NUFFNANG Ads

Wednesday, March 18, 2009

Cabaran Ops Tengas 4 (Bhg.4-Akhir)

(inilah diantara cabaran paling getir dalam Ops 4 ini-kelihatan 9W2COR sedang merangkak mendaki air terjun untuk ke Batu Berhalang)

Disepanjang perjalanan menuju ke Batu Berhadang mengambil masa sekitar 2 atau 3 jam lagi – ini juga menjadi cabaran hebat kepada semua peserta yang terpaksa memanjat batu besar yang merintasi air terjun sungguh ’GAYAT’. – tersilap langkah boleh membawa padah.

Apabila berada dilokasi Batu Berhadang itu – semua peserta berihat sebentar sambil menjamu selera dengan bekalan masing-masing – 15 minit kemudian hujan telah turun dalam keadaan agak lebat.

Dikalangan kaki pancing mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk meneruskan aktiviti di suatu kawasan lubuk berhampiran Batu Terhadang. Kira-kira 15 minit kemudian terdengar suara berteriak !!! Ikan..Ikan ... mereka sudah memperolehi hasilnya.
(9W2COR bukanlah kaki pancing (dia lebih kepada Jungle tracking)mencuba untuk memancing tetapi tidak berhasil )

Bagi swl Zaki yang cuba memancing di kawasan berhampiran rasa lega dan dengan muka yang jernih kegembiraan kerana usahanya juga telah berhasil ( 10 saat ekor).
Pada kesimpualan ikan di kawasan berkenaan memakan apa saja jenis umpan – perut ayam – udang – roti dan lain-lain.
Begitu juga dengan rakan kita 9W2HBC yang memang kaki pancing keriangan dan berpuashati dengan usahanya memperolehi kejayaan yang memerangsangkan (sebahagian daripada hasilnya untuk dipelihara).

Kira-kira jam 4 petang, semua peserta berkumpul semula untuk berangkat pulang, sekali lagi mereka terpaksa melalui cabaran getir – mendaki tebing sungai yang agak menegak setinggi 100 kaki 45 darjah.

(Di anak sungai Lata inilah aktiviti membuang pak bongkok yang terpekap di tubuh para peserta)

Disini juga saya hampir-hampir gagal mendaki kerana kekurangan tenaga dan 2 – 3 kali terpelecuk – pendakian selama 45 minit tanpa henti – sungguh memenatkan – pendakian ini juga terpaksa dilakukan secara cepat atau deras kerana masih banyak pak bongkok menantikan habuannya.

Setelah semuanya sampai di atas tebing .. kami berihat sekejap kira-kira 5 minit kemudian meneruskan perjalanan merintasi hutan kecil berjalan kaki selama hampir-hampir 1 jam tanpa henti menuju di mana tempat kuda besi/kuda liar di simpan.

Bayangkan sepanjang perjalanan hutan yang lembab yang dipenuhi dengan pak bongkok/pacat tersedia menanti – dimaklumkan sebelum ini kawasan tersebut adalah yang ke 2 jumlah terbanyak pacat di Malaysia – dalam hati masing-masing ada yang gabra – bimbang – rasa tidak tenteram setelah merasai ada sesuatu sedang menjalar dalam pakaian.
Suasana cemas, ketakutan dan bimbang bertukar menjadi ceria dan gembira sekali apabila kami bertemu semula jalan lori balak (yang tiada pacat) menuju terus ke lokasi kuda besi ditempatkan.
(Inillah hasil daripada Ops Tengas 4 tersebut yang tidak seberapa kerana faktor cuaca)

Setelah sampai ke lokasi kejadian – semua peserta menyertai pula aktiviti membuang dan mencabut pak bongkok yang hinggap ditubuh masing-masing di suatu anak sungai lata yang berhampir.

Dalam ops tengas 4 ini saya telah muncul dan dianugerahkan JUARA kerana mendapat pacat yang terbanyak sekitar 20 ke 30 ekor ... heheheheee.... (patut dinyatakan disini, pacat di kawasan Batu Berhalang ini tidak sama dengan pacat dalam ops 1,2 dan 3. pacat disini datang atau hinggap ditubuh kita kebanyakan 2 ekor satu tempat (mungkin laki bini kot..hehehheeee).

Kami meninggalkan lokasi tersebut menuju ke base 9W2DJJ dengan kuda besi/kuda liar secara konvoi dan kami telah dijamu sekali lagi dengan Laksa (mungkin namanya Laksa Jeliang)oleh 9W2DJJ - Semuanya menjadi kenangan terpahat dalam sejarah hayat masing-masing.

Manakala Ops Tengas 5 akan menyusul ....... ( ketua Ops 9W2PHJ bersama 9W2DJJ sudah pun membuat tinjuan untuk lokasi kali ini

UNTUK MELIHAT GAMBAR PADA SIZE YANG BESAR SILA KLIK FOTO YANG BERKENAAN

No comments:

Pengiklanan