NUFFNANG Ads

Sunday, September 28, 2008

Majlis Berbuka Puasa Parts


(gambar atas - sebahagian daripada para hadirin yang menghadiri majlis tersebut)

Suatu majlis berbuka puasa, membaca yasin, solat magrib, isya' dan solat sunat tarawikh anjuran Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak telah diadakan baru-baru ini di rumah wakaf PARTS, jalan Maxwell Ipoh.

Ramai dikalangan ahli Parts serta pengamal RA di Perak turut ikut sama bagi memeriah majlis tersebut yang di ketua oleh 9W2SLJ.

Tuesday, September 23, 2008

GELAGAT WAN CACING


Dikalangan rakan-rakan RA Perak khasnya, sudah tidak asing lagi dengan Wan Cacing - malah namanya sudah digezet sebagai ahli PRADAS.

Apa yang menarik tentang Wan Cacing?

*gambar kiri:
Heyy lu mau apa ahhh? mau order cacing ka atau cendawannn...."

Dimana sahaja dia berada sudah pasti mereka yang menghampiri - keras perut - gelihati- akan ketawa terbahak-bahak kerana telatahnya yang bersahaja " berpenyakit Melatah ".


Kalau anda kesepian - monyok? panggil sahaja Wan Cacing - sudah pasti bertukar riuh rendah......dimana-mana sahaja dan di majlis apa-apa pun bila adanya Wan Cacing pasti menarik perhatian...

*gambar kiri;

" alaaaaa.....ngantuk ley....tak cukup tido laa...bersahur... bersahur jugak......... "


Melatahnya ada gaya - ada rupa - ada sifat-sifat ganas - ganas?- apabila ada kekawan yang melatahkannya menyuruh memukul....menumbuk? menampar ? (tapi semua dilakukan secara tidak sengaja dan
tidak memudharatkan sesiapa).

Dia juga sanggup berbuat apa sahaja sewaktu melatah hatta bercium sekalipun..hheheeee ni yang membuat orang-orang tertentu terutama YL takut menghampirinya dan lari.....


*gambar kanan:
Cuba anda fikir dan tenung lama-lama foto kanan ni... rupa siapakah dia ?..........

Begitulah sedikit sebanyak yang saya kenali Wan Cacing atau nama dalam kad pengenalan Wan Mohammed Zafuan bin Osman - masih belum berumah tangga dan sekarang bertugas sebagai Pegawai Penyelidik (R&D) pusat perusahaan Cendawan di Parit, Perak. callsign bagi Wan Cacing = SwL CJS

Monday, September 22, 2008

Kayuhan di Bandaraya Ipoh


Empunya diri berpeluang bertemu dengan rakan-rakan RA di Perak yang kini aktif berbasikal di sekitar Bandaraya Ipoh pada waktu malam. Aktiviti sebegini diadakan setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

Bermula di Restoran Ehsan, Ampang semalam, mereka bergerak sejauh 31km di sekitar Bandaraya Ipoh. Tahniah kerana berjaya menghadapi segala cabaran di sepanjang perjalanan.

Mana-mana rakan yang ingin menyertai Kayuhan di Bandaraya Ipoh ini bolehlah ke lokasi yang dimaksudkan di atas pada hari Jumaat dan Sabtu yang akan datang.

(dari blog kk yong untuk dikongsi bersama)

JADIKAN TELADAN


Kepada rakan-rakan ham dalam negeri atau luar negeri yang balik dgn kotak besi & kuda besi berhati-hati di musim perayaan jadilah pemandu berhemah...sayangi lah nyawa keluarga anda semoga dapat menyambut 1 shawal dgn sanak saudara di kampong halaman.......

(dari Blog Rakan untuk dikongsi bersama...menjelang hari raya)

Saturday, September 20, 2008

AKAD NIKAH TAHUN 3000 ?


Adakah ini akan terjadi majlis/lafaz akad nikah pada tahun 3000 apabila 90% YL mempunyai hak dan kuasa dalam RA?

Wednesday, September 17, 2008

Download



Dari Blog

9W2VVH (EX-9W6VH)

------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana Menggunakan Pengulang (Repeater).


Pengulang adalah menyerupai satu stesyen yang tidak mempunyai operator, selalunya terletak di tempat yang TINGGI seperti atas bukit atau bangunan tinggi. Kebiasaannya pengulang di tempatkan di satu kawasan yang TINGGI. Pengulang berfungsi memancar semula isyarat lemah atau kuat dari Pemancar Radio Bimbit (Walkie Talkie / Handie Talkie)atau pemancar dari kenderaan (Mobile) kepada kawasan yang lebih LUAS
dan JAUH dari kebiasaannya tanpa menggunakan p
engulang. Malahan isyarat dari Pemancar kenderaan yang sedang bergerak (Mobile) lebih mantap dari biasa tanpa pengulang.

Pengulang terdiri dari PENERIMA (RX / Input) dan PEMANCAR (TX /OUTPUT) berserta beberapa peralatan kawalan dan penapis atau dikenali sebagai "DUPLEXER". Dengan bantuan penapis ( Low / High Pass Fillter), membolehkan ia berfungsi memancar dan menerima dalam masa yang sama. Berbeza dengan komunikasi biasa dilakukan seperti diantara dua stesyen (Simplex) yang hanya menggunakan satu frekuensi sebagai penerima dan memancar dalam frekuensi yang sama. Pengulang 2 meter Radio Amatur
mempunyai Frekuensi Menerima (Input Frequency) 600 kHz lebih rendah dari Frekuensi Memancar (Output Frequency).

Untuk mengguna atau memasuki pengulang, pastikan anda Pemancar Terima (Transceiver) anda berada dalam Frekuensi dan konfigurasi yang betul,kemudian anda umumkan "9W2BBA di frekuensi" (9W2BBA on frequency) atau "9W2BBA bersedia untuk panggilan" (9W2BBA standing by for a call). JANGAN umumkan "9W2BBA mendengar" (9W2BBA listening) serta lepaskan butang PTT (Push to Talk) dan berharap seseorang akan memanggil anda.
Anda sebenarnya mengumumkan 'anda hanya mendengar' (monitor) dan tidak menunjukan keinginan untuk berkomunikasi (QSO).

Jika konfigurasi anda betul pengulang akan memancar isyarat anda. Jika tiada jawapan ia hanya meningalkan bunyi pembawa gelombang (Carrier), senyap selepas beberapa ketika.

Adalah penting anda memantau atau mendengar di pengulang, memancar serta mengumukan apa-apa maklumat atau isyarat akan boleh didengar, mungkin anda atau orang lain. Anda tidak mungkin mendengar dari stesyen yang sedang bergerak secara terus, memberikan status isyarat (Signal Report) adalah cara yang amat baik untuk diperaktikan. Laporan status isyarat (Signal Report) adalah terhad kepada anggaran berapa kuat pancaran Stesyen yang sedang bergerak diterima di Penerima Pengulang (Input Repeater) bukan isyarat di radio penerima anda. Ada tiga peringkat yang selalunya kedengaran: PERTAMA 'SENYAP' tiada langsung kedengaran bunyi kebisingan (Noise) pada latar belakang. KEDUA 'KEBISINGAN HALUS' (Smooth Noise) seperti hanya sedikit bunyi bising "HISS" dalam isyarat. KETIGA "KEBISNGAN KASAR" (Rough Noise)
amat sukar difahami kerana kebisingan latarbelkang yang tinggi, seperti 'Crackling' atau terputus dengan bunyi gangguan.

Sesekali mendengar melalui Frekuensi Penerima (Input frequency)pengulang semasa sedang berkomunikasi di pengulang adalah idea yang baik, tujuannya adalah untuk memeriksa samada stesyen tersebut boleh didengar tanpa bantuan pengulang jika ia berdekatan. Adalah tidak baik untuk memperaktikan berkomunikasi menggunakan pengulang bila komunikasi secara terus (Simplex) boleh dibuat. Berpindahlah (QSY) ke
frekuensi simpleks (Simplex) dan biarkan pengulang terbuka kepada panggilan kecemasan atau stesyen yang jauh untuk menggunakannya.

Setiap pengulang adalah dikongsi oleh banyak operator atau stesyen,jadi setiap komunikasi atau percakapan itu hendaklah setiasa pendek dan padat (KISS - Keep It Short and Simple). Lebih bersesuaian bercakap untuk jangka masa tidak lebih dari dua hingga tiga minit dan berhenti atau biarkan Pengulang kosong (Pau
se) dalam satu atau dua saat diantara dua stesyen sebelum mengambil PTT, tindakan ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mana-mana stesyen atau operator untuk membuat panggilan masuk (Break-In) atau kecemasn. Setiap pengulang mempunyai ciri "characteristics" tersendiri penggunanya:- cara terbaik yang harus dipatuhi ialah: "Dengar dengan baik sebelum memancar transmisi".

INGAT!!! Perlu Ingat' agar tidak menjerit atau tinggi suara kepada PTT dan kedudukan hendaklah dalam jarak yang betul diantara mulut dan PTT, untuk kualiti audio yang bagus kepada penerima. Seorang operator yang bijak sentiasa menguji kualiti audionya semasa ke udara.

Menggunakan KUASA PANCARAN TINGGI tidak banyak membantu sebenarnya. INGAT tidak kira berapa tinggi atau rendah kuasa yang memasuki pengulang, kuasa yang keluar (Pancaran) tetap pada tahap yang sama seperti yang telah ditetapkan untuk pancaran pengulang tersebut. KUASA PANCARAN TINGGI juga boleh menyebabkan kekerapan berlaku kepada lain-lain pengulang yang berdekatan. Gunakan kuasa hanya pada tahap yang bersesuaian kepada pengulang yang anda rasa bersesuaian dengan lokasi anda. Ingat!! bila membuat pancaran kepada "Satellites" anda berhubung melalui pengulang yang telah dikonfigurasikan supaya tutup secara otomatik apabila terlebih penerimaan kuasa pancaran masuk.Dalam semua perkara mengenai pengulang menggunakan kuasa pancaran yang bersesuaian sudah mencukupi untuk mengujudkan satu komunikasi yang
berkualiti.


(drp: Blog Rakan untuk perkongsian bersama)











Saturday, September 13, 2008

ICOM Counterfeit products ( ICOM PALSU!)


Counterfeit products have become a serious concern for Icom. Icom continues to fight against counterfeits. Counterfeit products are hurting not only Icom’s business, but also authorized dealers’ and distributors’, and above all, users are the number one victim. Counterfeit products are often sold at very low price, but of inferior quality and performance.
Using fake transceivers, battery packs and chargers may even cause safety problems including the risk of fire hazards.

Genuine Icom products should be purchased from Icom authorized dealers and distributors. Please be advised that Icom is not responsible, will not be liable for any damage or loss resulting from the use of counterfeit products and will not provide any technical support of counterfeit products.

Some time it is difficult to identify counterfeit products in the market because some of them look almost identical to genuine ICOM products.
This is to show physical characteristics of the counterfeit products that we have found. There may be more different types of counterfeit products in the market.


If you find a product that you may suspect is counterfeit, please report it to ICOM world support center http://www.icom.co.jp/world/support/index.html
Thank you for your continuous support of ICOM products.

Please click on PDF.

* IC-V8 PDF( 128KB ) http://www.icom.co.jp/world/notice/pdf/V8.pdf
* IC-F21 PDF( 48KB ) http://www.icom.co.jp/world/notice/pdf/F21.pdf
* IC-2720H PDF( 27KB ) http://www.icom.co.jp/world/notice/pdf/2720H.pdf

source http://www.icom.co.jp/world/notice/index.html

hati2 semasa membeli barangan radio anda..
---------------------------------------------------------------------------------
" The company that is making thier own radios and do not claim that they are ICOMS.

see the link for yourself:"

http://qzjn.manufacturer.globalsources.com/si/6008800876297/ProductDetail/Handheld-two-way/product_id-1002523661/action-GetProduct.

(drp Blog rakan RA -untuk dikongsi bersama)

Thursday, September 11, 2008

KUASAI ASOP ANDA


Memandangkan terdapat rakan-rakan yang seringkali melakukan kesilapan dalam QSO, maka sepatutnya kita kongsikan ilmu untuk pemahaman dan keselesaan bersama.

Sebutan Maksud / Merujuk kepada / Disebut;

Lima Lima
Land Line atau Line Location
(Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx, 05 xxxxxxxx, 06 xxxxxx, 07 xxxxxxx, 09 xxxxxxx)

Loceng Terbang
atau lebih baik dipanggil Handphone. Contoh bermula den
gan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx, 014 xxxxxxx, 017 xxxxxxx, 019 xxxxxxx)

Cheerio (Latin) Selamat Tinggal / Bye Bye
http://www.thefreedictionary.com/cheerio

Jalopy (American) Kenderaan bukan disebut sebagai Canopy
http://www.thefreedictionary.com/jalopy

Fundimantle - Tempat kelahiran / ibubapa

Harmonic- Anak-anak

XYL - Isteri

SIGN OFF - bukannya disebut Time OFF -bermaksud Keluar jalur

Salt Mine - bukannya Dot My - untuk sebutan Tempat kerja

Rubber Darkie -Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)

73 - Seven Three / Tujuh Tiga - bukan disebut sebagai"Tujuh Puluh Tiga"

Eyeball / QSO / Round Ta
ble
(Lebih tepat daripada menggunakan Tango Tango)
Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka

"Aaa Macam tu" - sebutan ini perlu dielakkan

Nama Tempat

Gunakan sebutan biasa untuk tempat tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.
Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur / KL terus sebut Kuala Lumpur / KL tak perlu sebut Kilo Lima atau Kilo Bravo untuk nama tempat Kota Bharu.

QSY - disebut bilamana untuk berubah Frekuensi dan berbeza dengan
QRD - disebut bilamana menuju ke suatu lokasi / tempat

QRX dan QRT - perlu diperhatikan penggunaan pada situasi yang betul.
QRX- berhenti memancar (TX) buat seketika dalam jangka waktu / masa yang dinyatakan, sama ada QRX 2 minit atau jangka masa selebihnya.
QRT -berhenti memancar (TX dan RX) dan mungkin switch off radio.

PTT - Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap)
Nota:
Jangan menggunakan sebutan (contoh ayat yang selalu digunakan) "saya capai PTT dan terus bercakap" atau "Agaknya dia tertelan PTT kut".
Bagi penggunaan ayat di atas yang tepat ialah penggunaan perkataan Mikrofon.
PTT ditekan
Mikrofon dipegang / digenggam.

(drp:blog Rakan -untuk dikongsi bersama)

Akhirnya V24 Special berjaya didirikan



Pada 6 Ramadhan yang lalu, seorang rakan Ham Manjung (9W2CZB)
yang baru pindah dari Sitiawan ke sini (Manjung) telah berjaya menaikkan antenna v24
special di base yang baru.

Operasi bermula dalam pukul 3 petang dan seramai 4 rakan lokalan datang
untuk menghulurkan bantuan iaitu 9WTGA, 9W2IOI, SWL Arrifin dan seorang lagi rakan yang baru
nak berkecimpung dalam dunia Ham.........
Operasi tamat sepenuhnya lebih kurang jam 6 petang.

(dari RA Manjung)

blog 9W2SBD


FORMULA MUDAH UNTUK MENCARI FREQ SIMPLEX V16 HINGGA V47

Contoh V ke Freq :-
V17 > 17 x 12.5 = 2125 @ V17 = 145.2125 MHz
V28 > 28 x 12.5 = 350 @ V28 = 145.350 MHz
V32 > 32 x 12.5 = 400 @ V32 = 145.400 MHz
V44 > 44 x 12.5 = 550 @ V45 = 145.550 MHz
V47 > 47 x 12.5 = 5875 @ V47 = 145.5875 MHz

Contoh Freq ke V :-
2125 > # 213 / 12.5 = 17 @ V17 = 145.2125 MHz
350 > 350 / 12.5 = 28 @ V28 = 145.350 MHz
400 > 400 / 12.5 = 32 @ V45 = 145.400 MHz
550 > 550 x 12.5 = 44 @ V45 = 145.550 MHz
5875 > # 588 x 12.5 = 47 @ V47 = 145.5875 MHz

#Tukarkan 4 digit kepada 3 Digit

(untuk dikongsi bersama)

Lebih suka di panggil "Abang" daripada "Pak"

Tiba-tiba terasa sangat tua bila di panggil "PAK" walaupun baru masuk 40 'an.. dan sesuai ke untuk saya ni dipanggil "PAK"??, jika Isteri saya juga mempunyai minat yang sama... mungkin kena panggil apa?? Kenapa Bukan "OPAH" atau "MAK".. kenapa pula "Kakak".. adil kah? hehehe


Mungkin saya insan kerdil dalam dunia radio amatur ini.. cuba berQSO di Simplex dan Local Repeater sahaja.. memang perkataan "Abang" menjadi Kata ganti nama yang kami gunakan di Lembah Kinta...Sudah 51 tahun Merdeka ini, elok kita berbangga dengan Bahasa Kita Sendiri.. kenapa masih terikut dengan rakan-rakan seberang.. ( Contohnya.. "Tercopot-copot"....kenapa kita tidak gunakan "Terputus-putus"

"FIKIR-FIKIRKAN"

*dari blog Abg Sallehan/sbd

Rakan Radio Amator Perak















Kami akan mempamerkan foto-foto anggota RA di seluruh negeri Perak secara bergilir-gilir mengikut simpanan yang kami ada.


Sementara itu sekiranya anda mempunyai foto peribadi untuk dimuatkan ke dalam blog ini bolehlah di kirimkan kepada kami.















(drp: Blog Kak Yong)

Majlis Melepaskan Anak Ikan


Kelab Komunikasi Amal Vee99 baru-baru ini telah melepaskan benih anak-anak ikan di kolam Masjid An Nur UTP sempena Pesta Konvo UTP ke-8.

Program yang di Ketuai oleh SWAL CJS telah melepaskan anak-anak ikan ( Kap Jepun ) sebanyak 300 ekor
.

Majlis tersebut adalah sempena Perak Amateur Radio Transmintter’s Society (PARTS) dan Kelab Komunikasi Amal VEE99 ( VEE99) mengadakan Pameran Radio Amator di Tapak Pesta Konvo 2008.

BENARKAH RAKAN RA KAWAN MAKAN KAWAN BHG 2


Setelah itu, kami sama-sama berbincang untuk menghadapi RAE 2008.

Kursus atau kelas RA anjuran Vee99 itu diadakan 2 kali seminggu iaitu hari isnin dan jumaat masing-masing bermula jam 9.00 malam.

Satu kisah lagi apabila anda buta seperti saya akan mengalami suasana kurang menyenangkan yang pastinya timbul rasa kesal dan kecewa.

Pada 24 Jun 2008 bertempat di Kampus Kejuteraan USM Sri Ampangan, Pulau Pinang di situlah tempat rakan-rakan HAM kawasan utara mengambil ujian dan peperiksaan bagi melayakan seseorang mendapat 9W2.

Saya beserta dengan rakan-rakan swal MAN-CJS-FZL sampai ke pusat RAE itu kira-kira jam 12 tengah hari.

Di kawasan tersebut ada rakan RA membuka kedai kecik menyediakan kemudahan peralatan RA yang diperlukan.
bagi saya teringin sangat hendak memiliki beteri handy y
ang tahan lama (yang ada sekarang diperolehi bersama handy semasa dibeli).

Sebagaimana saya nyatakan t
erdahulu " saya ni buta semua hal dalam RA.... " mengikut tuju dan arah daripada mereka yang mahir.

Saya pun menghampiri kedai kecik itu untuk membeli beteri handy yang berkapasita 1650 mAh.
Setelah berunding dengan penjual (rakan RA juga) saya memperolehi beteri yang dicari-cari itu dengan harga RM220.00 sahaja. Bagi saya harga tidak menjadi halangan, yang penting barang itu ada trade mark dan ori.

Setelah pulang ke Berjaya Hotel Penang, kawan-kawan datang melihat beteri yang saya beli tadi mereka terkejut besar apabila saya menyatakan harga beteri tersebut RM220.00 ?

Saya juga menjadi kelu seribu bahasa..apabila kekawan memberitahu harga sebenar beteri itu ialah RM75.00 sahaja (kerana barang itu bukan "ORI" malah buatan dari negera China).

Bukan sebarang kesal yang saya alami..lantas timbul dibenak hati kecil saya " Kalau rakan RA yang sebangsa dengan saya melakukan seperti itu........." bukankah kita lebih yakin dan percaya kepada rakan RA yang bukan berbangsa Melayu......."

Cubalah anda fikir dan fikirlah ADAKAH TEPAT TEMA PENULISAN INI IAITU;
BENARKAH: RAKAN RA KAWAN MAKAN KAWAN.....anda fikir..fikirkanlah..






Wednesday, September 10, 2008

BENARKAH RAKAN RA KAWAN MAKAN KAWAN BHG 1



Saya perturunkan sedikit pengalaman ketika mula-mula saya mengenali RA yang mulanya saya adalah "Buta" dalam hal-hal berkenaan.

Saya mula berjinak-jinak bersama RA sekitar bulan Mac 2008 (barukan?) dan dalam bulan berikutnya saya memiliki sebuah handy I-com v8 (tidak sepertimana yang saya pesan iaitu v-82) dengan harga RM500.00 (pada hal harga dipasaran baru sekitar RM400.00).
Oleh kerana handy tersebut dibeli melalui rakan RA juga tidaklah saya menggira sangat ketika itu saya masih "meraba-raba=Buta RA ".

Ada kelebihan apabila sudah memiliki handy ini...bukan sahaja kita dapat memperlajari ilmu-ilmu perhubungan QSO malah kita dapat mengenali rakan-rakan RA yang beranika style - ada yang joker - harmoni dan terasa berapa eratnya hubungan semasa anggota RA.

Pada waktu tu, saya memang menjadi anggota "Pemantau/monitoring" sahaja langsung tidak berani menekan butang ppt.... kerana saya diberitahu samasa membeli handy dinasihatkan jangan cuba-cuba membuat pancaran kerana saya masih mempunyai title " SWAL".

saya masih ingat beberapa orang rakan dikalangan RA mendesak saya supaya belajar-belajar menekan ptt (belajar masuk simplex)diantara mereka yang saya ingat ialah 9W2ZEA juga 9W2DFA.
atas desakan merekalah saya memberanikan diri menekan butang ppt yang mula menular di simplex vee99.

Saya ini adalah dalam golongan "penakut" maklumlah dalam SOP menegaskan sekiranya mereka yang memancar radio tanda "AA" yang sah menjadi kesalahan boleh didenda sampai RM300,000 atau 3 tahun penjara.

Disamping itu, saya mula menyertai bersama rakan-rakan RA yang lain menduduki kelas bimbingan RA di bawah kelolaan Pak Lop anjuran Vee99 di bangunan kelab di Tasek Perdana Batu Gajah.

Bermula dari situlah bilangan rakan-rakan RA yang saya kenali semakin bertambah diantara mereka ; 9W2 HMI- 9W2SUF- 9W2UEL -Swal TOR -swal XNX dan lain-lain lagi.

....bersambung...







AKTIVITI PAMERAN RADIO AMATOR


Di sini saya lampirkan beberapa keping foto yang berkenaan;






Baru-baru ini Pertubuhan Penyiar Radio Amator Perak (PARTs)
telah mengadakan pameran peralatan komunikasi RA di Universiti
Teknologi Petrolnas Perak (UTP), Seri Iskandar sempena Hari Konvokesyen

dengan mendapat sambutan hebat dikalangan penggemar RA serta
para mahasiswa dan siswi di Pusat Penganjian Tinggi tersebut.

Apa itu Radio amator

Radio amator merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amator di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amator yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amator hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amator memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.


Lesen radio amator di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amator mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 (9W) atau disebut sebagai Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 (9M)atau Nine-Mike-Two. Callsign tersebut adalah unik bagi setiap pemegangnya dan digunapakai untuk berhubung ke seluruh dunia.
Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt.
Di Malaysia, perkhidmatan radio amator dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau juga dikenali sebagai MCMC. Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amator perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amator atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amator dan diberikan callsign atau tanda pengenalan untuk berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula ber"QSO" atau berbual di dalam jaluran.
Setiap negara mempunyai badan yang bertanggungjawab memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan radio amator sebagaimana MCMC untuk Malaysia. Badan ini diikhtiraf oleh ITU International Telecommunication Union iaitu badan yang menyelia dan memantau aktiviti berkenaan telekomunikasi pada peringkat antarabangsa. Peruntukan callsign untuk sesuatu negara adalah dibuat di peringkat ITU. Badan khas yang memantau operasi radio amator di peringkat ITU adalah IARU International Amateur Radio Union. Setiap negara mempunyai hanya satu persatuan radio amator yang diikhtiraf oleh IARU. Untuk Malaysia, persatuan yang diikhtiraf oleh IARU adalah MARTS. Walaupun begitu, persatuan-persatuan lain yang berasaskan lokaliti (negeri, daerah, institusi dan sebagainya) atau kumpulan minat (pacuan 4 roda, khidmat kecemasan, pengembaraan dan sebagainya) bebas ditubuhkan dan beroperasi di Malaysia.

Pengiklanan