NUFFNANG Ads

Sunday, September 25, 2011

Majlis Hari Raya Di Pecah Batu




Disamping majlis tersebut 9W2 PHJ bersama 9W2 DJJ menunjuk ajar cara memasang base antena "Astra".




Sebanyak Lapan stesen telah menghadiri rumah terbuka dan jamuan hari raya yang dikendalikan oleh 9W2 MPB hari ini.




Mereka yang berkesempatan hadir ialah, 9W2 PHJ, 9W2 DJJ, 9W2 MUX, 9W2 IPT, 9W2 SBD, 9W2 SUF, 9W2 SGN, 9w2 SDM dan 9W2 PUZ - Selain dari itu majlis juga dimeriahkan oleh keluarga 9W2MPB serta jiran berdekatan, majlis bermula jam 3 petang.

# klik pada gambar untuk bersize besar/zoom

Sunday, June 5, 2011

Gambar Sekitar Majlis Temumesra 9W2 & 9M2



Hari ini dipaparkan gambar-gambar sekitar " Majlis Temumesra" dua kelompok 9W2 bersama 9M2 anjuran Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Negeri Perak (PARTs) yang berlangsung di perkarangan wakaf Parts pada hari Ahad ( 5-6-2011).





Sunday, March 13, 2011

Pesta Pengakap Laut 2011



Timbalan Rektor. Hal Ehwal Pelajar Uitm Perak Prof. Sr.Haji Mohd. Fisal Ishak sedang berucap pada majlis perasmian penutup Pesta tersebut di Uitm Seri Iskandar, hari ini.


Pesta Pengakap Laut itu diadakan selama 3 hari dua malam anjuran Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM) dan turut disertai peserta dari UMT.

Program tersebut dipenuhi dengan majlis forum, seminar dan pameran peralatan pengakap manakala pertubuhan penyiar radio amatur perak (PARTS) turut diundang untuk membuat demo dan pengenalan radio amatur kepada para peserta.



Prof. Sr.Haji Mohd. Fisal Ishak tidak melepaskan peluang untuk mencuba berkomunikasi /QSO dengan rakan radio dan pada masa itu yang tersedia di udara 9W2 NIM.


Seorang peserta pesta berkenaan Cik Shidah sedang berkomukasi di pengulang 9M4 RPK semasa beliau berkunjung gerai pameran PARTS.



Diantara peralatan dan kelengkapan pengakap yang di pamerkan pada hari tersebut.

Saturday, February 5, 2011

Perkahwinan Arifah dan Fadli



Majlis Perkahwinan dan persandingan diantara Arfah dengan Fadli telah disambut dengan meriahnya di Taman Jasa, Kuala Kangsar, Perak hari ini.

Arfah adalah adik kepada 9W2 SUF.

Kami mengucapkan selamat pengantin baru serta berkekalan aman bahgia sampai keakhir hayat.

Pengiklanan