NUFFNANG Ads

Sunday, November 28, 2010

Majlis Naikbuai Cucu Presiden Parts

XYL Presiden Parts sedang memotong rambut cucu kesayangan mereka pada majlis tersebut.


SIMPANG PULAI (Ipoh):


Presiden Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) 9M2 SLJ (Pak Lop) telah mengadakan majlis kenduri naikbuai dan potong jambul bagi cucu mereka di sini hari ini.

Cucu mereka adalah harmoni kepada 9W2MNR (Nabil) yang diberi nama Dhia Sharafana binti Muhammad Nabil yang telah berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meraih.

Ramai kalangan sanak saudara dan juga rakan radio amatur sekitar Bandaraya Ipoh menghadiri majlis tersebut dan cucu ke 2 bagi Pak Lop itu.


Pak Lop bersama cucu-cucunya pada majlis berkenaan.

9W2 MNR bersama XYL dan harmoni mereka.


Thursday, November 18, 2010

Kaedah Menghafal phonetic


Ini satu kaedah untuk menghafal phonetic-Spelling untuk memudahkan diingat pada bila-bila masa.

Diantaranya, anda hendaklah membaca nomber plet kereta setiap kali dan setiap waktu apabila bertemu dengan kenderaan di jalanraya maupun di kawasan-kawasan letak kereta.

Misalnya, semasa anda memandu kenderaan dijalanraya dan ternampak kereta yang nomber plet AAG maka anda terus mengafal atau membaca mengikut phonetic ( ALPHA-ALPHA - GOLF) begitulah seterusnya..

Amalkan perbuatan ini setiap hari, insyaallah dalam tempuh 7 hari anda akan dapat menghafal phonetic dari A (Alpha ) hingga Z (Zulu).

Selamat belajar..

Pengiklanan