Sebahagian rakan yang mula bergerak ke lokasi
Setelah semua persiapan selesai rombongan 9 stesen RA yang menyertai Ops Tengas 4 bergerak meninggalkan base 9w2 DJJ dengan beberapa buah kuda besi/kuda liar kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan cuaca yang terang benderang.
Peserta yang menyertai Ops kali ini ialah; 9W2 PHJ (Ketua), 9W2IPT,9W2DJJ,9W2MPB, 9W2APH,9W2 KMR, 9W2 COR, 9W2 HBC dan Swal Zaki.
Semua peserta berihat sebentar untuk menghilang rasa penat
Seperti biasa dalam mana-mana Ops tengas sebelum ini, para peserta terpaksa melalui jalan-jalan balak yang becak, licin dan penuh dengan selut (dipercayai hujan telah turun sebelum hari berkenaan menjadikan jalan ke lokasi sebagai cabaran pertama).
Lokasi yang telah dipilih sepanjang Ops 4 ini adalah di Lata Batu Terhadang, di kawasan Jeliang, Kuala Kangsar Perak- dalam jarak kira-kira 5 km dari jalanraya ( masih ada kira-kira 10 lata lagi yang belum diteroka).
Oleh kerana jalan balak menuju ke lokasi dalam bentuk muka bumi mendaki 40 darjah, ada sebahagian tempat para peserta terpaksa berjalan kaki, kerana kuda besi tidak dapat melawan muka bumi yang berlumpur penuh selut.
Bagi saya inilah cabaran paling ketir selama menyertai ops tengas ini - dalam keadaan ini saya yang sudah di luar batas usia, hampir-hampir pitam kerana kehilangan tenaga - cuma yang tinggal hanya 5 persen sahaja.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu - 9W2KMR - 9W2COR dan Swal Zaki - yang banyak membantu saya dalam keadaan yang hampir-hampir saya rebah.
Jalan yang terpaksa dilalui sebahagian drp cabaran Ops 4
Boleh dikatakan berjalan secara mendaki selama hampir 1 jam itu tanpa henti membuatkan saya hilang daya hampir-hampir menebusi batasan keupayaan. hanya berkat ketabahan menjadikan benteng keupayaan dapat dicenkang.
Namun begitu, para peserta berpeluang berihat kira-kira 10 minit dipertengahan perjalanan itu untuk mengambil nafas baru dan melegakan sebahagian kepenatan.
Para peserta sedang menyapu air tembakau satu cara menghindar dari pacat
Apabila rombongan masuk sahaja ke sempadan lokasi Lata Batu terhadang itu, apa lagi penyambut tetamu datang dengan segak dan bergaya " Pacat " meraikan kami semua.
(difahamkan lokasi Ops kali ini adalah kawasan ke 2 di Malaysia yang paling banyak penempatan pak bongkok/istilah kepada pacat).
Di situlah, semua kuda besi/kuda liar kami di tempatkan - dan kami meneruskan perjalanan ke lokasi dengan berjalan kaki kira-kira 45 minit (masih mendaki).
(Bersambung lagi...)
No comments:
Post a Comment