NUFFNANG Ads

Saturday, October 31, 2009

Besut ASTRA's Local Repeater Maintenance


When i was on my holiday at my hometown which is in Besut, Terengganu, Malaysia. I was invited by 9W2RLL ( Besut's ASTRA Manager ) for a repeater maintenance trip to Bukit Bubus in Besut's district.
Here some photos taken.

Date: 29 Oct 2009
Time: From 1500H to 2300H
Repeater's Callsign: 9M4RAC
Frequency: 146.675Mhz - 0.600 rt tone 85.4
Location: Bukit Bubus, Besut, Terengganu, Malaysia.
Crew: 9W2RLL, 9W2LTT, 9W2NAK, 9W2PJU, SWL YIE


Rujukan:
http://9w2pju.blogspot.com/2009/10/besut-astras-local-repeater-maintenance.html

Tuesday, October 27, 2009

R A Perak Turut Bantu Ops Menyelamat di Kuala Depang


(gambar diatas pemegang tiang jambatan telah bungkis dalam peristiwa tersebut)

Lebih 20 stesen Radio Amatur Perak turut membantu menyelamat mangsa runtuhan jambatan gantung di Kuala Depang Perak yang berlaku malam Isnin lepas.

Sementara 5 stesen RA tersebut telah hadir lebih awal kira-kira 1 jam selepas berlakunya kejadian tersebut malam kelmarin.

Kejadian itu berlaku semasa 198 pelajar Sekolah Rendah Kebangsan dibawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan menghadiri Perkhemahan 1 Malaysia.
difahamkan waktu terjadi kejadian tersebut kira-kira 22 pelajar sedang menggunakan jabatan gantung berkenaan untuk mengambil minuman.

Sehingga laporan ini ditulis seorang pelajar perempuan telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa (paginya) dan beliau adalah diantara 3 peserta perkhemahan tersebut yang dikenalpasti hilang dalam kejadian itu.

Penggulang kendalian Pertubuhan Penyiar Radio Amatur (Parts) Perak turut membuat lintas langsung dari lokasi kejadian.


(Foto ini pula Jabatan Gantung yang telah tumbang ditengah-tengah sungai dalam kejadian berkenaan)

Juru Foto:
9W2DTL

Saturday, October 24, 2009

Berbaloi .... baloi...

Senyum-Sunyum hujung minggu kali ini, saya paparkan pula gelagat penggunaan kemudahan kepunyaan sendirian secara maksima, jadi tidaklah rugi kerana dimanfaatkan sepenuhnya .. berbaloi.. baloi ...tapi adakah ianya selamat ??








Wednesday, October 21, 2009

Durian Merah Dari Sabah



(Rujukan)

nyam...nyam...nyam...



dua hari aku ikut kursus moden business writing di TMTC, ok juga la.... sekurang-kurangnya aku dapat menimba ilmu sikit.
petang pula bapa belanja makan durian merah. nyam...nyam...nyam... sedapnya.... terima kasih bapa.... cerita pasal durian, putra ku tidak pandai makan durian... tapi kalau dibuat bubur kacang + durian makan pula dia...

Hari ini juga putri ku ikut pakciknya ke keningau n tenom, saja-saja makan angin... lain pula rasanya sebab anakku dua-dua selalu ada di depan mata, ini... macam ada yang kurang... nasip baik putra ku tinggal... kalau tidak, aku tak tau nak buat apa... lagi boring.... paling-paling mengadap internet ataupun tv... sunyi rasanya... apatah lagi kalau cuti sekolah... anak-anak akan tidur di rumah pakciknya (adik ku)...

Sunday, October 18, 2009

Cara Mengenal Kasut Kulit Babi


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini:

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.



4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.

Rujukan:
http://maskuleen.blogspot.com/2009/10/cara-mengenal-kasut-kulit-babi.html

Saturday, October 17, 2009

Senyum2 ... hujung minggu

Ahaa minggu ini saya bawakan pula cerita baru untuk senyum-senyum di hujung minggu .. foto diatas itu, beginilah caranya kalau nak berbelanja secara berhemah - berjimat cermat disamping meningkatkan prestasi ekonomi rumahtangga ....tapi kena bayar cukai jalan ke??...

Inilah namanya dunia globalisi = dunia tanpa sempadan? suku kaum masyarakat orang asli jauh dipendalam di Arika sudah mula menggunakan Labtop ...jangan-jangan dorang dah guna YM untuk berchating dengan Obama's. jadi siapa-siapa nak berchating dengan dorang silakan ye...

Untuk menarik minat pengguna, sang pencipta penutup hidung dan mulut telah meciptakan satu gubahan penutup tersebut yang sebelum ini kosong, yang menjadi tanda tanya sekarang ... adakah pengguna sanggup menggunakannya??

Friday, October 9, 2009

Tahniah dapat 9M2



Kami seluruh anggota RA di Perak mengucapkan tahniah kepada 2 orang anggota Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) yang telah beroleh kejayaan dalam ujian Morse Code yang diadakan baru-baru ini.

Mereka adalah Pengerusi Parts sendiri (9W2 SLJ) Pak Lop dan (9W2ZAE) Pak Z yang telah berjaya dan kekal dengan callsign baru 9M2.

Dengan kejayaan itu dapatlah mereka memberikan khidmat dan membantu rakan-rakan baru untuk mendapat tanda tangan semasa memperolehi 9W2 di masa hadapan.

Sunday, October 4, 2009

Gian punya pasal .....

hmmm apa-apa pun adik kita ni yl sudah gian sesangat untuk mencuba menunggang kuda besi - dapat yang sudah lupus pun jadilah asalkan giannya dipenuhi ... heheheee..

Pengiklanan