NUFFNANG Ads

Monday, October 27, 2008

Mesra...... Meriah....... Raya Parts

Mesra... Meriah... begitulah yang dapat ditafsirkan pada majlis Jamuan Raya Aidulfitri 1429H anjuran Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) tengah hari tadi (27 Oktober 2008)

Majlis tersebut berlangsung di Wakaf Parts (jalan Slibin, Ipoh) dihadiri lebih 60 stesen RA seluruh negeri Perak.
Sebelum majlis tersebut bermula, rakan-rakan RA terus berQSO di daratan secara berkumpulan seolah - olah sebuah keluarga yang melepaskan berkerinduan antara satu sama lain yang di selangseli dengan ketawa dan tersenyum lebar.

Pengerusi Parts, Pak Lop ( Redzuan Bin Jamaluddin - [9w2SLJ] ) telah berucap dan memula kan majlis jamuan tersebut.

Hidangan yang disajikan termasuk nasi, lemang, ketupat dan berjenis-jenis masakan dan kuih muih ada disediakan.
Sempena dengan majlis tersebut sekumpulan rakan-rakan RA (yang diketuai oleh Pak Naim 9W2NIM) yang baru sahaja memperolehi AA daripada MCMC meraikan "Sifu"pak Lop dan menyampaikan tanda mata diatas kejayaan beliau membimbing dan memberi latihan kepada para pelajar dibawah seliaannya sehingga memperoleh kejayaan yang cemerlang.
(Anak didik Sifu Pak Lop yang meraih kejayaan RAE lalu)

Saya bagi pihak rakan-rakan tersebut merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kami kepada SIFU "Pak Lop" justeru " JASA MU TETAP DI KENANG KE AKHIR HAYAT"

Sunday, October 19, 2008

Utara dan Tengah Jalin Ikatan


Sejumlah 17 buah Jalopy rakan-rakan RA dari Wilayah Taiping- Parit Buntar-Pulau Pinang telah menyertai Konvoi Jalinan Ikatan Mesra Utara dan Tengah (Kuala Kangsar) Negeri Perak pada tengah hari semalam (19hb Oktober 2008).

Konvoi tersebut diketuai oleh Dato' Megat disertai kira-kira 30 stesen serta 20 penggiring di kediaman 9W2KLA (kak Lela) dan RKK (pak Pian) di Kampung Sayong, Kuala Kangsar.


Majlis Ramah mesra yang menjalin dua ikatan mesra berjalan selama kira-kira 3 jam dan konvoi tersebut tamat kunjungan mereka ke Wilayah Tengah Negeri Perak itu ke Tapak Perkelahan Lenggong untuk bersantai dan istirihat.

Thursday, October 16, 2008

Cara Setting Radio ICOM V2200/V8000

Untuk panduan rakan yang belum berkemahiran memasukan Frenkuensi Baru ke dalam Mobil Rig jenis ICOM V8000/V2200
Langkah-Langkah Memasukan Frenkuensi Repeter
Setting Guna ptt
1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Untuk Masukan minus (-)
- tekan 7
- tekan Function
- tekan 7
Untuk Masukan Plus (+)
- tekan 8
- tekan Function
- tekan 8
5. Masukan tone dan Minus (Cth - 600)
Tekan Set B (berulang kali sehingga jumpa tone dan minus yang dikehendaki)
Untuk dapat tone/minus yang betul -tekan anak panah turun naik
Bila dah dapat tekan ptt
6. Untuk masukan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih Memory (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)
Akhir sekali tekan MR/Call

Langkah-Langkah Memasukan Frenkuensi SimpleksSetting Guna ptt1. Tekan VFO2. Tekan Ent C3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Tone/Minus tak perlu set5. Untuk masukan Frenkuesi dalam no memory(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)Tekan : FunctionTekan : Clr ATekan : Pilih Memory (guna turun naik/pusing tombol)Tekan : FunctionTekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)Akhir sekali tekan MR/Call


Di harap dapat membantu rakan -rakan
panduan : oleh SU
Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan

Sunday, October 12, 2008

KUNJUNGAN RAKAN-RAKAN RA


Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan RA Perak yang sudi mengunjungi kediaman saya untuk berhari raya pada 12 Oktober 2008.

Dengan kehadiran rakan-rakan itu termaktublah silatulrahim kita yang berpanjangan lagi mesra untuk itu salam keluarga saya untuk keluarga anda.

Friday, October 10, 2008

TERKINI

RAE 2008-2 PDF Print E-mail
CYBERJAYA October 9, 2008 - The SKMM (MCMC) will be conducting the second Radio Amateur Examination (RAE) for the year 2008 on December 17, 2008 (Wednesday) at 2 pm, at regional exam centers nationwide.

Registration period for this exam opens today until October 24, 2008 (Friday).

Please visit www.skmm.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=30991764&winrid=56653995 for more details.

Thursday, October 9, 2008

Rakan Radio Amatur Perak

Diatas permintaan rakan-rakan RA Perak, di sini saya masukan semula foto rakan-rakan Radio Amatur (yang sebelah kanan tu) untuk dilihat secara lebih jelas (zoom) dengan mengklik foto-foto yang berkenaan - selamat maju jaya.

Monday, October 6, 2008

BERITA MUTAKHIR

Malam tadi vee99 (di ruang Udara Negeri Perak Darul Ridzuan) bersamaan 6 Syawal 1429 telah mengadakan check net yang dikendalikan saya sendiri.

Sebanyak 26 stesen mengambil bahagian dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kerjasama daripada rakan-rakan sehingga check net sempena Aidulfitri itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Saya juga mohon maaf kerana masih ada rakan-rakan yang ingin menyertai tidak dapat ikut serta kerana waktu yang terbatas. Insyaallah dapat dipertemukan semula di lain waktu dalam check net yang lain.

Stesen yang mengambil bahagian itu adalah seperti berikut;

1. 9w2 ????? (audionya tidak dapat dihubungi selepas check in) 2. 9w2FTB, 3. Swl CJS 4. 9w2KAA, 5. 9w2NIM, 6. swl TOR, 7. 9w2SUF, 8. 9w2SDM, 9.9w2HMI, 10.swl MON, 11. 9w2PIZ, 12. 9w2MEF, 13.9w2ZAE, 14.swl ULA, 15.9w2PHJ, 16. swlXNX 17. 9w2JOI, 18.9w2HKR, 19.swl MUZ, 20. 9w2MPB, 21.9w2DJJ, 22.9w2VHH, 23. 9w2COR, 24. 9w2OTH, 25 9w2SBD, 26.9w2DFA.

(* sekiranya terdapat nama anda tercicir dalam senarai check net ini dapat kiranya anda menghubungi saya untuk diperbetulkan dan terima kasih kepada pak Rosli (9W2TGA) yang telah memberi penjelasan- harap maaf)

Saya mohon maaf sekira terdapat kesalahan, tersasul kata atau terlanjur bahasa semasa menjadi net controler sekali lagi saya pohon maaf,
Yang Baik itu daripada Allah yang tidak sempurna itu datangnya dari diri saya sendiri
Selamat Hari Raya AidulFitri 1429H

Sunday, October 5, 2008

RAYA .. RAYA...RAYA



Sambutan hari lebaran Aidulfitri 1429H, suatu hari yang penuh bermakna lagi gemilang buat saya seisi keluarga.
pada tahun inilah saya mempunyai kawan-kawan yang bertambah, sejak saya menceburi dunia Radio Amatur di Negeri Perak.

Sambutan Aidulfitri kali ini lebih meriah lagi apabila Presiden PRADAS Pak Z, turut sama turun padang menemui rakan-rakan RA Perak.
Ini diikuti pula dengan kehadiran Kak Mas (yang sering kita dengar audionya di jaluran Pradas) bersama suami yang tersayang dan harmoni.

Kehadiran mereka pada raya ke 2 itu disambut oleh rakan-rakan RA Perak di kediaman 9W2OOB (Pak Alang) di Kg. Tanjung Belanja, Perak.

Sementara itu satu lagi rombongan RA Kuala Kangsar dan Ipoh mengunjung kediaman saya yang disertai oleh beberapa stesen yang ikut serta.

Rombongan yang julong kalinya itu diketuai oleh 9W2PHJ tiba ditempat kejadian kira-kira jam 8.00 malam dan ini merupakan stesen ke 14 (kediaman saya) sepanjangan lawatan tersebut ( dimaklumkan lawatan terakhir mereka pada malam itu di kediaman 9W2KLA (kak Lela) di Kuala Kangsar) stesen yang ke 15.

Saya bersama keluarga mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian rakan-rakan RA Kuala Kangsar dan Ipoh menghadiri majlis terbuka/rumah terbuka yang saya adakan tempuh hari.

Saya akhiri dengan Salam keluarga untuk keluarga..

Thursday, October 2, 2008

SEDANG DI BURU ??


Kereta ini sedang di buru oleh orang ramai kerana kereta inilah buat julong kalinya di Malaysia mengguna plet callsign RA.

Kereta ini terus menarik perhatian kemana sahaja kereta ini berada di serata negeri di Semenanjung Malaysia...........

Adakah ianya menarik ?? terserah pada pandangan dan pendapat anda...

(Jenaka Bulan Raya....jangan marahhhh..nanti kena jual !!!)

AHLI JAWATANKUASA / COUNCIL PARTs 2007~2009


Pengerusi : Redzuan Bin Jamaluddin [9w2SLJ]
(012-5187580)
e-mail: 9w2slj@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Naib Pengerusi : Mohd Noor Bin Abdul Aziz [9M2MRL]
e-mail: 9m2mrl@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it


Setiausaha : Mahadi Bin Yahya [9W2PHE]
(012-5157424)
e-mail: su@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Penolong Setiausaha : Mohd Zaki Bin Mat Shariff [9W2ZZR]
e-mail: 9w2zzr@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Bendahari : Haji Mustafakamal Bin Ismail [9W2GGR]
e-mail: bendahari@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Pengiklanan