NUFFNANG Ads

Thursday, December 31, 2009

Gaji 1 juta pun Tak Berbaloi .. Berbaloi


Inilah tugas seorang pekerja di sebuah kolam buaya menunjukan aksi yang paling hebat dengan memasukan tubuhnya kedalam mulut seekor buaya (bapak buaya kot hehehee).

Mungkin buaya itu lapar .... mungkin juga dah terlepas malam jumaat atau pun sebagai membalas dendam? ..... dengan tidak diduga buaya tu terus ngap ... ngap tubuh penjaga buaya yang telah bertahun-tahun menjadi sahabat karibnya ....

Tidak ada cerita lain melainkan --->> sudah sampai ajalnya <<--- Tubuh penjaga buaya di kolam itu sudah habis di ngap oleh buaya seraya memejamkan matanya tanda sedap atau kenyang?


Ini lagi satu kerja yang membawa nahas di padang latihan menembak di sebuah negara ( anda boleh ketahui dimana ? lihat sahaja pakaian seragamnya) duduk sambil memegang papan sasar dalam latihan menembak.

Sekiranya pelatih menembak itu latah, terkejut atau tergelincir sudah pasti peluruh hidup itu tersasar daripada papan yang disediakan.... aduhhh mati katak laaaaa...

Wednesday, December 30, 2009

Sepintas Bahasa Jepun



Selamat Tengahari semua. Lama betul dah tak mengemaskini-kan pelajaran di laman web ini. Hari ini mari kita tinjau berkenaan penjodoh bilangan untuk haiwan seperti kucing, arnab dan lain-lain lagi. Di dalam bahasa jepun mengikut jenis haiwan tersebut ada beberapa jenis penjodoh bilangan yang di guna pakai. Hari ini mari kita lihat penjodoh bilangan "hiki" yang di guna pakai untuk kucing, arnab, anjing dan juga lain-lain lagi. "hiki" adalah penjodoh bilangan yang boleh di guna pakai untuk banyak jenis haiwan.

Cara penggunaannya adalah seperti berikut
_______hiki = _______ekor
Ip-piki = Se-ekor
Ni-hiki = Dua-ekor
San-biki = Tiga-ekor
Yon-hiki = Empat-ekor
Go-hiki = Lima-ekor
Rop-piki = Enam-ekor
Nana-hiki = Tujuh-ekor
Hap-piki = Lapan-ekor
Kyuu-hiki = Sembilan-ekor
Jup-piki = Sepuluh-ekor

Nan-biki = Berapa-ekor

Contoh Ayat

Watashi-wa petto-toshite ippiki-no-usagi to ni-hiki-no neko wo katteimasu
Saya memelihara se-ekor arnab dan dua-ekor kucing sebagai haiwan peliharaan

Sakki, kaeru ni-hiki wo mitsukemashita
Tadi, saya jumpa dua ekor katak

Perkataan Baru

Petto = Haiwan peliharaan
Usagi = Arnab
Neko = Kucing
Kau = Pelihara
Kaeru = Katak

Kategori : Penjodoh

* * *

Penjodoh Bilangan (Buku)

August 05, 2005

Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan bagi buku dan juga majalah adalah "satsu". Tulisan kanji bagi satsu adalah "冊"

Cara penggunaannya adalah seperti berikut

_______satsu = _______biji
is-satsu = se-biji
ni-satsu = dua biji
san-satsu = tiga biji
yon-satsu = empat biji
go-satsu = lima biji
roku-satsu = enam biji
nana-satsu = tujuh biji
has-satsu = lapan biji
kyuu-satsu = sembilan biji
jus-satsu = sepuluh biji

nan-satsu = Berapa biji

Contoh Ayat

Watashi-ga ima-made yonde-kita hon-no-kazu-wa jus-satsu desu
Sampai sekarang jumlah buku yang telah saya baca adalah 10 biji

Tsukue-no-ue-ni is-satsu-no-nooto-ga arimasu
Terdapat sebiji buku nota di atas meja

Perkataan Baru

Yomu = Baca
Tsukue = Meja
Ue = Atas
Nooto = Buku nota
Arimasu = Ada (Untuk benda tidak hidup)

Kategori : Penjodoh

* * *

Penjodoh Bilangan (Tingkat)

January 21, 2005

Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan bagi "tingkat" yang biasa di pakai untuk bangunan dan sebagainya adalah "kai". Sebutannya adalah "kai" sama juga dengan penjodoh bilangan yang menggambarkan "kali". Tetapi "kai" untuk "tingkat" tulisannya adalah berbeza dengan "kai" untuk "kali".

"階" = tingkat, "回" = kali. (Kalau ada japanese font akan nampak perbezaannya)

Cara penggunannya adalah seperti berikut

_______kai = _______tingkat/ tingkat_______
ik-kai = se-tingkat/ tingkat 1
ni-kai = dua tingkat /tingkat 2
san-gai = tiga tingkat/ tingkat 3
yon-kai = empat tingkat/ tingkat 4
go-kai = lima tingkat/ tingkat 5
rok-kai = enam tingkat/ tingkat 6
nana-kai = tujuh tingkat/ tingkat 7
hak-kai = lapan tingkat/ tingkat 8
kyuu-kai = sembilan tingkat/ tingkat 9
juk-kai = sepuluh tingkat/ tingkat 10

nan-gai = Berapa tingkat/ tingkat berapa

Contoh Ayat

Watashi-ga ima sundeiru apaato-wa yon-kai-date-desu
Apartment tempat saya tinggal sekarang ini ada 4 tingkat.

Ali-san-no-heya wa rok-kai ni arimasu.
Bilik ali berada di tingkat 6.

Anata-wa "KLCC-Twin-Tower"-no ni-juk-kai-ni itta-koto-ga arimasuka.
Awak pernah ke pergi ke tingkat 20 bangunan "KLCC Twin-Tower"

Perkataan Baru

Apaato = Apartment
Heya = Bilik
Itta-koto-ga arimasu = Pernah pergi

Latihan

Cuba buat ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan "kai" Kategori : Penjodoh

* * *

Penjodoh Bilangan (Batang)

November 23, 2004

Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan untuk benda yang besar dan panjang seperti pen, rokok, tiang dan juga sungai adalah "hon". Jadi "hon" sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu adalah "batang".

_______hon = _______batang
ip-pon = se-batang
ni-hon = dua batang
san-bon = tiga batang
yon-hon = empat batang
go-hon = lima batang
rop-pon = enam batang
nana-hon = tujuh batang
hap-pon/hachi-hon = lapan batang
kyuu-hon = sembilan batang
jup-pon = sepuluh batang

nan-bon = Berapa batang

Contoh Ayat

Watashi-ni tabako-wo san-bon kudasai
Bagikan saya tiga-batang rokok.

Ali-san wa enpitsu-wo go-hon kaimashita.
Ali telah membeli lima-batang pensel.

Perkataan Baru

Tabako = Rokok
Enpitsu = Pensel
Kaimashita = Membeli (Bentuk kata kerja past tense)

Latihan

Cuba buat ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan "hon" Kategori : Penjodoh

* * *

Penjodoh Bilangan ( Benda nipis )

September 23, 2004

Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan untuk benda yang nipis seperti kertas dan juga kain adalah "mai". Jadi "mai" sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu adalah "helai".

_______mai = _______helai
ichi-mai = se-helai
ni-mai = dua helai
san-mai = tiga helai
yon-mai = empat helai
go-mai = lima helai
roku-mai = enam helai
nana-mai = tujuh helai
hachi-mai = lapan helai
kyuu-mai = sembilan helai
juu-mai = sepuluh helai

nan-mai = Berapa helai

Contoh Ayat

Watashi-ni shiroi-kami wo ichi-mai kudasai
Bagikan saya se-helai kertas putih.

Ali-san wa ichi-mai no nuno ni shi-wo kakimashita.
Ali menulis puisi di atas se-helai kain.

Perkataan Baru

Shiroi = Putih
Kami = Kertas
Nuno = Kain
Shi = Puisi
Kakimashita = Menulis (Bentuk kata kerja past tense) Kategori : Penjodoh

* * *

Penjodoh Bilangan ( Masa )

September 07, 2004

Hari ini kita akan mempelajari berkenaan masa.

Jam

"Pukul" ataupun "jam" di dalam bahasa jepun adalah "ji". Contoh penggunaanya adalah seperti berikut:-

ichi-ji = pukul 1
ni-ji = pukul 2
san-ji = pukul 3
yo-ji = pukul 4 ( empat di dalam bahasa jepun adalah shi ataupun yon tetapi di dalam minit yo di gunakan )

go-ji = pukul 5
roku-ji = pukul 6
shichi-ji = pukul 7 ( tujuh di dalam bahasa jepun adalah shichi ataupun nana tetapi di dalam minit hanya shichi yang boleh di gunakan )

hachi-ji = pukul 8
ku-ji = pukul 9 ( sembilan di dalam bahasa jepun adalah ku ataupun kyuu tetapi di dalam minit hanya ku yang boleh di gunakan )

juu-ji = pukul 10
juu ichi-ji = pukul 11
juu ni-ji = pukul 12

nan-ji = pukul berapa?

Minit

"Minit" di dalam bahasa jepun adalah "fun". Contoh penggunaanya adalah seperti berikut:-

ip-pun = 1minit
ni-fun = 2 minit
san-pun = 3 minit
yon-pun = 4 minit
( empat di dalam bahasa jepun adalah shi ataupun yon tetapi di dalam minit hanya yon yang boleh di gunakan )

go-fun = 5 minit
rop-pun = 6 minit
nana-fun/shichi-fun = 7 minit
hap-pun = 8 minit
kyuu-fun = 9 minit
( sembilan di dalam bahasa jepun adalah ku ataupun kyuu tetapi di dalam minit hanya kyuu yang boleh di gunakan )

jup-pun = 10 minit

nan-pun = berapa minit

Kategori : Penjodoh

* * *

Penjodoh Bilangan ( Umur )

September 05, 2004

Hari ini kita akan belajar berkenaan penjodoh bilangan untuk "umur" di dalam bahasa jepun.

Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan untuk umur adalah sai.

Contoh penggunaannya adalah seperti berikut:-

Anata-wa nan-sai desu-ka = Berapakah umur awak?
Watashi-wa 30-sai desu = Umur saya 30 tahun

* Untuk lebih polite lagi di dalam ayat untuk bertanyakan umur seseorang itu, perkataan nan-sai itu hendaklah di gantikan dengan o-ikutsu, jadi untuk ayat soalan di atas sekiranya untuk ayat yang lebih polite lagi:-

Anata-wa o-ikutsu desu-ka = Berapakah umur awak?

Kategori : Penjodoh

* * *

Penjodoh Bilangan (Benda)

August 20, 2004

Penjodoh bilangan untuk benda seperti buah, sayur dan benda- benda berbentuk bulat:-

_______ko = _______biji
ikko = sebiji
niko = dua biji
sanko = tiga biji
yonko = empat biji
goko = lima biji
rokko = enam biji
nanako = tujuh biji
hachiko = lapan biji
kyuuko = sembilan biji
jukko = sepuluh biji

Contoh Ayat

Kono tamago wa ikko ikura desuka?
Berapakah harga sebiji telur ini?

Alisan wa mikan wo goko kaimashita.
Ali telah beli lima biji limau.

Perkataan Baru

ko= biji
tamago = telur
kaimashita = telah beli
mikan = limau

Kategori : Penjodoh

* * *

Penjodoh Bilangan ( Orang )

August 04, 2004

Hari ini kita akan belajar mengenai penjodoh bilangan untuk orang ataupun manusia.

Penjodoh bilangan untuk orang di dalam bahasa melayu adalah se-orang, dua-orang, tiga-orang, dan juga seterusnya yang mana semuanya sama tidak kira bilangan orangnya. Tetapi di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan yang digunakan untuk orang adalah di dalam tiga bentuk iaitu hitori untuk se-orang, futari untuk dua-orang dan ____nin untuk tiga-orang dan seterusnya. Cara penggunannya adalah seperti berikut:-

se-orang = hitori
dua-orang = futari
_______nin = _______orang : untuk tiga orang dan seterusnya.
Contoh untuk tiga orang hingga ke sepuluh orang.
san-nin = tiga orang
yo-nin = empat orang
go-nin = lima orang
roku-nin = enam orang
nana-nin = tujuh orang
hachi-nin = lapan orang
kyuu-nin = sembilan orang
juu-nin = sepuluh orang

* Untuk lebih hormat lagi "mei" di gunakan untuk menggantikan "nin" sebagai penjodoh bilangan untuk manusia ataupun orang.Contohnya:-

1 orang = Ichi-mei
2 orang = Ni-mei
3 orang = San-mei

Contoh Ayat

Anata-wa nan-nin kyoudai-desuka?
Berapa orangkah adik beradik awak?

Watashi-wa go-nin kyoudaidesu
Saya ada lima orang adik beradik

Perkataan Baru

nin = orang
kyoudai = adik beradik
nan-nin = berapa orang


Rujukan:(drp warga Malaysia di Jepun)
http://bahasajepun.com/arkib/penjodoh/index.html

Tuesday, December 29, 2009

Cara mendapatkan wang dari FaceBook

DAPATKAN $100 US DARI PAYPAL VIA FACEBOOK


Saat ini ada sebuah program bisnis online gratis PPL (pay perl lead) sedang mengadakan promosi bagi-bagi dollar gratis bersama paypal whislist.

Promo kali ini berkerjasama dengan Facebook. U
ntuk itu sebelum Anda mengikuti program ini Anda di haruskan mempunyai account disana, atau jika sebelumnya sudah punya, silahkan langsung login ke account Facebook Anda Setelah itu langsung pergi ke: Paypal Whislist

Anda akan menjumpai gambar seperti di atas, disana ada beberapa menu, klik saja yang bagian: “CLICK HERE”, tunggu beberapa saat hingga muncul kotak pop up, lalu masukan email paypal Anda. Jika belum punya silahkan buat terlebih dahulu di: Paypal.com.
Tekan SUBMIT, Anda akan mendapatkan $1 gratis pertama Anda.

Agar dollar Anda bertambah, silahkan tekan tombol CREATE NEW WISHLIT, maka akan muncul beberapa icon produk, Anda harus memilih 5 produk.

Setelah selesai tekan SAVE & SHARE WIST LIST, tunggu beberapa saat sampai muncul kotak pop up lalu tekan saja PUBLISH.

Setelah itu Anda bisa gunakan Paypal Whislist yang baru Anda buat untuk Anda promosikan dan dapatkan $1 untuk orang yang Anda ajak bergabung dengan melakukan hal sama seperti yang Anda lakukan.

Bagaimana mudahkan ?


Promo ini berakhir sampai tanggal 31 Desember 2009 dan Anda akan dibayar paling lambat 10 Februari 2010 dengan maksimal pembayaran $100 melalui email paypal yang Anda masukan tadi.
Baiklah, langsung saja ke: Paypal Whislist

Agar memudahkan promosi, Anda bisa copy paste info ini di blog Anda dengan syarat sebutkan sumbernya dengan link balik ke blog ini. Jadinya Anda tinggal merubah link promo ini dengan link baru Anda.

OK, Jika masih ada pertanyaan bisa Anda sampaikan di kolom komentar, semoga bermanfaat.

New Update:
Untuk URL yang harus promosikan adalah dari Paypal Whislit yang telah Anda buat, jika Anda telah membuat, coba Anda lihat halaman profil Facebook Anda, maka akan terlihat seperti gambar dibawah, link itulah yang harus Anda promosikan.



catatan istilah:
Gratis = percuma

Saturday, December 26, 2009

Kenderaan Belum Tentu Selamat



Foto di atas, sebuah kenderaan AMBULAN yang digunakan disebuah negara untuk membawa pesakit-pesakit ke hospital.

Kenderaan ini boleh dikatakan " Harap Ada - Percaya Tidak" jika ditakdir membawa ibu-ibu yang sedang sarat mengandung belumlah dapat dipastikan akan melahirkan anaknya di hospital atau di dalam kenderaan yang ditarik oleh dua ekor lembu ini.

Sementara itu beca yang ditutup rapat dalam sebuah peti/kotak besi ?? juga boleh mengundang padah sekiranya dalam perjalanannya terpelusuk kedalam gaung atau kecelakaan di jalanraya belum dapat dipastikan jumlah yang terselamat.

# catatan: Hujung Minggu

Tuesday, December 22, 2009

Konvoi Parts ke Perlis meriah



ALHAMDULILLAH, PERJALANAN KAMI SELAMAT DAN TERSUSUN RAPI, DARI IPOH-KEDAH-PERLIS-IPOH. TERIMA KASIH KEPADA PARTS,MARSHALL YANG BERTUGAS, PESERTA PESERTA KONVOI, XYL DAN HARMONICS SEMUA.... DARI HATI KE HATI SAYA KATAKAN ANDA SEMUA BEST ! COMMITTED AND VERY SUPPORTIVE.
THANK YOU ALL.

KEPADA RAKAN RAKAN KEDAH & PERLIS, TERUTAMA 9W2HZB PAK HALIM DAN KELUARGA. HANYA TUHAN DAPAT MEMBALAS BUDI BAIK ANDA SEMUA..... TERIMA KASIH ATAS SAMBUTAN DAN LAYANAN YANG DI BERI. SEMOGA KITA DAPAT BERJUMPA LAGI DI DARATAN MAUPUN DIUDARA...

Laporan:
9w2NIM

-----------------------------------------------------------------------------------

Laporan dari Utara:

Rakan Ham Changlun, Jitra, & A.setar menunggu Konvoi PARTS



Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan ham utara yang sudi hadir di KM10.7 (berhadapan stesen Petronas Changlun) untuk menunggu ketibaan rakan PARTS. Antara mereka yang hadir ialah SWL-MAN (Iman), SWL-TRJ (Tok Radin), 9W2MNN (Mat), 9W2KFA (Kasturi), 9W2BMR (Bob), 9W2AXS (Amirul), 9W2BDS (Bang Din), 9W2FBT (Zul), SWL-YAN (Yani), dan SWL-MAI (Mail). Juga tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada 9W2IKU (Bang Mi) yang bertindak sebagai 'relay' di RGK dan simplex V24.

Saturday, December 19, 2009

7 stesen ikuti Ops Tengas ke 5

(sebahagian peserta sempat ber QSO dengan 9W2 APH)


TAIPING - Sebanyak 7 stesen telah menyertai Ops Tengas ke 5 yang telah berlangsung di Lata, Batu Hampar dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET) aktiviti yang seumpama itu yang mengabungkan 2 kawasam RA di Perak - Perak Tengah dan Taiping adalah pertama kali diadakan.

" Ops Tengas kali ke 5 kali ini kearah merapatkan hubungan dua kawasan Radio Amatur yang terbabit dan akan diteruskan dari masa ke semasa.." jelasnya

(peserta sedang bersarapan sebelum memulakan Ops Tengas ke 5)


Mereka yang berkesempatan menyertai Ops tersebut terdiri daripada 9W2 PHJ, 9W2 HBC, 9W2 IPT, 9W2 OCC, 9W2 VZO, 9W2 SMZ dan 9w2 LAD.

Sebelum ops tengas ke 5 ini bermula, semua peserta juga dapat ber eyeball bersama 9W2 APH, yang secara kebetulan melintasi kawasan berkenaan kerana menyertai konvoi PARTS ke Perlis.


(9W2 PHJ bersama 9W2 VZO sedang memeriksa jala dan diperhatikan 9W2OCC)

Sementara itu, para peserta juga berpeluang ber QSO di daratan sambil sarapan pagi di pekan Padang Gajah.

Projek Ops Tengas itu dipelupori oleh GRAPET dan sebelum ini telah melaksanakan 4 ops tengas sekitar kawasan Kuala Kangsar.

(Sebahagian hasil daripada Ops tengas ke 5 hari ini)

Thursday, December 17, 2009

Merana 20 tahun ditebus



VIENTIANE, 17 Dis (Bernama) -- Malaysia menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas menumpaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, di sini Khamis.

Gol kemenangan Malaysia adalah hasil gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83.

Gol tersebut berpunca dalam perebutan di depan gawang Vietnam ketika hantaran lintang daripada Safiq Rahim, yang ditujukan kepada pemain gantian, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, ditampan oleh Mai Xuan Hop dan masuk ke gawangnya sendiri.

Kali terakhir Malaysia mendapat emas dari acara bola sepak ialah pada edisi di Kuala Lumpur (1989) di bawah bimbingan jurulatih dari Britain, Trevor Hartley.

Bermain di depan hampir 17 ribu penyokong lawan yang memakai baju-T merah dan bintang warna kuning di dada, Malaysia dan Vietnam memulakan perlawanan dengan berhati-hati dengan masing-masing cuba melakukan percubaan untuk menguji gawang lawan.

Aksi berhati-hati kedua-dua pasukan menyebabkan bola banyak berlegar di tengah padang dan sesekali, pemain Vietnam yang terkenal dengan larian laju cuba menguji penjaga gawang Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee dengan percubaan jarak jauh.

Kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-29 tetapi tandukan S.Kunalan melepasi palang gol.

Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mencari gol pembukaan.

Malaysia tampak mendominasi perlawanan separuh masa kedua bila berjaya mengekang asakan lawan dan menghentikan hantaran jauh mereka menyebabkan penyerang lawan tidak mendapat bantuan apabila berada di hadapan pintu gol Malaysia.

Benteng Malaysia yang dikendalikan oleh Sabre Mat Abu perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan lawan dan ketika barisan penyerang Malaysia pula ketandusan idea, Rajagobal memasukkan Mohamad Zaquan Adha bagi menggantikan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-69.

Kemasukan penyerang itu jelas memberi nafas baru kepada pasukan namun banyak percubaan di depan gawang lawan masih belum mampu mencecah jaring Vietnam.

Namun, gol sendiri oleh Mai Xuan Hop akhirnya memperlahankan rentak lawan sebelum pengadil Pratap Singh meniup wisel penamat.

Malaysia menempah tiket ke final selepas menewaskan tuan rumah, Laos 3-1 sementara Vietnam mengalahkan Singapura 4-1, pada perlawanan separuh akhir, pada Selasa.

Sejak emas tahun 1989 (Kuala Lumpur) itu, Malaysia hanya mampu meraih perak pada edisi 2001 (Kuala Lumpur) apabila format pertandingan temasya dwi-tahunan itu diubah kepada pasukan Bawah 23 tahun dan kemudian memperoleh gangsa pada edisi 2003 (Vietnam) dan 2005 (Filipina).

Pada edisi 2007, Malaysia tersingkir awal, pada saingan peringkat kumpulan.

Pada pertemuan kedua-dua pasukan di peringkat saingan Kumpulan A pada 6 Dis, Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam.

Malaysia, naib juara Kumpulan A, memulakan cabaran peringkat kumpulan dengan membelasah Timor Leste 11-0, tumpas 1-3 kepada Vietnam, menang 4-0 ke atas Kemboja sebelum melakukan kejutan dengan mengalahkan juara bertahan sebanyak lapan edisi berturut-turut, Thailand, 3-1.

MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Nasriq Baharom, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Baddrol Bakhtiar,K.Gurusamy, S.Kunalan, Safiq Rahim, Ahmad Fakri Saarani (Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak), Mohamad Muslim Mohamad (Mohamad Azmi Muslim), Norshahrul Idlan Talaha (Amar Rohidan).

VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Quy Suu, Vo Hoang Quang, Mai Tien Thanh, Mai Xuan Hop, Tran Dinh Dong, Phan Thanh Binh, Pham Thanh Luong, Nguyen Thanh Long Giang, Phan Thanh Hung (Tran Manh Dung), Nguyen Ngoc Anh (Nguyen Trong Hoang).

PENGADIL: Pratap Singh (India)

Monday, December 14, 2009

Iktibar kepada pelanggan bank



Malang tak berbau. Kerana tidak berhati2 dan cuai, saya yang biasanya tidak bertindakbalas terhadap fraud email akhirnya terpedaya. Saya sebenarnya tahu bahawa pihak maybank tidak akan menggunakan email sebagai media komunikasinya tetapi bagaimana saya boleh terpedaya, hanya Allah yg tahu. Mudah2an ada hikmahnya semua ini terjadi.

Kisahnya pada 18 nov 2009 ,saya terima satu email drpd "Maybank" dengan tajuk "account problem'. Saya tak hiraukan. Oleh kerana saya sudah menggunakan Maybank2u sejak ianya mula beroperasi lagi, tak pernah ada masalah pun. Lagi pun saya tak ada transaksi yg perlu dibuat minggu ini.Saya tak ambil kesah email ini.

Pada 19 nov 2009 dapat lagi satu email yg sama ditambah 'warning' pada tajuknya. Kebetulan ada pihak yg nak masukkan RM2500 tunai. Saya pun risau jika tidak ambil tindakan, mungkin saya tak boleh akses akaun saya. Lalu klik pada URL yg diberi dalam email tersebut. Terus saya dipandu ke satu skrin yg sama seperti Maybank yg biasa saya guna. Saya di'arah' memasukkan id dan password untuk reactivate account.Selepas itu saya diarahkan oleh 'sistem' untuk tidak mengakses akaun melalui internet sehingga jam 5 ptg.Kerana terlalu percayakan maybank saya lupa untuk menalipon mereka terlebih dahulu. Alangkah cuainya saya. Ini satu pengajaran buat saya dan kepada pembaca posting ini.

Tak lama selepas itu saya terima SMS dari maybank menunjukkan ada pindahan wang RM2500 dan RM800. Oleh kerana saya akan sibuk hari itu, saya fikir RM2500 adalah pindahan dari keluarga saya dan RM800 dari pihak koperasi saya. Hari ini 20 nov 2009 , saya memang sudah rancang untuk membuat beberapa transaksi termasuk membayar bil2.

Alangkah terkejutnya bila saya mengakses akaun melalui www.maybank2u.com.my, pada jam 12.15 tenghari, akaun saya sudah susut sebanyak Rm3300. Ada dua transaksi pindahan berlaku pada 19 nov 2009. Malah selepas menyemak transaksai akaun , saya cuba untuk mengakses URL yg diberi dalam fraud email. Malangnya semua pautan yg di beri , memberikan respon "“the page you’re looking for wasn’t found “ . maknanya mereka sudah delete program yg direka khas untuk 'mengumpan' pengguna.

Memandangkan hari ini Jumaat, saya terpaksa tunggu lepas solat Jummat untuk ambil tindakan . Selepas solat zohor saya hajat. Kemudian menghubungi 'customer service' Maybank. Seperti yg dijangka pihak Maybank kesal dengan kecuaian saya tidak menghubungi mereka dan percaya dengan email tersebut. Saya akui kecuaian saya. Pihak Maybank mengarahkan saya menukar kad ATM dan mereka mem'block' akaun internet saya. dan saya juga perlu buat laporan polis.

Melalui kemudahan M2uhistory saya dapat menjejak transaksi pada 19 nov 2009 dimana dua pindahan telah dibuat. RM2500 dari akaun simpanan dan RM800 daripada akaun semasa. Pindahan telah dibuat kepada penama Lina Hazlina binti A (paparan skrin tak lengkap) nombor akaun Maybank 114236267361. Saya harap ada sesiapa yg dapat bantu saya menjejak Lina Hazlina ini selain pihak maybank yang tentunya akan dapat menjejaki maklumat beliau kerana beliau ada akaun dengan maybank.

Saya fikir jika beliau pulangkan wang saya, saya tak akan buat repot polis. Kalau saya buat laporan polis mungkin dia masuk penjara . Mana lebih baik? Saya ada cari maklumat Lina Hazlina di facebook tapi tak pasti apakah itu orangnya. Jika Lina Hazlina sendiri membaca coretan ini, sila ambil tindakan sebelum saudari ditangkap.

## 'Saya' adalah bukan saya tapi seorang yang telah mengirim kan emel beliau pada saya . Jadi, semua di harap BERHATI-HATI. Sila tolong jejaki siapa Lina Hazlina ini..
Hati-hati lah dengan makhluk perosak ni..
Semoga kita semua dilindungi..amin;)

Rujukan:
http://plainjane93.blogspot.com/

Sunday, December 13, 2009

Majlis Perkahwinan 9W2ZLA meriah



Majlis perkahwinan 9W2 ZLA berjalan lancar disambut dengan meriah oleh rakan-rakan Radio Amatur di Taman Parit Jaya, Parit Perak, hari ini.

Kira-kira 50 stesen Radio Amatur seluruh Perak berkesempatan menghadiri majlis berkenaan yang diketuai oleh 9M2 SLJ (Pak Lop) yang juga Presiden Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts).

9W2 ZLA ketika di wawancara oleh DJ Corner di majlis berkenaan 9W2 JOI berkata, pertemuan dalam tiga bulan dengan isterinya itu telah membawanya kejinjang pelamin dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

Diakhir majlis tersebut, sebahagian rakan Radio Amatur sempat bergambar bersama pengantin.


Saturday, December 12, 2009

Popcorn dapat Memicu Kanker



Info yang cukup mengagetkan saya kali ini. Tertnyata makanan yang biasa saya makan ketika nonton bioskop berbahaya bagi tubuh. Taukah apa makanan yang saya maksud ? Yapz.. yaitu popcorn. Lah.. apa sebabnya ??

Gini ni, masalahnya ada pada zat kimia yang bernama asam perfluorooctanoic (PFOA). Zat kimia ini berada pada wadah atau kemasan kertas yang sering kali digunakan untuk pembungkus popcorn. Letak bahayanya, zat kimia ini merupakan bagian dari senyawa yang dapat berdampak pada ketidaksuburan. Hasil ini diperoleh berdasarkan studi yang baru-baru ini diselenggarakan UCLA.

Pada percobaan terhadap hewan, asam perfluorooctanoic menyebabkan terjangkitnya penyakit hati, kanker testis, dan kanker pankreas. Seperti dilansir MSN, penelitian menunjukan bahwa microwave tempat pembuatan popcorn menyebabkan penguapan bahan kimia pada kemasan yang kemudian berpindah ke dalam popcorn.

"Bahan kimia tersebut menetap di dalam selama bertahun-tahun, dan menumpuk disana," ujar Naidenko, salah seorang tim peneliti.
Inilah salah satu alasan para peneliti khawatir jikalau tingkat kanker pada manusia mendekati jumlah kanker pada hewan dalam percobaan di laboratorium.

Nah, makanya nih sob kalo lagi nonton bioskop terus mau ngemil popcorn, hmm.. mendingan pikir2 dulu ya..

Rujukan:
http://echristoni.blogspot.com/

Kenderaan era canggeh ??

Pengangkutan beca juga sudah di kemaskinikan



Yang ini sudah hampir sama panjang .. tak ada panjang lagi ke??


alamak... ini diperbuat dengan kayu getah atau kelapa sawit?


Macam mana nak turun ni kalau dah terlampau tinggi ??

Ini sahaja bahan --- senyum2 hujung minggu dan diharap tidak ada yang garu-garu kepala melihat foto di atas takut-takut rambut gugur kena garuuuu....

Monday, December 7, 2009

kereta yang menghempap di KB Mall


Inilah kereta yang terlajak dari tempat letak kereta di KB Mall yang telah menghempap 3 orang pelajar (2 drpnya disahkan telah meninggal dunia) kemaren.

Difaham, pemandu kereta berkenaan adalah YL dengan 2 penumpangnya juga YL kereta berkenaan diletakan ditingkat atas bangunan KB Mall telah terlajak melanggar dinding penghadang lalu jatuh keatas tangga bergerak dalam bangunan tersebut dan ketika itu 3 pelajar sedang menggunakan tangga tersebut.

Inilah dinding penghadang ditempat letak kereta dan ditembusi oleh kereta terbabit



Bumbung KB Mall ditembusi oleh kereta tersebut sebelum jatuh diatas tangga bergerak

Friday, December 4, 2009

Makanan Enak di Dunia

Minggu ini Saya paparkan pula makanan yang enak+sedap di luar negara .. sekiranya anda mempunyai stok benda-benda berkaitan silakan ekspot ke negara terbabit .. jutawan baru kite heheheeee...

Inilah dia Sate anak tikus terkenal di Beijing



Masakan katak atau kodok memang sedap dan terkenal di Bandung


Sate anjing populer di Kota Bali.


Sate Lipan/halipan juga menarik rasa enak di Bangkok

Thursday, December 3, 2009

Orang Tinggi Lagiii..



Lagi " Orang Tinggi" ditemui kali ini di tanah sebarang Indonesia yang tingginya 8 kaki, 10 inci..
kalau rumah anda mempunyai pintu kurang dari itu .. pastilah kepalanya tersangut heheheee..

Menurut Telegraph, seorang lelaki dari Indonesia, Suparwono berkemungkinan orang paling tinggi di dunia.....

The Indonesian Museum of Record mendakwa bahawa Suparwono mempunyai ketinggian 8 kaki dan 10 inci (2.71 meter). walau bagaimanapun, setelah mengukur ketinggian lelaki berumur 25 tahun itu, ianya hanya 7 kaki dan 11 inci iaitu 2 inci lebih rendah daripada Kosen, Turkish iaitu 2.47 meter...

Menurut laporan Suparwono makan 3kg nasi setiap hari dan sekurang-kurangnya 15 biji telur mmmm .. yang dikhuatiri takut-takut ayam biokot tak nak bertelor?..
There was an error in this gadget

Pengiklanan