NUFFNANG Ads

Saturday, December 19, 2009

7 stesen ikuti Ops Tengas ke 5

(sebahagian peserta sempat ber QSO dengan 9W2 APH)


TAIPING - Sebanyak 7 stesen telah menyertai Ops Tengas ke 5 yang telah berlangsung di Lata, Batu Hampar dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET) aktiviti yang seumpama itu yang mengabungkan 2 kawasam RA di Perak - Perak Tengah dan Taiping adalah pertama kali diadakan.

" Ops Tengas kali ke 5 kali ini kearah merapatkan hubungan dua kawasan Radio Amatur yang terbabit dan akan diteruskan dari masa ke semasa.." jelasnya

(peserta sedang bersarapan sebelum memulakan Ops Tengas ke 5)


Mereka yang berkesempatan menyertai Ops tersebut terdiri daripada 9W2 PHJ, 9W2 HBC, 9W2 IPT, 9W2 OCC, 9W2 VZO, 9W2 SMZ dan 9w2 LAD.

Sebelum ops tengas ke 5 ini bermula, semua peserta juga dapat ber eyeball bersama 9W2 APH, yang secara kebetulan melintasi kawasan berkenaan kerana menyertai konvoi PARTS ke Perlis.


(9W2 PHJ bersama 9W2 VZO sedang memeriksa jala dan diperhatikan 9W2OCC)

Sementara itu, para peserta juga berpeluang ber QSO di daratan sambil sarapan pagi di pekan Padang Gajah.

Projek Ops Tengas itu dipelupori oleh GRAPET dan sebelum ini telah melaksanakan 4 ops tengas sekitar kawasan Kuala Kangsar.

(Sebahagian hasil daripada Ops tengas ke 5 hari ini)

No comments:

Pengiklanan