NUFFNANG Ads

Sunday, November 23, 2008

Pameran RA mendapat perhatian

(9W2IPT sedang memberikan taklimat kepada Pegawai daerah Perak Tengah semasa berkunjung di Pameran tersebut)


Pameran Radio Amatur yang diadakan sempena Karnival Usahawan Kecil (IKS) Parit mendapat perhatian umum apabila mula dibuka kira-kira 10 pagi.

Pameran tersebut dikendalikan oleh Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) diadakan di Dataran MDPT Parit yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Perak Tengah En. Hasim Bin Haji Hasan.

(Rakan-rakan RA sedang sibuk membuat persiapan pada pameran tersebut)

Sebanyak 25 industri kecil serta 6 agensi Jabatan Kerajaan mengambil bahagian pada karnival yang julong kali diadakan oleh Pusat Internet Desa (PID) Parit.

Pada keseluruhan sambutan yang diberikan adalah sederhana tetapi meriah dalam suasana cuaca yang begitu baik sehingga karnival itu ditutup kira-kira jam 4 petang oleh Ahli Parlimen Parit YB Ustaz Drs Mohd Nizar bin Zakaria.

(Sebahagian daripada rakan-rakan RA Perak yang membantu menjayakan pameran tersebut - bergambar bersama Pengerusi Parts 9W2SLJ (Pak Lop) yang duduk sebelah kiri sekali)

nota: ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan RA yang membantu menyelenggarakan pameran tersebut.

Wednesday, November 19, 2008

Kelas RAE 2008-2 anjuran PARTS

Kelas persediaan untuk RAE 2008-2 anjuran PARTS akan bermula pada 21-Nov-2008 seperti butiran di bawah:

Tempat : Rumah Wakaf PARTS, Jalan Silibin, Ipoh.
Hari : Setiap Jumaat malam Sabtu (21/11, 28/11, 05/12, 12/12)
Masa : 08.00~10.00 malam (20.00~22.00 Hrs)

Terbuka untuk semua rakan-rakan HAM terutamanya rakan-rakan SWAL yang akan menduduki peperiksaan RAE 2008-2 pada 17-Dis-2008 nanti. Selamat berjaya kepada semua calon RAE 2008-2.

sumber drp:

http://www.parts.org.my/joomla/index.php?option=com_content&task=view&id=65&Itemid=2

Tuesday, November 11, 2008

Perancangan Jaluran (Band Plan)

===========================================
Kadang-kadang saya agak keliru apabila ada rakan-rakan ham memberitahu tentang penggunaan saluran simplex di kawasan mereka dalam bentuk kod V, bukannya dalam nilai frekuensi. Jadi setelah saya siasat rupanya, terdapat sistem penamaan saluran yang telah ditetapkan oleh ITU dan diwartakan secara rasmi oleh SKMM. Jadual yang disertakan menunjukkan sebahagian daripada band plan yang dimaksudkan itu. Sebagai contoh, daerah Kubang Pasu, menggunakan V24. Daerah Sik pula V28. Daerah Parit Buntar, Perak guna V38 dan begitulah seterusnya.
Nota: Untuk makluman anda, soalan tentang band plan pernah keluar dalam RAE 2008-1.




Monday, November 10, 2008

Mari Mengenali Bahasa Tawau

Kata orang, bahasa itu jiwa bangsa, ada pula menilai tingkah laku seseorang dengan kata tuturnya. Tapi aku percaya satu konsep sejarah yang mengatakan… Majunya sebuah ketemadunan itu berdasarkan beberapa perkara termasuklah memiliki bahasa sendiri, tulisan sendiri. Apa kaitannya dengan tajuk aku “Bahasa Pasar Tawau??”…

Aku bukan mahu perkatakan soal ketemadunan Tawau (sebab memang mundur dari aspek pembangunannya)… tapi aku mahu memberitahu bahawa ada beberapa bahasa unik yang biasa didengar di Tawau.

Here we go…

  1. Limpas : lalu, melewati.
  2. Peggal : buat naik angin, buat marah.
  3. Baccat : buat naik angin, buat marah.
  4. Ampas : hempas.
  5. Kompek : Beg plastik
  6. Tambling : Perbuatan akrobatik terjun sungai
  7. sanggar - pisang goreng
  8. gegger - gila
  9. kumpau - berlagak
  10. Kilik : gila-gila
  11. celledak : gedik, minta puji.
  12. pengkak - tempang
  13. langgok - gaya org dari indonesia
  14. jelek: tidak cantik
  15. sinting - gila
  16. Gasak: Hantam, tumbuk
  17. starring = hero
  18. lolok = serangga
  19. keroyok = gaduh ramai
  20. kanjopang = lipas
  21. parakang = hantu
  22. Gerek = sembelih
  23. kerbek = cakar
  24. bertrep=bergaya tidak tentu pasal
  25. mangat=kependekkan perkataan semangat

Untukmengetahui lebih lanjut sila ke http://puadede.com/v1/bahasa-orang-tawau/

Mari Belajar Loghat Perlis

PERKATAAN : awat
MAKSUD : kenapa?
AYAT : Awat hang ni pelik satu macam ja…

PERKATAAN : ayaq
MAKSUD : air
AYAT : mai kita minum ayaq ais.

PERKATAAN : cheq
MAKSUD : panggilan manja utk diri sendiri atau org lain
CONTOH DIALOG:
ATOK: awat cheq jadi buat macam ni? ?(Awat awak buat mcm ni?)
CUCU: cheq pun taktau.(saya pun taktau)
???

PERKATAAN : loghat -
MAKSUD : sibuk, penyibuk
AYAT : awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..

PERKATAAN : geleboq -
MAKSUD : lumpur
AYAT : ghebau Pak Din jatuh dalam geleboq kat bendang pagi tadi…

PERKATAAN : meghela -?( sebutan: me ghe la )
MAKSUD : gatai,gedik2
AYAT : awat yang hang dok meghela sangat ni?

PERKATAAN : belengaih -
MAKSUD : melekat bergetah, comot
AYAT : Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.

PERKATAAN : herot petot
MAKSUD: senget, tak teratur
AYAT : apa hang lukis ni, herot petot ja…. ~lebih kurang mcm tu la

PERKATAAN: geghek (sebutan: ge ghek)
MAKSUD: basikal
AYAT: aku pi sekolah dulu naik geghek ja.

PERKATAAN: seneghih -( sebutan: se ne ghih)
MAKSUD: selisih
AYAT: hari tu Kin seneghih dengan Kak Mimi. Tapi dia buat derrrk ja.???

PERKATAAN: ndoi
MAKSUD: buaian
AYAT: Mira sedang asyik hayun ndoi anak sedara dia.

nak tau loghat Johor?—>http://akusilentreader.blogspot.com/2008/11/tatabahasa-johor.html

http://akuadamjuni.blogspot.com/

Thursday, November 6, 2008

mari belaJar bhs sepanyol = LA FAMILIA ( KELUARGA )

PADRE ( AYAH ) = MADRE ( IBU )
HERMANO (ABANG ) = HERMANA ( KAKAK )
HIJO ( ANAK LELAKI ) = HIJA ( ANAK PEREMPUAN )
ABUELO ( ATOK ) = ABUELA ( NENEK )

TIO ( PAK CIK )= TIA ( MAK CIK )
NIETO ( CUCU LELAKI ) = NIETA ( CUCU PEREMPUAN )
PRIMO ( SEPUPU LELAKI ) = PRIMA ( SEPUPU PEREMPUAN )

SOBRINO ( ANAK BUAH LELAKI ) = SOBRINA ( ANAK BUAH PEREMPUAN )
MARIDO ( SUAMI ) = MUJER ( ISTERI )
SUEGRO ( AYAH MERTUA ) = SUEGRA ( MAK MERTUA )

CUNADO ( ABANG IPAR ) = CUNADA ( KAKAK IPAR )
YERNO ( MENANTU LELAKI ) = NUERA ( MENANTU PEREMPUAN )

Sunday, November 2, 2008

Double Zepp Antenna

Untuk panduan rakan-rakan RA seluruh, mulai minggu ini atas permintaan ramai, saya perturun rajah beberapa jenis antenna yang menjadi pilihan ramai.Insyaallah saya akan papar rajah-rajah antenna dari masa ke semasa demi untuk memenuhi cita rasa anda.

Saturday, November 1, 2008

RM 15,000 PROJEK CYCLETHON 2008

Sejumlah 10 stesen RA Negeri Perak adalah diantara 100 peserta mengambil bahagian " Projek Cyclethon 2008 di Dataran Perhimpunan SMK Iskandar Shah Parit hari ini ( 1 November 2008).

Projek tersebut buat julongkalinya anjuran SMK Iskandar Shah tersebut secara besar-besaran dan mendapat sambutan menggalakan di kalangan para pelajar serta orang awam sekitar kawasan Parit, Bota, Manjung, Batu Gajah, Ipoh dan Gopeng.

Rakan-rakan Radio Amatur (RA)juga tidak melepaskan peluang untuk ikut serta menjayakan projek tersebut yang mula dilepaskan kira-kira jam 9.00 pagi sejauh 44 km.

Ahli Parlimen Parit Ustaz Drs. Mohd Nizar bin Zakaria telah menyumbang bantuan sebanyak RM 15,000 serta melancarkan projek tersebut.Sementara 7 stesen RA Perak diakhir projek tersebut berkesempatan berkunjung ke kediaman saya dan diucapkan terima kasih diatas kesudian rakan-rakan itu.

FOTO CYCLETHON 2008 SMK ISKANDAR SHAH 2008

There was an error in this gadget

Pengiklanan