
Sakki, kaeru ni-hiki wo mitsukemashita
Tadi, saya jumpa dua ekor katak
Perkataan Baru
Petto = Haiwan peliharaanUsagi = Arnab
Neko = Kucing
Kau = Pelihara
Kaeru = Katak
Kategori : Penjodoh
* * *
Penjodoh Bilangan (Buku)
August 05, 2005
Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan bagi buku dan juga majalah adalah "satsu". Tulisan kanji bagi satsu adalah "冊"
Cara penggunaannya adalah seperti berikut
_______satsu = _______bijiis-satsu = se-biji
ni-satsu = dua biji
san-satsu = tiga biji
yon-satsu = empat biji
go-satsu = lima biji
roku-satsu = enam biji
nana-satsu = tujuh biji
has-satsu = lapan biji
kyuu-satsu = sembilan biji
jus-satsu = sepuluh biji
nan-satsu = Berapa biji
Contoh Ayat
Watashi-ga ima-made yonde-kita hon-no-kazu-wa jus-satsu desuSampai sekarang jumlah buku yang telah saya baca adalah 10 biji
Tsukue-no-ue-ni is-satsu-no-nooto-ga arimasu
Terdapat sebiji buku nota di atas meja
Perkataan Baru
Yomu = BacaTsukue = Meja
Ue = Atas
Nooto = Buku nota
Arimasu = Ada (Untuk benda tidak hidup)
Kategori : Penjodoh
* * *
Penjodoh Bilangan (Tingkat)
January 21, 2005
Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan bagi "tingkat" yang biasa di pakai untuk bangunan dan sebagainya adalah "kai". Sebutannya adalah "kai" sama juga dengan penjodoh bilangan yang menggambarkan "kali". Tetapi "kai" untuk "tingkat" tulisannya adalah berbeza dengan "kai" untuk "kali".
"階" = tingkat, "回" = kali. (Kalau ada japanese font akan nampak perbezaannya)
Cara penggunannya adalah seperti berikut
_______kai = _______tingkat/ tingkat_______ik-kai = se-tingkat/ tingkat 1
ni-kai = dua tingkat /tingkat 2
san-gai = tiga tingkat/ tingkat 3
yon-kai = empat tingkat/ tingkat 4
go-kai = lima tingkat/ tingkat 5
rok-kai = enam tingkat/ tingkat 6
nana-kai = tujuh tingkat/ tingkat 7
hak-kai = lapan tingkat/ tingkat 8
kyuu-kai = sembilan tingkat/ tingkat 9
juk-kai = sepuluh tingkat/ tingkat 10
nan-gai = Berapa tingkat/ tingkat berapa
Contoh Ayat
Watashi-ga ima sundeiru apaato-wa yon-kai-date-desuApartment tempat saya tinggal sekarang ini ada 4 tingkat.
Ali-san-no-heya wa rok-kai ni arimasu.
Bilik ali berada di tingkat 6.
Anata-wa "KLCC-Twin-Tower"-no ni-juk-kai-ni itta-koto-ga arimasuka.
Awak pernah ke pergi ke tingkat 20 bangunan "KLCC Twin-Tower"
Perkataan Baru
Apaato = ApartmentHeya = Bilik
Itta-koto-ga arimasu = Pernah pergi
Latihan
Cuba buat ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan "kai" Kategori : Penjodoh* * *
Penjodoh Bilangan (Batang)
November 23, 2004
Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan untuk benda yang besar dan panjang seperti pen, rokok, tiang dan juga sungai adalah "hon". Jadi "hon" sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu adalah "batang".
_______hon = _______batang
ip-pon = se-batang
ni-hon = dua batang
san-bon = tiga batang
yon-hon = empat batang
go-hon = lima batang
rop-pon = enam batang
nana-hon = tujuh batang
hap-pon/hachi-hon = lapan batang
kyuu-hon = sembilan batang
jup-pon = sepuluh batang
nan-bon = Berapa batang
Contoh Ayat
Watashi-ni tabako-wo san-bon kudasaiBagikan saya tiga-batang rokok.
Ali-san wa enpitsu-wo go-hon kaimashita.
Ali telah membeli lima-batang pensel.
Perkataan Baru
Tabako = RokokEnpitsu = Pensel
Kaimashita = Membeli (Bentuk kata kerja past tense)
Latihan
Cuba buat ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan "hon" Kategori : Penjodoh* * *
Penjodoh Bilangan ( Benda nipis )
September 23, 2004
Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan untuk benda yang nipis seperti kertas dan juga kain adalah "mai". Jadi "mai" sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu adalah "helai".
_______mai = _______helai
ichi-mai = se-helai
ni-mai = dua helai
san-mai = tiga helai
yon-mai = empat helai
go-mai = lima helai
roku-mai = enam helai
nana-mai = tujuh helai
hachi-mai = lapan helai
kyuu-mai = sembilan helai
juu-mai = sepuluh helai
nan-mai = Berapa helai
Contoh Ayat
Watashi-ni shiroi-kami wo ichi-mai kudasaiBagikan saya se-helai kertas putih.
Ali-san wa ichi-mai no nuno ni shi-wo kakimashita.
Ali menulis puisi di atas se-helai kain.
Perkataan Baru
Shiroi = PutihKami = Kertas
Nuno = Kain
Shi = Puisi
Kakimashita = Menulis (Bentuk kata kerja past tense) Kategori : Penjodoh
* * *
Penjodoh Bilangan ( Masa )
September 07, 2004
Hari ini kita akan mempelajari berkenaan masa.
Jam
"Pukul" ataupun "jam" di dalam bahasa jepun adalah "ji". Contoh penggunaanya adalah seperti berikut:-ichi-ji = pukul 1
ni-ji = pukul 2
san-ji = pukul 3
yo-ji = pukul 4 ( empat di dalam bahasa jepun adalah shi ataupun yon tetapi di dalam minit yo di gunakan )
go-ji = pukul 5
roku-ji = pukul 6
shichi-ji = pukul 7 ( tujuh di dalam bahasa jepun adalah shichi ataupun nana tetapi di dalam minit hanya shichi yang boleh di gunakan )
hachi-ji = pukul 8
ku-ji = pukul 9 ( sembilan di dalam bahasa jepun adalah ku ataupun kyuu tetapi di dalam minit hanya ku yang boleh di gunakan )
juu-ji = pukul 10
juu ichi-ji = pukul 11
juu ni-ji = pukul 12
nan-ji = pukul berapa?
Minit
"Minit" di dalam bahasa jepun adalah "fun". Contoh penggunaanya adalah seperti berikut:-ip-pun = 1minit
ni-fun = 2 minit
san-pun = 3 minit
yon-pun = 4 minit
( empat di dalam bahasa jepun adalah shi ataupun yon tetapi di dalam minit hanya yon yang boleh di gunakan )
go-fun = 5 minit
rop-pun = 6 minit
nana-fun/shichi-fun = 7 minit
hap-pun = 8 minit
kyuu-fun = 9 minit
( sembilan di dalam bahasa jepun adalah ku ataupun kyuu tetapi di dalam minit hanya kyuu yang boleh di gunakan )
jup-pun = 10 minit
nan-pun = berapa minit
Kategori : Penjodoh* * *
Penjodoh Bilangan ( Umur )
September 05, 2004
Hari ini kita akan belajar berkenaan penjodoh bilangan untuk "umur" di dalam bahasa jepun.
Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan untuk umur adalah sai.
Contoh penggunaannya adalah seperti berikut:-
Anata-wa nan-sai desu-ka = Berapakah umur awak?
Watashi-wa 30-sai desu = Umur saya 30 tahun
* Untuk lebih polite lagi di dalam ayat untuk bertanyakan umur seseorang itu, perkataan nan-sai itu hendaklah di gantikan dengan o-ikutsu, jadi untuk ayat soalan di atas sekiranya untuk ayat yang lebih polite lagi:-
Anata-wa o-ikutsu desu-ka = Berapakah umur awak?
Kategori : Penjodoh* * *
Penjodoh Bilangan (Benda)
August 20, 2004
Penjodoh bilangan untuk benda seperti buah, sayur dan benda- benda berbentuk bulat:-
_______ko = _______biji
ikko = sebiji
niko = dua biji
sanko = tiga biji
yonko = empat biji
goko = lima biji
rokko = enam biji
nanako = tujuh biji
hachiko = lapan biji
kyuuko = sembilan biji
jukko = sepuluh biji
Contoh Ayat
Kono tamago wa ikko ikura desuka?
Berapakah harga sebiji telur ini?
Alisan wa mikan wo goko kaimashita.
Ali telah beli lima biji limau.
Perkataan Baru
ko= biji
tamago = telur
kaimashita = telah beli
mikan = limau
* * *
Penjodoh Bilangan ( Orang )
August 04, 2004
Hari ini kita akan belajar mengenai penjodoh bilangan untuk orang ataupun manusia.
Penjodoh bilangan untuk orang di dalam bahasa melayu adalah se-orang, dua-orang, tiga-orang, dan juga seterusnya yang mana semuanya sama tidak kira bilangan orangnya. Tetapi di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan yang digunakan untuk orang adalah di dalam tiga bentuk iaitu hitori untuk se-orang, futari untuk dua-orang dan ____nin untuk tiga-orang dan seterusnya. Cara penggunannya adalah seperti berikut:-
se-orang = hitori
dua-orang = futari
_______nin = _______orang : untuk tiga orang dan seterusnya.
Contoh untuk tiga orang hingga ke sepuluh orang.
san-nin = tiga orang
yo-nin = empat orang
go-nin = lima orang
roku-nin = enam orang
nana-nin = tujuh orang
hachi-nin = lapan orang
kyuu-nin = sembilan orang
juu-nin = sepuluh orang
* Untuk lebih hormat lagi "mei" di gunakan untuk menggantikan "nin" sebagai penjodoh bilangan untuk manusia ataupun orang.Contohnya:-
1 orang = Ichi-mei
2 orang = Ni-mei
3 orang = San-mei
Contoh Ayat
Anata-wa nan-nin kyoudai-desuka?
Berapa orangkah adik beradik awak?
Watashi-wa go-nin kyoudaidesu
Saya ada lima orang adik beradik
Perkataan Baru
nin = orang
kyoudai = adik beradik
nan-nin = berapa orang
http://bahasajepun.com/arkib/penjodoh/index.html
No comments:
Post a Comment