NUFFNANG Ads

Friday, July 31, 2009

Betulkah Gemuk Itu Menyusahkan??


Ada yang berpendapat Gemuk itu menyusahkan?? dan ada pula berkata biasa-biasa sahaja? walaupun apa sahaja pendapat mereka - itu semua adalah anugerah Tuhan dan ada hikmah ? disebaliknya.

(Alamak kalo xyl macam ni hanya menunggu masa ajaaa.. tapi yang ni dah expired ke?)

Besar kemungkinan mereka yang berpendapat "Menyusahkan" kerana sukar mendapatkan size pakaian dan juga jenis makanan yang sesuai untuk dimakan.

Wajah mereka yang dulunya bersinar dan menarik atau tertarik mata yang memandang.....akan bertukar disebaliknya .. apabila mereka menjadi kurus - lihat foto di atas.

( Kanak-kanak ini bakal pewaris kerabat tersebut)

Apa-apa pun dalam dunia ni ... yang kursus nak jadikan dirinya bergebu -tembam tetapi yang sudah debab dan kembang hendak mengecilnya pulak...

Thursday, July 30, 2009

Kod khinzir Dalam Makanan


(gambar hiasan ini melebelkan daging khinzir sebagai halal di sebuah negara)


Disini saya ingin sertakan kod khinzir yang terdapat dalam makanan, ubat gigi dan terutama sekali dalam jajan...untuk pengetahuan semua jenama makanan ringan yang dikenali dan digemari oleh semua lapisan masyarakat ini banyak menggunakan E kod walaupun di depannya terdapat logo halal Jakim

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210,
E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,
E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471,
E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,
E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

(Rujukan :
http://yoyoyspa.blogspot.com/2009/07/kod-khinzir-dalam-makanan.html)

Bahaya radiasi menara pemancar - Persepsi yang salah



IPOH - Persepsi segelintir masyarakat yang menganggap pemasangan menara pemancar sistem telekomunikasi berhampiran kawasan perumahan boleh menjejaskan kesihatan ekoran pancaran radiasi keterlaluan adalah kurang tepat.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran, Agensi Nuklear Malaysia, Mohd. Yusof Mohd. Ali berkata, hakikat sebenar ialah semakin hampir stesen pemancar dengan pengguna semakin minimum radiasi yang dipancarkan.

"Radiasi terhasil daripada tindak balas menara pemancar dengan antena telefon bimbit untuk membentuk kawasan liputan bagi membolehkan talian komunikasi berlaku.

"Semakin jauh lokasi antena telefon bimbit dengan menara pemancar semakin tinggi kadar radiasi. Pendek kata, jika panggilan dibuat di kawasan liputan rendah, lebih banyak radiasi terhasil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Forum Menilai Kesan Radiasi Radio-Frekuensi (RF) Sistem Telekomunikasi anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini semalam.

Mohd. Yusof berkata, sehubungan itu, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kedudukan menara pemancar sistem komunikasi yang dipasang di lokasi berhampiran kawasan penempatan kerana selamat selagi pembinaannya memenuhi spefikasi ditetapkan.

Beliau berkata, selain faktor jarak, jumlah radiasi terhasil bergantung kepada ketinggian menara pemancar dan mutu telefon bimbit yang digunakan.

"Berdasarkan kajian, stesen pemancar frekuensi televisyen dan radio lebih banyak memancarkan radiasi berbanding menara pemancar sistem telekomunikasi.

"Negara sudah menggunakan teknologi frekuensi televisyen dan radio lebih 40 tahun lalu tetapi sehingga kini tidak pun memberi sebarang kesan negatif kepada kesihatan penduduk," katanya.

-oleh azliadlan
(http://vee99.blogspot.com/2009/07/bahaya-radiasi-menara-pemancar-persepsi.html)

Tuesday, July 28, 2009

Berita Dari Seberang

P ada tanggal 21 july 2009 diInbox YM ku terkirim pesan dari sahabat baikku .Email yang terkirim itu ialah tentang sebuah perjuangan seorang muslimah yang berasal dari negara mesir yang memperjuangkan " Jilbab " yang dikenakannya.Mungkin dizaman saat ini untuk berbuat baik dan menjalani syariat agama dijalan Allah lebih berliku dan kendala yang menghadang.Inilah sebuah tanda Akhir zaman yang akan menjemput kita sebagai umat berupa kiamat.

Saya meminta izin terhadap beliau untuk menyebarluaskan cerita tentang Marwa Al-Sharbini di postingan blog kami...

# Inilah kiriman email dari sahabat baikku...

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya mes ki pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.
Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini, karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

(untuk renungan kita bersama)
(Rujukan " http://sabarya.blogspot.com/2009/07/antara-michael-jackson-syahidah-marwa.html)

Saturday, July 25, 2009

Senyum - Senyum Hujung Minggu

Alahaii kecil bebebo isteri aku ni, tapi aku sayang sangat niii .. agaknya begitulah seorang pemuda yang beristerikan seorang gadis yang terkecil di dunia.

Untungnya makan tak banyak, kain dan pakaiannya mungkin size bayi kot?

Silap-silap hari bulan isterinya ni boleh hilang dalam gebo/selimbut aja.. dah tak nampak nak wat macam mana lagi?..

Thursday, July 23, 2009

Lampu Hijau Utk vee99group


Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah ( GRAPET) hari ini mengeluarkan kenyataan membenarkan penggunaan simplek V22 (145.275) dari jam 8.malam hingga 9.30 malam 25 Julai ini.

Menurut kenyataan tersebut, kebenaran itu untuk memberikan kemudahan kapada rakan-rakan RA di seluruh Perak yang ingin menghadiri e-ball pada 25hb Julai 2009 di Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah.

" Bagaimana pun kami tidak dapat memastikan sama ada wakil GRAPET memantau atau memandu arah ke lokasi yang di maksudkan, terserahlah kepada vee99 Group untuk melaksanakan tanggugjawab itu"jelasnya.

Sambunganya lagi, " Kebenaran menggunakan simplek V22 itu adalah sebagai penghargaan GRAPET kepada vee99 group yang telah memilih lokasi e-ball kali ini di Seri Iskandar".

Wednesday, July 22, 2009

ZALIM atau KEJAM ??

Cubalah anda bagikan nama sifat-sifat manusia dalam gambar ini? tak payahlah saya nak menulis panjang-panjang kerana gambar ini menceritakan segala-segalanya....




Friday, July 17, 2009

Proses Sumbangan Organ


Kita sering mendengar kegiatan manusia menjual dirinya atau pun memberikan sumbangan bahagian-bahagian badannya (setelah mati) untuk orang lain - tetapi kita tidak pernah melihat bagaimana proses tersebut dijalankan.

Dengan adanya foto-foto ini dapatlah kita mengetahui proses bagaimana kerja-kerja mengambil bahagian tubuh manusia yang diperlukan disalah satu negara yang mengusahakan kegiatan tersebut.


(naskah asal)

A factory in Russia harvesting kidneys, eye corneas and other human body parts for sale.

Bodies are collected from drunk drivers who died in car accidents, people staying alone who had frozen to death in the cold winter, criminals on death row or unexplained death and unclaimed bodies. Some body parts and bones are sold to Universities in various parts of the world. Leg bones are exported to pharmacies in Ireland and Germany to make tooth-fillings which is popular in Europe .

Other than Russia , India is also known to harvest human parts for export.





(Rujukan: http://bjue.blogspot.com/)

Thursday, July 16, 2009

Kemalangan 9W2 EMI



Petang semalam, saya melawat Suahimi, beliau masih belum sedar selepas rawatan. Menurut XYLnya, peha kanannya terkoyak dan kakinya patah di bahagian atas buku lali. Kemudian, saya ke kedai motor di Taman Anda melihat motorsikalnya. Keadaan memang teruk. Tempat duduk terkoyak, sama seperti paha beliau. Kemungkinan terkena lampu kiri kereta yang melanggarnya.

Menurut saksi kejadian, kejadian yang berlaku selepas tengah malam, Isnin malam selasa lalu, saudara Zul dari Kelab LC, Emi berhenti semasa lampu merah dan dilanggar oleh sebuah proton Iswara yagn dipandu laju dan melanggar lampu isyarat. Kereta itu terbalik, tetapi pemandunya tidak cedera. Saksi kejadian yang telah memberi 'hadiah' kepada pemandu itu.

Menurut XYL Emi yang saya hubungi pagi tadi, beliau telah sedar tapi masih tidak ingat akan kejadian itu dan bertanya tentang kejadian itu berulang-ulang kali walaupun telah diterangkan. Sementara itu, pegawai penyiasat trafik Sarjan Haris yang juga menghubungi saya pagi tadi memberitahu, pemandu berkenaan yang direman sejak kejadian itu akan didakwa di mahkamah majistret pagi ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol dan memandu dalam keadaan membahayakan.

(Laporan 9w2ACB)

Monday, July 13, 2009

Buruk & Baiknya Msjbox

Dalam mengejar kemajuan teknologi internet di alam maya - sudah muncul pelbagai kemudahan untuk melengkapkan laman web atau blog-blog yang semakin hari kian bertambah.

Sebelum ini, kita hanya disogokan dengan sedikit ruang untuk membina web dan blog tanpa fasilitas (tool) yang mengcukupi bagi mengindah wajah karya di website dan juga blog.

Diantara kemudahan yang disediakan pada waktu itu hanya email dan sedikit tools antara lain hits counter dan buku tamu kemudian ditambah ruang chat.

Pada masa ini sudah kian banyak tools yang diberi secara percuma ini menambahkan lagi serinya sesebuah website atau pun blog.

Diantara yang sedang populer kini ialah tools yang diusahakan anak Bumiputera yang memperkenal perkhidmatan yang sama taraf antarabangsa.

keluaran Mesej Box kompeni itu sekarang menjadi rebutan web master dan blogger yang difahamkan sudah mencapai ribuan pengguna dalam dan luar negara.

Kelebihannya dengan bentuk yang menarik dan boleh diubahsuai warna yang kita gemari yang hampir sama dengan shout box.

Mesej Box (msjbox) ini akan menyampaikan pesanan atau catatan apa yang kita tulis kepada semua pelanggan-pelanggannya di serata dunia dalam masa kira-kira 5 saat.

Positif (baiknya):

Selain dapat kita membaca/moniter pesanan rakan-rakan (seperti di kaki blog ini) kita juga berkesempatan memperomosi blog kita kepada rakan-rakan dalam msjbox itu - dengan tidak bersusah payah kesana kemari berkempen heheheee :)

Negetif (buruknya);

sekiranya tulisan dalam msjbox itu mencerca-menghina atau memburuk-burukan orang lain ini menjadikan timbul salah faham dan berlakunya serang menyerang dalam msjbox.

Pada masa yang sama kita lupa - bahawa setiap yang kita tulis/catat di baca oleh pelanggan msjbox di seluruh dunia.

Dengan itu, gunakan fasilitas yang diberikan sebaik mungkin dan menjadi manfaat untuk kesejahtera bersama.

Saturday, July 11, 2009

Blog V22 terus di tempat pertama


Alhamdullilah blog V22 terus mendapat perhatian umum apabila malam tadi diumumkan blog berbahasa Melayu ditempat pertama dalam tempuh 3 hari.

Sebelum ini 3 hari lalu, blog yang sama mendahului ditempat pertama dengan cerita Kenduri Durian 9W2 MPB di manong, Perak. Manakala cerita Rentetan Tragedy Natrah terus menjadi perhatian para pengunjung dalam dan luar negara.

Sekali lagi dihulurkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para pengunjung blog V22 yang dikendalikan oleh Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah ( GRAPET).

Friday, July 10, 2009

Senyum - Senyum Hujung Minggu


JANGAN TAKUT SAYA TAK BUAT APA-APA KENAPA LARI PULAK niiii..:)


Alamak ada parking kereta ke?? dalam super market ni???

NATRAH meninggal dunia



KUALA LUMPUR – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam.

Menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama semalam, Natrah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun.


Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.



Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.


Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

(Rujukan : http://karpetkuning.blogspot.com/2009/07/natrah-meninggal-dunia.html)

Monday, July 6, 2009

FOTO SEKITAR KENDURI DURIAN MPB

(Dari kiri 9W2SLJ, 9W2 ZAE dan 9W2 MPB)

Rakan RA V22 9W2 MPB telah menganjurkan " Kenduri Durian " di kediaman Ayahandanya di Kg Suak Petai, Manong, Perak pada 5hb Julai yang lalu.

Kenduri tersebut sebagai menunaikan niatnya untuk menjamu semua rakan-rakan RA seluruh Perak menikmati buah durian di musim ini. Manakala jenis buah durian yang disajikan termasuklah Jenis Kucing Tidur, Emas dan puteh melepak yang pasti rasanya cukup enak.

Untuk menambahkan menu kenduri berkenaan, keluarga 9W2 MPB telah sama-sama turun padang bergotong royong memasak dan menyediakan bubur anak lebah, kuih jala serta pulut dengan air santanya.


Kira-kira 20 stesen RA Perak menghadiri kenduri itu termasuklah; 9W2 SLJ, 9W2 HLJ,9W2HBC (Keluarga),9W2 HMI(Kelurga)9W2 DUA (Keluarga), 9W2 TOR(Keluarga), 9W2 NIM (Keluarga) 9W2 DJJ, 9W2 NRR, 9W2 ZAE serta 9W2 IPT manakala sejumlah 15 orang lagi dikalangan keluarga 9W2 MPB.

( 9W2 ZAE sedang memerhatikan proses membuat bubur anak lebah)

Selain dari itu, 10 stesen yang menyertai kayuhan kuda kepang diketuai oleh 9W2 DMG turut sama memeriahkan lagi suasana perkelahan durian tersebut.

Kenduri durian itu berakhir kira-kira jam 5 petang.

Saya bagi pihak rakan-rakan RA Perak mengucapkan setinggi dan sebanyak-banyak terima kasih kepada 9w2 MPB serta keluarga kerana bersusah payah menjayakan program tersebut - bak kata orang-orang lama " Terima kasih daun keladi - tahun depan jangan lupa jemput lagi "..


(9W2 DUA bersama keluarga dimajlis itu)

(Keluarga 9W2 NIM)

( Sebahagian kuih muih yang disajikan)

(Rakan-rakan kuda kepang sedang menikmati jamuan)

(Rakan-Rakan kuda kepang yang diketuai 9W2 DMG sebaik sahaja sampai di lokasi )

(juadah yang disajikan pada hari tersebut)

(9W2 NRR serta harmoninya menikmati jamuan)
(Tidak ketinggalan 9W2 HMI dan keluarga hadir sama)

(9W2 HMI-9W2 DUA & 9W2 IPT sedang menikmati durian kucing tidur)

(9W2 DUA dengan durian bersama pulutnya)



Thursday, July 2, 2009

Beli durian dengan Kad Kredit??


Sekarang tidak susah lagi bagi mereka untuk membeli durian dan tak perlu lagi membawa wang yang banyak... cukup sekadar membawa kad kredit bagi tujuan membeli atau memborong buah durian.

Yang menjadi tanda tanya sekarang? dimanakah lokasi gerai yang menjual durian dengan mengizinkan penggunaan kad kredit seperti gambar diatas yang pastinya di Malaysia..

Pengiklanan