NUFFNANG Ads

Wednesday, February 24, 2010

Sambal Tumis Kepala Biawak ??



Apalah rasanya masakan sambal tumis kepala biawak ??? kalau diperhatikan sedap agaknya.. tapi ....... baca aja lah laporan kat bawah ini;


JASIN -- Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

Thursday, February 18, 2010

9W2 SUF lahirkan Ciptaan ke 2


9W2 SUF keluarkan lagi ciptaan ke 2 nya dalam usaha untuk memperlengkapkan peralatan Radio Amatur (RA) untuk kegunaan dari pelbagai sudut kepentingan.

Seperti biasa sebahagian peralatan yang digunakan adalah barangan yang dikitar semula dengan ini lebih murah disamping menghargai barangan yang terbuang.


Pada kali ini 9W2 SUF memperlengkap kemudahan peralatan RA untuk mereka yang gemar aktiviti kembara, jungle tracking dan menjelajah gunung.

Sebelum ini 9W2 SUF telah mencipta peralatan RA dengan menggunakan peralatan komputer yang diubahsuai menjadi kelengakapan lengkap untuk kegunaan di base.

Friday, February 12, 2010

Kebesaran Illahi 18sx yang dibenarkan??



Apabila Allah berkata " Jadi ..." maka akan terjadilah sesuatu yang dikehendakiNYA dari Gempa Bumi- tsunami - banjir dan sebagainya.

Begitu juga dengan foto yang saya paparkan kali ini, mengajak kita sama-sama berfikir serta menghayati kebesaran ALLAH semua yang terjadi diatas kehendaknya.



Sunday, February 7, 2010

SKMM & PARTs anjur Seminar 28 Mac




Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) akan menganjurkan Seminar sehari " Radio Amatur" di Hotel Seri Malaysia pada 28Mac ini.

" Parts telah diberikan kepercayaan mengendalikan seminar tersebut oleh SKMM dengan empat kertas kerja djangka akan dibentangkan sepanjangan seminar itu yang bermula jam 9 pagi" Kata Pengerusi Parts 9M2 SLJ (Pak Lop).

Menurutnya, Selain kertas kerja daripada SKMM termasuklah dari Jabatan SIRIM, Kastam dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

" Tidak ada dikenakan sebarang bayaran penyertaan malah peserta yang hadir nanti disediakan makan dan minum serta sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh SKMM " sambung 9M2 SLJ lagi.

Beliau berharap rakan-rakan radio amatur seluruh daerah di Perak tidak melepaskan peluang keemasan ini kerana selepas ini tidak dapat dipastikan seminar yang seumpama diadakan lagi.

Kepada Rakan Radio Amatur yang ingin menyertai seminar tersebut boleh mendaftar dari sekarang melalui;

1. 9W2 SUF 012 559 0096 (dari jam 7 pagi hingga 7 malam)

2. 9M2 SJL 012 518 7580 (dari jam 7 malam hingga 10 malam)

3. email : 9m2slj@gmail.com


Selain dari itu rakan RA boleh juga mendaftar melalui wakil daerah yang telah dilantik oleh Parts;

1. Tanjung Malim - 9W2 RND
2. Tapah - 9W2 RIP
3. Kampar - 9W2 HKR
4. Manjung - 9W2 TGA
5. Perak Tengah/Parit- 9W2 IPT
6. Kuala Kangasr - 9W2 DKL
7. Taiping - 9W2 AOC
8. Lenggong - 9W2 KBD
9. Parit Buntar - 9M2 SY
10.Grik - 9W2 MIZ
11.Pengkalan Hulu - 9W2 RBN

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PADA : 22.02.2010.

Menurut 9M2SLJ lagi, sempena dengan seminar sehari itu, Parts juga akan menganjurkan pameran Kegiatan Rakan-Rakan Radio Amatur dan juga Parts diperkarangan hotel seri Malaysia.

Friday, February 5, 2010

Senyum2 awal bulan Februari 2010

Senyum2 hujung minggu kali ini saya paparkan anika jenis foto yang mencuit hati kita --> ada-ada aja lee.......

Foto kat atas ciptaan bantal terkini -- > mungkin juga untuk mendapatkan mimpi-mimpi yang lebih enak dan menyeronokan.


Inilah satu-satunya peti sejuk (golkas dlm bahasa Indonesia) bersize besar didunia - nampaknya selain boleh mendinginkan minuman botol - malah sekiranya kita merasakan tubuh kita panas, bolehlah mencuba duduk dalam peti sejuk raksaksa ni... lepas itu bagitau saya apa rasanya duduk didalam tu heheheeee wakah..wakah4x.

Saya tanya pada pemuda dalam foto kat atas ni ... tidak ke sakit kepala mejunjung beteri yang besar tu..
jawab pemuda tersebut " Bio rasa sakit tak pe .. asai dapat dengo siaran RADIOKITA ..... wakah.wakah..wakah4x

Tuesday, February 2, 2010

TARIAN POCO POCO HARAM???



Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.

Lihatlah bagaimana pergerakannya membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. kerana ianya menimbul persoalan, kenapa tarian ini dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
wallahwalam..

Pengiklanan