NUFFNANG Ads

Thursday, July 30, 2009

Bahaya radiasi menara pemancar - Persepsi yang salah



IPOH - Persepsi segelintir masyarakat yang menganggap pemasangan menara pemancar sistem telekomunikasi berhampiran kawasan perumahan boleh menjejaskan kesihatan ekoran pancaran radiasi keterlaluan adalah kurang tepat.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran, Agensi Nuklear Malaysia, Mohd. Yusof Mohd. Ali berkata, hakikat sebenar ialah semakin hampir stesen pemancar dengan pengguna semakin minimum radiasi yang dipancarkan.

"Radiasi terhasil daripada tindak balas menara pemancar dengan antena telefon bimbit untuk membentuk kawasan liputan bagi membolehkan talian komunikasi berlaku.

"Semakin jauh lokasi antena telefon bimbit dengan menara pemancar semakin tinggi kadar radiasi. Pendek kata, jika panggilan dibuat di kawasan liputan rendah, lebih banyak radiasi terhasil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Forum Menilai Kesan Radiasi Radio-Frekuensi (RF) Sistem Telekomunikasi anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini semalam.

Mohd. Yusof berkata, sehubungan itu, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kedudukan menara pemancar sistem komunikasi yang dipasang di lokasi berhampiran kawasan penempatan kerana selamat selagi pembinaannya memenuhi spefikasi ditetapkan.

Beliau berkata, selain faktor jarak, jumlah radiasi terhasil bergantung kepada ketinggian menara pemancar dan mutu telefon bimbit yang digunakan.

"Berdasarkan kajian, stesen pemancar frekuensi televisyen dan radio lebih banyak memancarkan radiasi berbanding menara pemancar sistem telekomunikasi.

"Negara sudah menggunakan teknologi frekuensi televisyen dan radio lebih 40 tahun lalu tetapi sehingga kini tidak pun memberi sebarang kesan negatif kepada kesihatan penduduk," katanya.

-oleh azliadlan
(http://vee99.blogspot.com/2009/07/bahaya-radiasi-menara-pemancar-persepsi.html)

No comments:

There was an error in this gadget

Pengiklanan