Saturday, July 11, 2009

Blog V22 terus di tempat pertama


Alhamdullilah blog V22 terus mendapat perhatian umum apabila malam tadi diumumkan blog berbahasa Melayu ditempat pertama dalam tempuh 3 hari.

Sebelum ini 3 hari lalu, blog yang sama mendahului ditempat pertama dengan cerita Kenduri Durian 9W2 MPB di manong, Perak. Manakala cerita Rentetan Tragedy Natrah terus menjadi perhatian para pengunjung dalam dan luar negara.

Sekali lagi dihulurkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para pengunjung blog V22 yang dikendalikan oleh Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah ( GRAPET).

Friday, July 10, 2009

Senyum - Senyum Hujung Minggu


JANGAN TAKUT SAYA TAK BUAT APA-APA KENAPA LARI PULAK niiii..:)


Alamak ada parking kereta ke?? dalam super market ni???

NATRAH meninggal dunia



KUALA LUMPUR – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam.

Menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama semalam, Natrah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun.


Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.



Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.


Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

(Rujukan : http://karpetkuning.blogspot.com/2009/07/natrah-meninggal-dunia.html)

Monday, July 6, 2009

FOTO SEKITAR KENDURI DURIAN MPB

(Dari kiri 9W2SLJ, 9W2 ZAE dan 9W2 MPB)

Rakan RA V22 9W2 MPB telah menganjurkan " Kenduri Durian " di kediaman Ayahandanya di Kg Suak Petai, Manong, Perak pada 5hb Julai yang lalu.

Kenduri tersebut sebagai menunaikan niatnya untuk menjamu semua rakan-rakan RA seluruh Perak menikmati buah durian di musim ini. Manakala jenis buah durian yang disajikan termasuklah Jenis Kucing Tidur, Emas dan puteh melepak yang pasti rasanya cukup enak.

Untuk menambahkan menu kenduri berkenaan, keluarga 9W2 MPB telah sama-sama turun padang bergotong royong memasak dan menyediakan bubur anak lebah, kuih jala serta pulut dengan air santanya.


Kira-kira 20 stesen RA Perak menghadiri kenduri itu termasuklah; 9W2 SLJ, 9W2 HLJ,9W2HBC (Keluarga),9W2 HMI(Kelurga)9W2 DUA (Keluarga), 9W2 TOR(Keluarga), 9W2 NIM (Keluarga) 9W2 DJJ, 9W2 NRR, 9W2 ZAE serta 9W2 IPT manakala sejumlah 15 orang lagi dikalangan keluarga 9W2 MPB.

( 9W2 ZAE sedang memerhatikan proses membuat bubur anak lebah)

Selain dari itu, 10 stesen yang menyertai kayuhan kuda kepang diketuai oleh 9W2 DMG turut sama memeriahkan lagi suasana perkelahan durian tersebut.

Kenduri durian itu berakhir kira-kira jam 5 petang.

Saya bagi pihak rakan-rakan RA Perak mengucapkan setinggi dan sebanyak-banyak terima kasih kepada 9w2 MPB serta keluarga kerana bersusah payah menjayakan program tersebut - bak kata orang-orang lama " Terima kasih daun keladi - tahun depan jangan lupa jemput lagi "..


(9W2 DUA bersama keluarga dimajlis itu)

(Keluarga 9W2 NIM)

( Sebahagian kuih muih yang disajikan)

(Rakan-rakan kuda kepang sedang menikmati jamuan)

(Rakan-Rakan kuda kepang yang diketuai 9W2 DMG sebaik sahaja sampai di lokasi )

(juadah yang disajikan pada hari tersebut)

(9W2 NRR serta harmoninya menikmati jamuan)
(Tidak ketinggalan 9W2 HMI dan keluarga hadir sama)

(9W2 HMI-9W2 DUA & 9W2 IPT sedang menikmati durian kucing tidur)

(9W2 DUA dengan durian bersama pulutnya)



Thursday, July 2, 2009

Beli durian dengan Kad Kredit??


Sekarang tidak susah lagi bagi mereka untuk membeli durian dan tak perlu lagi membawa wang yang banyak... cukup sekadar membawa kad kredit bagi tujuan membeli atau memborong buah durian.

Yang menjadi tanda tanya sekarang? dimanakah lokasi gerai yang menjual durian dengan mengizinkan penggunaan kad kredit seperti gambar diatas yang pastinya di Malaysia..

Sunday, June 28, 2009

Jemputan Makan Durian



Sekarang sudah masuk musim durian gugur di sekitar daerah di negeri Perak - pelbagai jenis durian sekarang sudah berada di pasaran dengan harga sedikit mahal dalam waktu yang terdekat ini (awal musim).

Sempena dengan musim durian kali ini rakan V22 kita 9W2 MPB menjemput semua rakan-rakan Radio Amatur tidak kira berada dimana menghadiri majlis jamuan makan durian secara berkelah pada, masa dan tempat berikut;

Tarikh: 5hb Julai 2009
Jam : 10 pagi (sampai habis buah durian)
Tempat : Di Kediaman Ayahandanya
di kampung Suak Petai, Manong.

Frekuensi perhubungan V.22 (145.275)
HP : 012 544 0454 ( Man )
#sebarang pertanyaan atau pandu arah bolehlah menghubungi kemudahan di atas.

Thursday, June 25, 2009

Gerai yang menarik perhatian


(Foto 9w2 ZAE)

Gerai pameran herba tempatan adalah diantara gerai yang mendapat sambutan umum di Ladang Herba, Simpang Pulai dekat Ipoh.

Pameran itu diadakan sempena Majlis Perasmian Ladang berkenaan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak baru-baru ini.

Diantara pameran herba yang menarik minat pengunjung ialah; pokok kacip fatimah, beberapa jenis pokok herba lain sepertimana dalam gambar di atas.