NUFFNANG Ads

Sunday, June 28, 2009

Jemputan Makan Durian



Sekarang sudah masuk musim durian gugur di sekitar daerah di negeri Perak - pelbagai jenis durian sekarang sudah berada di pasaran dengan harga sedikit mahal dalam waktu yang terdekat ini (awal musim).

Sempena dengan musim durian kali ini rakan V22 kita 9W2 MPB menjemput semua rakan-rakan Radio Amatur tidak kira berada dimana menghadiri majlis jamuan makan durian secara berkelah pada, masa dan tempat berikut;

Tarikh: 5hb Julai 2009
Jam : 10 pagi (sampai habis buah durian)
Tempat : Di Kediaman Ayahandanya
di kampung Suak Petai, Manong.

Frekuensi perhubungan V.22 (145.275)
HP : 012 544 0454 ( Man )
#sebarang pertanyaan atau pandu arah bolehlah menghubungi kemudahan di atas.

Thursday, June 25, 2009

Gerai yang menarik perhatian


(Foto 9w2 ZAE)

Gerai pameran herba tempatan adalah diantara gerai yang mendapat sambutan umum di Ladang Herba, Simpang Pulai dekat Ipoh.

Pameran itu diadakan sempena Majlis Perasmian Ladang berkenaan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak baru-baru ini.

Diantara pameran herba yang menarik minat pengunjung ialah; pokok kacip fatimah, beberapa jenis pokok herba lain sepertimana dalam gambar di atas.

Monday, June 22, 2009

KUDA KEPANG MUDAH ALIH ??


Ahaa sekarang sudah ada kuda kepang yang mudahalih dibawa kemana sahaja tanpa mengira rupa bentuk muka bumi malah memberikan kemudahan apabila malas nak berkayuh...

Bilakah agaknya kuda kepang jenis ini sampai ke tempat kita?? bio mereka yang arif terutama yang suka berkayuhan itu menjawabnya..


Sunday, June 14, 2009

MUSIM DURIAN DATANG LAGI


Musim buah durian luruh di Perak sudah mula membanjiri sekitar negeri ini dan ramai kalangan pembeli ada yang sudah menempah untuk mendapatkannya.

Ada setengah kawasan/daerah waktu ini sedang membuang buruk (awal luruhan) dan sebahagiannya juga sudah berada di pasaran.

Harga? jangan di tanya ... yang penting kita tidak terlepas menikmati "Raja Buah" itu tahun ini.

Wednesday, June 10, 2009

BERITA TERKINI DARI MCMC

Di bawah ini saya panjangkan email yang disampaikan oleh rakan kita di Segamat untuk tindakan - perhatian dan makluman rakan-rakan semua...



Daripada: North Johor Ham Community <9w2nos@gmail.com>
Subjek: North Johor Ham Community's Newsletter
Kepada: 9w2ipt.
Tarikh: Selasa, 9 Jun, 2009, 8:58 AM



Sent by Penghulu On 09 June 2009 Subject: Resend - GUIDELINE FOR APPARATUS ASSIGNMENT 20 May 2009 (SKMM/G/01/09)

Salam Persahabatan,

Pihak kami ingin memaklumkan kepada rakan-rakan semua bahawa SKMM telah mengeluarkan Garispanduan (Guideline) (SKMM/G/01/09) yang terkini pada 20 May 2009.

Diharapkan semua rakan-rakan dapat memaklumkan kepada SWAL perkembangan terkini dan kenalpasti pindaan atau berubahan yang terdapat didalam Guideline terbaru ini.

Sila download GUIDELINE FOR APPARATUS ASSIGNMENT 20 May 2009 (SKMM/G/01/09) di sini untuk Guideline terbaru.

Sekian.

Wassalam

Penghulu,
Segamat Ham Community
http://segamathamclub.com






Sunday, June 7, 2009

ANDA BOLEH MENGUBAHNYA

Yang seringkali berlaku dan terjadi apabila kita memakai selipar jepun untuk ke masjid atau ke surau, masing-masing sebuk menunaikan Ibadah ada pula tukang kutip kasut-kasut terutama selipar yang kita pakai.

Untuk mengelak daripada berlaku atau terjadi , apa kata, kita rantaikan selipar itu sepertimana gambar di atas? anda boleh mengubahkannya...

Thursday, June 4, 2009

Monday, June 1, 2009

Tahniah PARTS 8 Finalis Laman Web

Written by Azmi b. Abd Rahman [9W2ACB]

ImageTahniah diucapkan kepada PARTS kerana laman web ini telah terpilih sebagai final 8 dan mendapat hadiah saguhati (RM500) dalam pertandingan Laman web NGO PENANG OPEN e-CREATIVE CHALLENGE 2009 atau CABARAN e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009 anjuran PDC dan SKMM. Oleh kerana Webmaster 9W2SHB Saleh tidak dapat hadir, saya mewakili beliau bersama pengerusi PARTS 9W2SLJ Pak Lope dijemput ke Bukit Jambul Golf Resort untuk majlis penyampaian hadiah pagi Sabtu 23-Mei-2009 yang lalu. Kami tak menyangka akan menang salah 1 hadiah saguhati dari 5 hadiah tersebut kerana pengerusi pertandingan mengumumkan sambutan yang menggalakkan iaitu lebih 100 penyertaan dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada semua ahli PARTS yang terlibat!. Untuk informasi dan koleksi foto sila layari 9w2acb.blogspot.com dan www.pdc.gov.my


(Rujukan: http://www.parts.org.my/joomla/index.php?option=com_content&task=view&id=118&Itemid=1

Pengiklanan