NUFFNANG Ads

Friday, November 27, 2009

Cuba pikio & menung2kan !!


Bila terpandang gambar di atas, maka terbayanglah difikir saya peristiwa yang meragut 3 nyawa di insiden Kuala Depang tempuh hari.

Tapi mereka ini tidak membaca akhbar Malaysia kot ... apa-apa pun mereka ini semua sudah cekal sanggup terkorban kerana sudah tidak ada lagi jalan lain yang boleh membawa ke seberang sungai - jambatan gantung ini hampir runtuh !!

Sekarang ini tidak menyusahkan para pengguna hendak membuka penutup botol oren, kerana setiap mesin jualan minuman ringan tersebut sudah disediakan amoi? untuk mengigit penutup botol anda ..

alaaaa..ni apa pulak nihhh ... berpayung kerana panas atau ....... tidak perlukan saya lanjut-lanjutkan anda dapat memikirkan apa yang mereka nak lakukan ..kehkehkehhh

Ini diaaa ... teknologi sendirian untuk menyediakan bekalan kuasa untuk labtop sahabat kita ni.. dan ini adalah ciptaan asli/ori dari pemikiran mereka yang daif tapi kaya dengan ilmu tercangih .. boleh kita tiru ??

MARI BUAT DUIT DIBLOG ANDA:

Thursday, November 26, 2009

Moh kita main tirup



Sebahagian dari kita pernah bermain daun terup atau daun pakau di rumah bersama-sama keluarga sebagai hiburan diwaktu santai.

Tapi dalam gambar diatas, mereka bermain daun terup dalam ukuran yang terbesar hanya dapat dipegang dengan dua daun terup sahaja.

Tetapi yang dikhuatiri dan ditakuti apabila ada dikalangan mereka menggelat dalam permainan hingga terjadi perselisihan dan bergaduh.

Mungkin daun terup menjadi bahan sebagai sasaran melepaskan geram masing-masing.

Friday, November 20, 2009

Konvoi ke Perlis Disember ini




KEPADA SEMUA RAKAN HAM, SATU PROGRAM 'SHORT BREAK' - JOM PI KEDAH & PERLEH AKAN DI RANCANG BULAN DECEMBER INI.

TARIKH : 19hb DEC 2009 SABTU & 20hb DEC 2009 AHAD.

PENGINAPAN : 2 HARI/1 MALAM DI KUALA PERLIS (HOTEL TO BE CONFIRM)

AGENDA : EYEBALL DENGAN RAKAN KEDAH & PERLIS, MELAWAT PEKAN RABU, GUA KELAM, WANG KELIAN, WANG BURMA, PADANG BESAR & BUKIT KAYU HITAM.... danok.


TENTATIF PROGRAM (program ini adalah free & easy, jadual dibawah sekadar guideline sahaja. Segala cadangan/pendapat dari rakan-rakan amat dialukan)

SATURDAY - 19/12/2009

9.00am - Bertolak dari Wakaf Parts Ipoh.

12.00pm - Lunch di hentian R&R Gurun

2.00pm - Jangka tiba di Changlun (di sambut oleh rakan Ham Changlun)

2.30pm - Minum petang di Base Pak Halim 9W2HZB

5.00pm - Check in Hotel (T Hotel or PNK resort)

8.00pm - Makan malam (pekan kangar) & eyeball dengan rakan Ham Kangar

SUNDAY - 20/12/2009

8.00am - Check out & Breakfast

9.00am - Muzium Allahmarhum Kayang

9.30am - Wang Kelian/Wang Burma

10.30am - Gua Kelam

12.00pm - Lunch (Restoran Teratai Putih)

1.30pm - Shopping di Padang Besar

3.00pm - Melawat Bikut Kayu Hitam & Danok (to be confirm)

3.30pm - Melawat Lye Huat Garden Jitra (to be confirm)

6.00pm - Pesta Penang (to be confirm)

9.00pm - Di jangka tiba Ipoh.

Rujukan:
http://man9w2nim.blogspot.com/2009/10/salam.html

Tuesday, November 17, 2009

Nak Jadi Jutawan Tanpa Modal ??

(bukan sahaja air susunya dimanfaatkan malah air kencingnya juga boleh jadi duit)


Disalah satu kawasan di India telah muncul satu projek niaga tanpa modal besar dan tidak memerlukan banyak perbelanjaan.

Cukup dengan mempunyai 1 atau 2 ekor lembu - dengan itu anda akan muncul sebagai jutawan terkenal diserata dunia.

Apakah projek itu macam mudah aja bunyinya?

Iya, tiap-tiap hari anda hanya perlu menggumpul atau menadah air kencing lembu yang anda pelihara itu kemudian disuling seperti kita menyuling air biasa.

Air sulingan (kencing lembu) tadi sudah terkumpul dan masukan air tersebut kedalam botol dan akhirnya diletakan lebal dan kini air itu muncul sebagai 'MINUMAN RINGAN "

Itulah yang berlaku di India, menurut laporan air minuman ringan itu mendapat sambutan .. ehee .. apa pulak rasanya iya? hmm lepas sebulan anda bergelar jutawan.

(air kencing lembu disuling)

(Kemudian dimasukan kedalam botol)

(ahaaa.. udah pun siap .. anda nak order berapa dozen?)

Thursday, November 12, 2009

Mega Sale & Ingin Mencuba ?? Sedap !!

Inilah wajah-wajah manusia yang paling laris jualannya di pasar-pasar besar di sebuah negara dan dikatakan dapat memenuhi citarasa pengguna.

Menurut laporan, setelah diproses dengan adunan tertentu rasanya lebih sedap dan enak dari makanan lain ...

Demikianlah ciptaan yang dihasilkan oleh pereka kek untuk menarik minat pembali dengan lekaran berwajah manusia ... jadi adakah anda berani mencuba menikmati kek ini?...






MARI BUAT DUIT DI BLOG ANDA




Tuesday, November 10, 2009

Keputusan Ujian Morse Code 2009


Keputusan Ujian Morse Code RA telah di keluarkan oleh MCMC


Untuk Keputusan Penuh Klik
Di sini

---------------------------------------------------------------------------


Jom Buat Duit melalui Blog Anda

Saturday, November 7, 2009

Siapa yang tak tahu membaca ??

Minggu ini saya paparkan segmen senyum2 hujung minggu ingin hendak bertanya kepada para pengunjung.

Melalui foto-foto ini siapa yang sebenarnya tak faham atau tidak tahu membaca??



Papan tanda khusus untuk memaklumkan kepada yang berkenaan jalan masuk ke dalam kawasan tersebut.

Thursday, November 5, 2009

Awas : Handphone Meletop


Guangzhou, CHINA - Seorang lelaki telah meninggal dunia setelah telefon bimbitnya meletup dan terkena pada urat arteri nya di leher. Berdasarkan laporan.

Mangsa dipercayai baru sahaja mengecaj baterinya dan menyimpan telefonnya di dalam poket baju. Sehinggalah beberapa minit kemudian, ia meletup dan meragut nyawa mangsa.

Pemberita tempatan mengatakan kejadian ini ialah yang ke sembilan berlaku di China sejak tahun 2002.
Pihak pengkaji mendapati bahawa kejadian ini berlaku kerana bateri telefon dicaj terlalu lama atau bateri didedahkan pada haba panas.

Oleh kerana perkara ini boleh menyebabkan kematian. Kami ingin berkongsi tips-tips untuk mengelakkan kejadian ini.

- Pastikan telefon anda menggunakan bateri yang original. Yang disyorkan oleh jenis telefon tersebut.

- Jangan sesekali mengubah suai telefon anda.

- Pastikan anda menggunakan charger yang original dan jangan berkongsi charger.

- Jangan dedahkan telefon anda pada panas seperti cahaya matahari.

- Elakkan bercakap di telefon terlalu lama.

- Jangan guna telefon anda ketika sedang Charging.

- Simpan telefon anda di dalam beg, elakkan daripada simpan di dalam poket.

- Jangan gunakan bateri yang rosak.

Rujukan:
http://www.fcucommunity.net/2009/10/awas-mati-sebab-henset-meletup.html

Pengiklanan