NUFFNANG Ads

Monday, July 13, 2009

Buruk & Baiknya Msjbox

Dalam mengejar kemajuan teknologi internet di alam maya - sudah muncul pelbagai kemudahan untuk melengkapkan laman web atau blog-blog yang semakin hari kian bertambah.

Sebelum ini, kita hanya disogokan dengan sedikit ruang untuk membina web dan blog tanpa fasilitas (tool) yang mengcukupi bagi mengindah wajah karya di website dan juga blog.

Diantara kemudahan yang disediakan pada waktu itu hanya email dan sedikit tools antara lain hits counter dan buku tamu kemudian ditambah ruang chat.

Pada masa ini sudah kian banyak tools yang diberi secara percuma ini menambahkan lagi serinya sesebuah website atau pun blog.

Diantara yang sedang populer kini ialah tools yang diusahakan anak Bumiputera yang memperkenal perkhidmatan yang sama taraf antarabangsa.

keluaran Mesej Box kompeni itu sekarang menjadi rebutan web master dan blogger yang difahamkan sudah mencapai ribuan pengguna dalam dan luar negara.

Kelebihannya dengan bentuk yang menarik dan boleh diubahsuai warna yang kita gemari yang hampir sama dengan shout box.

Mesej Box (msjbox) ini akan menyampaikan pesanan atau catatan apa yang kita tulis kepada semua pelanggan-pelanggannya di serata dunia dalam masa kira-kira 5 saat.

Positif (baiknya):

Selain dapat kita membaca/moniter pesanan rakan-rakan (seperti di kaki blog ini) kita juga berkesempatan memperomosi blog kita kepada rakan-rakan dalam msjbox itu - dengan tidak bersusah payah kesana kemari berkempen heheheee :)

Negetif (buruknya);

sekiranya tulisan dalam msjbox itu mencerca-menghina atau memburuk-burukan orang lain ini menjadikan timbul salah faham dan berlakunya serang menyerang dalam msjbox.

Pada masa yang sama kita lupa - bahawa setiap yang kita tulis/catat di baca oleh pelanggan msjbox di seluruh dunia.

Dengan itu, gunakan fasilitas yang diberikan sebaik mungkin dan menjadi manfaat untuk kesejahtera bersama.

No comments:

Pengiklanan