NUFFNANG Ads

Sunday, March 29, 2009

PARTS memerlukan Ahli yang Ikhlas Dan Setia kawan

Rakan-rakan Radio Amatur negeri Perak diingatkan tidak menjadikan alasan untuk menggunakan pengulang (repeater) apabila mengajukan permohonan menjadi Ahli Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS).

Pengerusi PARTS 9W2SLJ berkata " yang penting disini ialah semangat setia kawan yang berteraskan keikhlasan menjadikan pertubuhan kuat dan utuh ".
Berucap merasmikan mesyuarat agung kali ke 3 di Wakaf PARTS Jalan Slibin, Ipoh pagi tadi dihadiri lebih 50 stesen (ahli Parts) diserata daerah di negeri ini.

Menurut 9W2SLJ, terdapat dikalangan rakan-rakan radio amatur negeri ini mengirim email menyatakan hasrat untuk menjadi ahli dengan tujuan dapat menggunakan pengulang kepunyaan Parts.
" Sekiranya itu sahaja niatnya adalah tidak wajar kerana PARTS mempunyai harapan dan hasrat yang tersendiri, mahukan setiap ahli tersemai sifat-sifat keikhlasn dan setia kawan."
jelasnya.
(9W2ACB mempengerusikan mesyuarat sedang mengumumkan nama-nama AJK baru Parts)

Sambungnya, untuk menubuhkan Parts bukanlah jalan mudah- tujuh stesen yang menerajui pembentukan Parts terpaksa melalui liku-liku dan pelbagai cabaran.

" Saya berpendapat biarlah bilangan ahli tidak besar yang penting hasilnya besar " ujarnya lagi.

(Sebahagian AJK baru yang terpilih)

Sementara itu, Setiausaha PARTS 9W2PHE menyatakan, akan mengirim perlembagaan pertubuhan kepada ahli-ahli tidak lama lagi.

Sebelum mesyuarat ditangguhkan, 9W2SLJ telah menyampaikan sijil keahlian kepada anggota pertubuhan berkenaan.

Thursday, March 26, 2009

Mesyuarat Agung Parts 29 Mac 2009

PADA : 29 - 03 - 2009 (Ahad)
WAKTU: 09.00 pagi

TEMPAT : Wakaf PARTS.
Kuaters JKR No: 561-562,
Jalan Slibin, Ipoh.

Sunday, March 22, 2009

FREKUENSI BARU PARTs

REPEATER PARTS :
147.1125 MHz


OFFSET :
-600 MHZ
(- 0.600)

TONE :
233.6 Hz



SIMPLEX : 145.500

Wednesday, March 18, 2009

Cabaran Ops Tengas 4 (Bhg.4-Akhir)

(inilah diantara cabaran paling getir dalam Ops 4 ini-kelihatan 9W2COR sedang merangkak mendaki air terjun untuk ke Batu Berhalang)

Disepanjang perjalanan menuju ke Batu Berhadang mengambil masa sekitar 2 atau 3 jam lagi – ini juga menjadi cabaran hebat kepada semua peserta yang terpaksa memanjat batu besar yang merintasi air terjun sungguh ’GAYAT’. – tersilap langkah boleh membawa padah.

Apabila berada dilokasi Batu Berhadang itu – semua peserta berihat sebentar sambil menjamu selera dengan bekalan masing-masing – 15 minit kemudian hujan telah turun dalam keadaan agak lebat.

Dikalangan kaki pancing mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk meneruskan aktiviti di suatu kawasan lubuk berhampiran Batu Terhadang. Kira-kira 15 minit kemudian terdengar suara berteriak !!! Ikan..Ikan ... mereka sudah memperolehi hasilnya.
(9W2COR bukanlah kaki pancing (dia lebih kepada Jungle tracking)mencuba untuk memancing tetapi tidak berhasil )

Bagi swl Zaki yang cuba memancing di kawasan berhampiran rasa lega dan dengan muka yang jernih kegembiraan kerana usahanya juga telah berhasil ( 10 saat ekor).
Pada kesimpualan ikan di kawasan berkenaan memakan apa saja jenis umpan – perut ayam – udang – roti dan lain-lain.
Begitu juga dengan rakan kita 9W2HBC yang memang kaki pancing keriangan dan berpuashati dengan usahanya memperolehi kejayaan yang memerangsangkan (sebahagian daripada hasilnya untuk dipelihara).

Kira-kira jam 4 petang, semua peserta berkumpul semula untuk berangkat pulang, sekali lagi mereka terpaksa melalui cabaran getir – mendaki tebing sungai yang agak menegak setinggi 100 kaki 45 darjah.

(Di anak sungai Lata inilah aktiviti membuang pak bongkok yang terpekap di tubuh para peserta)

Disini juga saya hampir-hampir gagal mendaki kerana kekurangan tenaga dan 2 – 3 kali terpelecuk – pendakian selama 45 minit tanpa henti – sungguh memenatkan – pendakian ini juga terpaksa dilakukan secara cepat atau deras kerana masih banyak pak bongkok menantikan habuannya.

Setelah semuanya sampai di atas tebing .. kami berihat sekejap kira-kira 5 minit kemudian meneruskan perjalanan merintasi hutan kecil berjalan kaki selama hampir-hampir 1 jam tanpa henti menuju di mana tempat kuda besi/kuda liar di simpan.

Bayangkan sepanjang perjalanan hutan yang lembab yang dipenuhi dengan pak bongkok/pacat tersedia menanti – dimaklumkan sebelum ini kawasan tersebut adalah yang ke 2 jumlah terbanyak pacat di Malaysia – dalam hati masing-masing ada yang gabra – bimbang – rasa tidak tenteram setelah merasai ada sesuatu sedang menjalar dalam pakaian.
Suasana cemas, ketakutan dan bimbang bertukar menjadi ceria dan gembira sekali apabila kami bertemu semula jalan lori balak (yang tiada pacat) menuju terus ke lokasi kuda besi ditempatkan.
(Inillah hasil daripada Ops Tengas 4 tersebut yang tidak seberapa kerana faktor cuaca)

Setelah sampai ke lokasi kejadian – semua peserta menyertai pula aktiviti membuang dan mencabut pak bongkok yang hinggap ditubuh masing-masing di suatu anak sungai lata yang berhampir.

Dalam ops tengas 4 ini saya telah muncul dan dianugerahkan JUARA kerana mendapat pacat yang terbanyak sekitar 20 ke 30 ekor ... heheheheee.... (patut dinyatakan disini, pacat di kawasan Batu Berhalang ini tidak sama dengan pacat dalam ops 1,2 dan 3. pacat disini datang atau hinggap ditubuh kita kebanyakan 2 ekor satu tempat (mungkin laki bini kot..hehehheeee).

Kami meninggalkan lokasi tersebut menuju ke base 9W2DJJ dengan kuda besi/kuda liar secara konvoi dan kami telah dijamu sekali lagi dengan Laksa (mungkin namanya Laksa Jeliang)oleh 9W2DJJ - Semuanya menjadi kenangan terpahat dalam sejarah hayat masing-masing.

Manakala Ops Tengas 5 akan menyusul ....... ( ketua Ops 9W2PHJ bersama 9W2DJJ sudah pun membuat tinjuan untuk lokasi kali ini

UNTUK MELIHAT GAMBAR PADA SIZE YANG BESAR SILA KLIK FOTO YANG BERKENAAN

Sunday, March 15, 2009

Cabaran Ops Tengas 4 (Bhg. 3 )

(9W2DJJ menunjukan sebahagian ikan yang berjaya ditangkap)

Setelah meredah hutan rimba kecil dan berjalan kaki melalui lorong lori balak selama kira-kira 45 minit. Maka sampai disuatu persimpangan dan di sinilah kami berpecah dibahagikan kepada 2 kumpulan – iaitu Kumpulan menjala dan satu lagu kumpulan yang berminat untuk memancing.

(Kelihatan kumpulan yang memancing )

Kumpulan yang memancing itu diketuai Oleh 9W2MPB meninggalkan kami dan meneruskan perjalanan kira-kira 30 minit ke lokasi memancing manakala kumpulan yang menjala diketuai oleh 9W2PHJ terus turun dari tebing lata menuju ke anak sungai Lata (lata ini menuju terus ke Lata Batu Berhadang).

Turun ke bawah dari tebing setinggi kira-kira 100 kaki itu meletihkan juga walau pun perjalanan agak mudah – kerana perlu berhati-hati dengan curaman 40 darjah, kami hanya bergantung pada anak-anak pokok serta akar sebagai sumbar tempat berpaut.

(9W2APH sedang cuba menjala dalam Ops Tengas 4)

Saya menyertai kumpulan menjala (saya lebih berminat dengan kumpulan ini kerana apabila sekali tebar (oleh rakan-rakan) saja sudah dapat melihat beberapa ekor ikan sudah berada didalamnya.

9W2PHJ dan 9W2APH menyusuri anak sungai lata yang kederasannya sekitar 40 km sejam untuk mencari lokasi atau lubuk yang banyak ikan.

(9W2 COR sedang mencuba/rasa akar Tongkat Ali)

kumpulan ini tidak melepaskan peluang untuk mencari akar ”Tingkat Ali” yang berserak – pokok herba Kacit Fatimah juga ada - disekitar kawasan berkenaan.

Kira-kira 2 jam lebih kami bergerak sambil menjala (melalui jalan anak sungai dan meredah hutan disepanjang tebing tersebut ) barulah kami bertemu dengan kumpulan memancing yang terdiri daripada 9W2KMR dan 9W2HBC (yang diketuai oleh 9W2MPB).


(Swl Zaki (atas)9W2PHJ (bawah) sedang berihat sambil menghirup udara nyaman)

Apa yang ketahui kawasan itu memeningkan kepala 9W2HBC kerana ikan-ikan di kawasan tersebut enggan memakan umpan yang diberikan (perut ayam).


(Inilah air tembakau untuk menggelak daripada serangan pak bongkok)

Kami bersatu semula dalam satu kumpulan meneruskan aktiviti menjala dan memancing ke arah mendaki lata berkenaan.


(9W2PHJ bersama 9W2MPB sedang menyiang ikan yang dapat dalam ops 4)

(BERSAMBUNG BAHAGIAN 4 AKHIR)














Tuesday, March 10, 2009

Cabaran Ops Tengas 4 (Bhg.Dua)

Sebahagian rakan yang mula bergerak ke lokasi

Setelah semua persiapan selesai rombongan 9 stesen RA yang menyertai Ops Tengas 4 bergerak meninggalkan base 9w2 DJJ dengan beberapa buah kuda besi/kuda liar kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan cuaca yang terang benderang.
Peserta yang menyertai Ops kali ini ialah; 9W2 PHJ (Ketua), 9W2IPT,9W2DJJ,9W2MPB, 9W2APH,9W2 KMR, 9W2 COR, 9W2 HBC dan Swal Zaki.

Semua peserta berihat sebentar untuk menghilang rasa penat

Seperti biasa dalam mana-mana Ops tengas sebelum ini, para peserta terpaksa melalui jalan-jalan balak yang becak, licin dan penuh dengan selut (dipercayai hujan telah turun sebelum hari berkenaan menjadikan jalan ke lokasi sebagai cabaran pertama).
Lokasi yang telah dipilih sepanjang Ops 4 ini adalah di Lata Batu Terhadang, di kawasan Jeliang, Kuala Kangsar Perak- dalam jarak kira-kira 5 km dari jalanraya ( masih ada kira-kira 10 lata lagi yang belum diteroka).
Oleh kerana jalan balak menuju ke lokasi dalam bentuk muka bumi mendaki 40 darjah, ada sebahagian tempat para peserta terpaksa berjalan kaki, kerana kuda besi tidak dapat melawan muka bumi yang berlumpur penuh selut.

Bagi saya inilah cabaran paling ketir selama menyertai ops tengas ini - dalam keadaan ini saya yang sudah di luar batas usia, hampir-hampir pitam kerana kehilangan tenaga - cuma yang tinggal hanya 5 persen sahaja.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu - 9W2KMR - 9W2COR dan Swal Zaki - yang banyak membantu saya dalam keadaan yang hampir-hampir saya rebah.
Jalan yang terpaksa dilalui sebahagian drp cabaran Ops 4

Boleh dikatakan berjalan secara mendaki selama hampir 1 jam itu tanpa henti membuatkan saya hilang daya hampir-hampir menebusi batasan keupayaan. hanya berkat ketabahan menjadikan benteng keupayaan dapat dicenkang.

Namun begitu, para peserta berpeluang berihat kira-kira 10 minit dipertengahan perjalanan itu untuk mengambil nafas baru dan melegakan sebahagian kepenatan.
Para peserta sedang menyapu air tembakau satu cara menghindar dari pacat

Apabila rombongan masuk sahaja ke sempadan lokasi Lata Batu terhadang itu, apa lagi penyambut tetamu datang dengan segak dan bergaya " Pacat " meraikan kami semua.
(difahamkan lokasi Ops kali ini adalah kawasan ke 2 di Malaysia yang paling banyak penempatan pak bongkok/istilah kepada pacat).

Di situlah, semua kuda besi/kuda liar kami di tempatkan - dan kami meneruskan perjalanan ke lokasi dengan berjalan kaki kira-kira 45 minit (masih mendaki).

(Bersambung lagi...)















Monday, March 9, 2009

OPS Tengas 4 lebih mencabar (Bhg Satu)

Pada 7hb mac yang lalu semua rakan-rakan yang berhasrat ingin bersama-sama menjayakan Ops tengas 4 anjuran Gabungan Radio Amatur (GRA) Parit dan Kuala Kangsar,Perak telah berkumpul di base 9W2 DJJ sebagaimana yang dijadual sebelum ini.
Kira-kira jam 8 pagi, 9W2 DJJ menghebahkan melalui V22 bahawa persediaan sudah siap untuk menyambut rakan-rakan dan selepas itu 9W2 MPB memaklumkan sedang mencari bahan tambahan kelengkapan yang kemudiannya 9W2APH (Sekinchan,Selangor) melaporkan sudah berada di Pekan Tg.Belanja (Parit,Perak) sedang bersarapan bersama Swl ZAKI.

Kemudiannya saya melaporkan akan bergerak dari base 10 minit kemudian.



Dengan 2 jelopi saya (seorang) 9W2APH berdua bergerak meninggalkan Tg.Belanja menuju ke base stesen 9W2 DJJ dan mengambil masa perjalanan kira 30 minit.

Ketibaan kami disambut oleh (selain 9W2DJJ)9W2 PHJ (ketua Ops),9W2KMR,9W2MPB,9W2COR dan 9W2 HBC (dari Ipoh) sudah sampai ke base tersebut jam 8 pagi.


Dengan itu jumlah penyertaan Ops Tengas 4 adalah 9 stesen sahaja (mereka yang lain 6 stesen lagi tidak dapat hadir kerana ada tugasan yang lebih penting.

Setelah bersalam kenal antara satu sama lain 9W2 DJJ menjamu juadah sarapan pagi kepada semua yang hadir sambil-sambil melanjutkan QSO di daratan.



Sebelum berangkat ke lokasi Ops tengas 4 itu, rakan-rakan membuat pemeriksaan akhir kuda besi yang akan digunakan menjelajah ke lokasi - rakan RA Kuala Kangsar telah menyediakan beberapa buah kuda besi untuk tujuan tersebut.

Taklimah pagi telah disampaikan oleh 9W2 PHJ selaku ketua Ops dan diikuti bacaan doa selamat sebelum rombongan berkenaan meninggalkan base pertemuan itu.


BERSAMBUNG

Thursday, March 5, 2009

REPEATER 9M4RIP DITUTUP 5 MAC

Repeater yang dikendalikan oleh Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts)akan ditutup mulai besok 5 mac 2009.

Menurut Pengerusi Parts 9W2 SLJ (Pak Lop) melalui pemancaran lewat petang ini berkata, Repeater berkenaan ditutup atas arahan MCMC dan akan digantikan dengan repeater yang baru kira-kira bulan April ini.

" Buat sementara waktu ini, rakan-rakan RA boleh menggunakan repeater ke 2 iaitu 9M2RKV dan kebenaran sudah pun diperolehi daripada tuan punya." jelasnya.

Dengan ini dimaklumkan Repeater 9M4RIP kendalian Parts tidak lagi berfungsi mulai jam 9.00 pagi 5 mac ini.

Tuesday, March 3, 2009

Ops Tengas 4 - 7hb Mac 2009

Ops Tengas 4 anjuran Gabungan Radio Amatur (GRA) stesen Parit dan Kuala Kangsar, Perak pada 7hb Mac (Sabtu ini) telah disusun sebaik mungkin sebagai langkah untuk memberikan hasil yang baik dan lumaiyan kepada para peserta.

Menurut Ketua Ops tersebut, Tuan Haji Jamalul (9W2PHJ) tinjuan telah dibuat ke lokasi ops berkenaan sebanyak 3 kali - akhirnya telah menemui kawasan lata yang sesuai untuk diterokai sepanjang Ops tersebut.

Lokasi yang dikenalpasti itu banyak terdapat ikan-ikan tengas dalam ukuran yang menggembirakan para peserta.

" Kami akan bahagikan para peserta kepada 2 bahagian - iaitu satu kumpulan untuk memancing manakala mereka yang berminat untuk menjala pula disediakan satu kawasan yang lain dengan jaraknya kira-kira 3 km dari tempat memancing ".

(Foto kenangan Ops Tengas 1)

Kata tuan haji Jamalul lagi, dengan keadaan yang seperti itu dapat memberikan ruang yang sebaik-baiknya kepada pemancing dalam suasana yang selesa dan lega.

Sehingga ini 15 stesen RA seluruh Perak dan luar negeri ini telah menyampaikan hasrat untuk menyertai ops tengas 4 ini, termasuklah rakan kita di Sekinchan (9w2APH) dan Swl Shidi di cameron highland - sementara itu ada rakan-rakan di Ipoh, Tapah dan Pulau Pinang menyatakan akan turut sama di ops 5 yang akan datang (kerana ops 4 ini QRL dengan tugasan).



(Foto Nostalgia Ops Tengas 3 )


Butir-butir maklumat:

Tempat Berkumpul : Di base 9W2DJJ (Kg Jln Badak, Jeliang-manong)Kuala Kangsar,Perak.
(dikehendaki sampai sebelum jam 9.00 pagi.)

jam 9.00 pagi semua para peserta bergerak ke lokasi - lata Jeliang. ( sebelum itu penganjur akan memberi sedikit taklimat dan bacaan doa selamat).-keluar dari lokasi ops kira jam 4.30 petang.

Nasihat kepada para peserta :

1. Menyediakan kelengkapan memancing atau menjala ( bagi yang memancing disyurkan menggunakan tali pancing 8 atau 10 pound - ini hanya syur kami sahaja.

2. Pakaian: sesuai dengan aktiviti lasak (termasuk kasut).

3. Ubat : jika anda mengambil ubatan mengikut jadual - hendaklah membawa ubatnya sekali.

4. Senjata : Anda perlu membawa senjata yang sesuai ( disyurkan golok - sebagainya)


5. Kuda Besi : Jika anda mempunyai kuda besi disyurkan membawa bersama untuk ke lokasi.


6. Makanan: Sarapan/makanan hendaklah dibawa sendiri oleh para peserta.

7. Pacat : jika anda mempunyai ubat untuk meghindar daripada terkena pacat - hendaklah membawa bersama - penyembur ubat nyamuk atau lain-lain.

8. Alat Komunikasi: Para peserta bolehlah membawa handy ke tempat lokasi tetapi hendaklah dibawa dalam bekas/kotak yang kalis air.


9.INGATAN : kami tidak menggalakan para peserta yang mengidap sakit lemah jantung mengikuti Ops ini.

Bagi mereka yang membawa kenderaan akan ditempatkan di base 9W2DJJ.


Sunday, March 1, 2009

VEE99 Jamu Mee Udang Banjir


Kenakkan Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang, Taiping- telah menarik minat 12 stesen RA dari kumpulan anggota Kelab Komunikasi Dan SukanVee99 yang mejelajahi jalan lebar baru-baru ini.

Dengan menggunakan kuda besi rakan-rakan kita itu, Bermula di Lokin bergerak melalui Chemor dan Sungai Siput, Kuala Kangsar dan masuk ke PLUS highway menuju kesana. Perjalanan yang lancar pada mulanya tetapi selepas memasuki tol tayar motor rakan pancit disitu, jadi terpaksalah menunggu demi semagat setiakawan untuk meneruskan perjalanan.

" Mee Udang Kuala Sepetang, bagi saya, tiada apa yang agak istimewa, cuma ke'banjiran' udang mengikut harga yang dipilih. RM8, RM10, RM15 .... seekor udang RM1.... kalau tak silap. Persekitaran kawasan yang tak berapa 'professional' serta layanan sebelum sampai mee yang dipesan memang hampeh... Bagi mereka yang nak kesana, dinasihatkan untuk membawa 'bekal' alas perut kerana penantian itu satu penyiksaan." Kata tuan YDP 9W2HMI.

(Rujukan: http://vee99.blogspot.com/2009/02/mee-udang-kuala-sepetang-dah-sampai.html)

Pengiklanan