NUFFNANG Ads

Thursday, July 16, 2009

Kemalangan 9W2 EMI



Petang semalam, saya melawat Suahimi, beliau masih belum sedar selepas rawatan. Menurut XYLnya, peha kanannya terkoyak dan kakinya patah di bahagian atas buku lali. Kemudian, saya ke kedai motor di Taman Anda melihat motorsikalnya. Keadaan memang teruk. Tempat duduk terkoyak, sama seperti paha beliau. Kemungkinan terkena lampu kiri kereta yang melanggarnya.

Menurut saksi kejadian, kejadian yang berlaku selepas tengah malam, Isnin malam selasa lalu, saudara Zul dari Kelab LC, Emi berhenti semasa lampu merah dan dilanggar oleh sebuah proton Iswara yagn dipandu laju dan melanggar lampu isyarat. Kereta itu terbalik, tetapi pemandunya tidak cedera. Saksi kejadian yang telah memberi 'hadiah' kepada pemandu itu.

Menurut XYL Emi yang saya hubungi pagi tadi, beliau telah sedar tapi masih tidak ingat akan kejadian itu dan bertanya tentang kejadian itu berulang-ulang kali walaupun telah diterangkan. Sementara itu, pegawai penyiasat trafik Sarjan Haris yang juga menghubungi saya pagi tadi memberitahu, pemandu berkenaan yang direman sejak kejadian itu akan didakwa di mahkamah majistret pagi ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol dan memandu dalam keadaan membahayakan.

(Laporan 9w2ACB)

No comments:

There was an error in this gadget

Pengiklanan