NUFFNANG Ads

Friday, February 20, 2009

Sambutan Ulg.Tahun PARTS Meriah

Sambutan ulang tahun ke 2 Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) dirayakan dengan meriah diperkarangan wakaf Parts, Jalan Slibin, Ipoh malam tadi (20hb Feb).

Lebih 120 stesen tidak termasuk XYL dan harmoni masing-masing dari seluruh negeri Perak merancakkan suasana sambutan tersebut.

9W2SBD dan 9W2HBC mengetuai bahagian masakan serta persiapan jamuan termasuk BBQ dibantu oleh 9W2SUF serta berapa rakan lain.

Sambutan tersebut dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah diikuti dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Samsul Rizal Hasan (9W2SSG).

Turut hadir meraikan sambutan ulang tahun ke 2 Parts tersebut termasuklah 9W2DMG dari wilayah Taiping dan 9W2TGA dari kawasan Manjung.

Para hadirin juga turut berjemaah Solat Isyak serta menunaikan solat hajah memohon agar Parts berkembang dengan maju tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak.

Walau pun hujan telah turun dipertengahan majlis kira-kira 15 minit tidak menghalang kelancaran sambutan tersebut.

Pengerusi Parts 9W2SLJ (Pak Lop) dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan menjadikan majlis itu bertambah meriah serta dapat diselenggarakan dengan sempurna.

Thursday, February 19, 2009

7hb Mac 2009 Ops Tengas 4

Ops Tengas 4 yang dikendalikan oleh Rakan-rakan RA stesen Parit dan Kuala Kangsar dijangka berlangsung pada 7hb Mac ini (hari Sabtu).

Diketuai oleh 9W2PHJ dengan dokongan 9W2IPT-9W2DJJ-9W2MPB - 9W2LES. akan berkumpul di base 9w2DJJ ( Jalan Badak, Jeliang, Manong, Perak)

Manakala rakan-rakan RA yang berhasrat ingin menyertai Ops Tengas 4 ini ialah, 9W2SBD, 9W2COR, 9W2HLJ, 9W2SUF , 9W2DRH, 9W2HBC,9w2NIM dan rakan kita dari Sekinchan 9W2APH.

Aktiviti Ops tengas ini adalah kegiatan dwi bulanan anjuran Gabungan RA (GRA) stesen Parit dan Kuala Kangsar.

Sebelum ini Ops Tengas 1 telah berlangsung di Lata Pecah Batu berjaya memperolehi 3 kilo ikan tengas) , Ops tengas 2 Lata Jeliang (5 kilo) dan Ops tengas 3 (10 kilo) di Lata Bayas dalam daerah Kuala Kangsar Perak. Semua aktiviti ops ini dilaksanakan mulai jam 9 pagi hingga 4 petang sahaja.

Thursday, February 12, 2009

9W2 APH SEKINCAN SERTAI OPS TENGAS 4

(gambar 9W2LES bersama ular pokok/daun yang dapat ditangkap dalam Ops Tengas 3 tempuh hari)


Rakan kita 9W2APH (cikgu Fauzi) stesen Sekincan,Selangor, telah menyatakan kesediaan untuk ikut serta dalam Ops Tengas 4 yang dijadualkan bulan Mac ini.


Perkabaran ini telah disampaikan sendiri oleh beliau semasa ber QSO malam kelmarin di semplik V22. di fahamkan juga 9W2 APH mempunyai pengalaman di bidang JUNGLE TRACKING dan menangkap ikan.

Selain dari itu 9W2SBD juga berhasrat nak ikut sama dalam Ops kali ini, dan berusaha untuk menyediakan masakan lemak cili api bersama ikan tengas (semasa dalam ops). begitu juga 9W2 COR, 9W2HLJ, 9W2SUF dan 9W2DRH - telah membayangkan untuk menyertai bersama pada Ops Tengas 4 nanti.

Bagi pihak penganjur Ops, saya mengucap terima kasih dan penghargaan kepada rakan-rakan yang ingin bersama-sama kami pada Ops Tengas 4 yang akan datang.

Kami juga masih membuka penyertaan kepada mana-mana rakan RA yang berhasrat ingin bergabung dalam Ops berkenaan.

Untuk menyertai ops ini, tidak dikenakan sebarang bayaran cuma anda haruslah mempunyai daya tahan yang kuat serta bersemangat jati diri untuk meghadapi cabaran-cabaran sepanjang Ops tersebut.

Selain itu, anda dikehendaki menyediakan kemudahan sendiri, seperti makanan, senjata yang sesuai, Jala (kalau ada) dan perubatan (jika perlu).
Ops tengas ini juga adalah sebagai PRA-XPDC BUBU/menakluki Gunung Bubu yang dijadualkan bulan mac ini juga.

Tuesday, February 10, 2009

OPS TENGAS 4 DITANGGUHKAN

Aktiviti Ops Tengas 4 yang dijayakan oleh Gabungan RA (GRA) stesen Parit dan Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 28 Februari 2009 di Lata Jeliang, Kuala Kangsar TELAH DITANGGUHKAN.

Aktiviti dwi bulanan ini diketuai oleh Tuan Haji Jamalul (9W2PHJ) ditangguhkan kepada awal bulan mac ini kerana beliau ada tugasan penting yang tidak dapat dielakan.

untuk makluman, Sehingga berita ini ditulis yang sudah mendaftar untuk ikut serta ops kali ini ialah, 9W2HLJ (sekiranya tiada apa-apa tugasan), 9W2 COR, 9W2SUF (bergantung pada keputusan disaat-saat akhir) dan ULA (9W2 dlm proses mcmc).

Penyertaan masih dibuka kepada mana-mana stesen tempatan yang ingin menyertai Ops tersebut tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Para peserta yang ingin bersama dalam Ops Tengas 4 ini diingat supaya menyediakan kelengkapan diri - seperti pakaian yang sesuai untuk Jungle Tracking, makanan dan sila bawa bersama - sekiranya ada Jala (menangkap ikan) atau kuda besi .

Semua peserta akan berkumpulan di base 9W2DJJ di kampung jeliang pada jam 09.00 dan dijadual keluar dari Lata pada jam 04.00 petang.

Sunday, February 8, 2009

Prog. Berbasikal PRADAS Ke Perak


Kayuhan Gaya Hidup Sihat anjuran Persatuan Dua Hala Selangor daripada Klang ke Ipoh telah selamat dijalankan.

Lebih kurang 80 pengayuh tegar bersama-sama dengan OKU (cacat penghilatan) telah bergabung tenaga bagi menjayakan program ini.
Kayuhan bermula di Galeri Diraja Klang dan berakhir di Majestic Hotel berhampiran stesyen Keretapi Ipoh.

Pengayuh selamat menyumpurnakan kayuhan sekitar jam 2000H. "Kawan" hanya bergabung di route ke-8 iaitu dari Kelly Castle ke Ipoh.

Kebanyakan rakan-rakan Ipoh dan Taiping menunggu kumpulan kayuhan di sana. Perjalanan bermula sekitar 1900H melalui Batu Gajah, Lahat, Pengkalan dan Jalan Pasir Putih.

(rujukan: http://9w2dtl.blogspot.com/ )

Thursday, February 5, 2009

XPDC GUNUNG BUBU

Assalamualaikum semua rakan-rakan RA - moga anda semua terkabar baik-baik aja.

Gabungan rakan-rakan Radio Amatur (RA) Perak yang diketua 9W2PHJ kini sedang merancang untuk menambah satu lagi aktiviti yang akan dilaksanakan bulan mac 2009 ini.

Kali ini rakan-rakan Gabungan RA itu hendak menakluki " Gunung Bubu" yang terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak. yang mengambil masa 3 hari ( bermalam di puncak gunung - yang boleh melihat sekitar bandar Taiping-Manjung di waktu cuaca baik).

Kami bercadang untuk membuka penyertaan XPDC ini kepada semua rakan-rakan RA yang berminat sahaja - tetapi sudah mempunyai daya ketahanan diri, jati diri serta sanggup menghadapi pelbagai cabaran -jungle tracking.

Maklumat lanjut hanya akan diumumkan kemudian.

Disamping itu Gabungan RA Perak akan meneruskan aktiviti dwi bulanan "Ops Tengas" kali ini Ops Tengas 4 dijangka akan diadakan pada hujung bulan ini (feb 2009)- sebagai makluman Ops tengas cuma mengambil masa 1 hari sahaja (tetapi penuh dengan cabaran dan dugaan).ianya sebagai aktiviti Riadah.

Untuk makluman rakan-rakan RA - Gabungan RA Perak ini adalah terdiri daripada; 9W2PHJ (ketua), 9W2IPT, 9W2DJJ, 9W2 LES, 9W2MPB dan 9W2KMR.


Monday, February 2, 2009

Tahniah Rakan RA

Saya mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada rakan-rakan RA di mana sahaja berada yang telah meraih kejayaan pada RAE 2008-2.

Dengan itu, bertambah meriahlah lagi frekuensi RA negeri Perak khasnya dan negara amnya.

Bagaimana pun saya menasihatkan kepada rakan-rakan baru, haruslah sentiasa berada dalam SOP semasa ber QSO di udara serta menjaga hati rakan-rakan yang lain di udara maupun di daratan.

Syabas dan selamat maju jaya.. insyaallah kita bertemu di udara...QRT 73

Sunday, February 1, 2009

OPS TENGAS 3 TINGGALKAN 101 KENANGAN


Ops Tengas 3 sudah pun berakhir pada 31 Jan 2009 di Lata Bayas, Jeliang,Kuala Kangsar dengan disertai oleh 7 stesen (termasuk 1 rakan swl).

Meraka adalah terdiripada : 9W2 PHJ (Ketua ops),9W2 DJJ,9W2 MPB, 9W2 IPT,9W2 LES, 9W2 KMR DAN SWL Amylia.


(9W2 MPB sedang memeriksa kuda besinya sebelum berangkat)

Aktiviti Ops Tengas ini telah dimulakan sejak bulan November 2007 dimana Lata Pecah Batu, Manong, telah dipilih sebagai Ops 1... ini adalah diantara projek rakan-rakan gabungan RA stesen Parit dan Kuala Kangsar sebagai aktivti tetap dwi bulan mereka.


( Inilah cabaran pertama yang dilalui semasa menuju tempat ops)

Sebelum anggota ops ini berangkat, pada pagi itu hujan telah turun - menyebabkan jadual berangkat telah diubah kepada jam 10 pagi-jadual asalnya jam 09.00)

(9W2 PHJ mengetuai bacaan doa sebelum memulakan Ops Tengas 3)

Tempat ops tersebut terletak kira-kira 16km dari jalanraya - anggota menggunakan koda besi untuk sampai ketempat berkenaan - manakala kira-kira 4km pula berjalan kaki dalam keadaan geografi yang bermacam-macam.

Adakalanya terpaksa merangkak seperti biawak - menjalar dinding tebing yang tingginya kira 100 meter dalam keadaan yang licin dan halangan pokok-pokok berduri, Dan menyusur akar pokok seperti ular - merangkak seperti kura-kura semasa menaiki batu-batu besar semasa menentang arus sungai di Lata berkenaan sederas kira-kira 40 km sejam.


( Inilah hasil tebaran Jala pertama di Lata Bayas)
Selain dari itu, gerakan pacat-pacat juga tidak ketinggalan turut menyambut kedatangan anggota ops tersebut - kumpulan pacat-pacat bertaburan disepanjang lorong (ini adalah disebabkan kawasan sekitar lorong basah - berair dan lembab)

Ops Tengas 3 ini agak istimema jika dibandingan dengan ops 1 dan 2 - kerana kehadiran 9W2 LES telah memeriahkan lagi susana ops dengan menawarkan diri sebagai chef - memasak dan menyediakan sajian makan tengah hari di satu tempat kem pekerja balak.

(anggota Ops Tengas 3 ketika bersarapan pagi dikemuncak Lata Bayas)
Buat pertama kalinya buat saya menimati ikan tengas bakar yang baru sahaja ditangkap - walau pun dibakar tanpa garam-kunyit dan lain-lain bahan - rasanya sungguh enak manis dan sedap.

Kedua - menjadi cerita lucu dan gelihati melihat gelagat rakan-rakan - 9W2 PHJ - 9W2 KMR - 9W2 DJJ dan 9W2 MPB - yang bersatu tenaga mencuba mencabut pokok "Tongkat Ali" namun usaha mereka gagal ( dengan itu saya mentafsirkan sesiapa yang mengamalkan herba Tongkat Ali ini akan menjadi gagah-kuat melebih kekuatan 4 manusia ...hehehehe).


Selain dari banyak lagi tumbuhan herba yang boleh diperolehi di kawasan ops berkeaan seperti " Kacip Fatimah" apa yang difaham bersuaian untuk XYL amalkan..akan mengacek apa-apa yang patut..heheheheee...

Menurut ketua ops 9W2 PHJ, aktiviti ops ini akan diterus dari masa ke semasa dari satu Lata ke Lata yang lain seluruh negeri Perak.

Yang menjadi tumpuan dan perhatian umum sekarang, ialah Lata manakah yang menjadi pilihan dalam Ops Tengas 4 ? sama-sama kita tunggu.

(gambar-gambar selanjutnya boleh dilihat di; http://v22parit.blogspot.com/ )

Pengiklanan