NUFFNANG Ads

Sunday, March 15, 2009

Cabaran Ops Tengas 4 (Bhg. 3 )

(9W2DJJ menunjukan sebahagian ikan yang berjaya ditangkap)

Setelah meredah hutan rimba kecil dan berjalan kaki melalui lorong lori balak selama kira-kira 45 minit. Maka sampai disuatu persimpangan dan di sinilah kami berpecah dibahagikan kepada 2 kumpulan – iaitu Kumpulan menjala dan satu lagu kumpulan yang berminat untuk memancing.

(Kelihatan kumpulan yang memancing )

Kumpulan yang memancing itu diketuai Oleh 9W2MPB meninggalkan kami dan meneruskan perjalanan kira-kira 30 minit ke lokasi memancing manakala kumpulan yang menjala diketuai oleh 9W2PHJ terus turun dari tebing lata menuju ke anak sungai Lata (lata ini menuju terus ke Lata Batu Berhadang).

Turun ke bawah dari tebing setinggi kira-kira 100 kaki itu meletihkan juga walau pun perjalanan agak mudah – kerana perlu berhati-hati dengan curaman 40 darjah, kami hanya bergantung pada anak-anak pokok serta akar sebagai sumbar tempat berpaut.

(9W2APH sedang cuba menjala dalam Ops Tengas 4)

Saya menyertai kumpulan menjala (saya lebih berminat dengan kumpulan ini kerana apabila sekali tebar (oleh rakan-rakan) saja sudah dapat melihat beberapa ekor ikan sudah berada didalamnya.

9W2PHJ dan 9W2APH menyusuri anak sungai lata yang kederasannya sekitar 40 km sejam untuk mencari lokasi atau lubuk yang banyak ikan.

(9W2 COR sedang mencuba/rasa akar Tongkat Ali)

kumpulan ini tidak melepaskan peluang untuk mencari akar ”Tingkat Ali” yang berserak – pokok herba Kacit Fatimah juga ada - disekitar kawasan berkenaan.

Kira-kira 2 jam lebih kami bergerak sambil menjala (melalui jalan anak sungai dan meredah hutan disepanjang tebing tersebut ) barulah kami bertemu dengan kumpulan memancing yang terdiri daripada 9W2KMR dan 9W2HBC (yang diketuai oleh 9W2MPB).


(Swl Zaki (atas)9W2PHJ (bawah) sedang berihat sambil menghirup udara nyaman)

Apa yang ketahui kawasan itu memeningkan kepala 9W2HBC kerana ikan-ikan di kawasan tersebut enggan memakan umpan yang diberikan (perut ayam).


(Inilah air tembakau untuk menggelak daripada serangan pak bongkok)

Kami bersatu semula dalam satu kumpulan meneruskan aktiviti menjala dan memancing ke arah mendaki lata berkenaan.


(9W2PHJ bersama 9W2MPB sedang menyiang ikan yang dapat dalam ops 4)

(BERSAMBUNG BAHAGIAN 4 AKHIR)














No comments:

Pengiklanan