NUFFNANG Ads

Friday, February 20, 2009

Sambutan Ulg.Tahun PARTS Meriah

Sambutan ulang tahun ke 2 Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) dirayakan dengan meriah diperkarangan wakaf Parts, Jalan Slibin, Ipoh malam tadi (20hb Feb).

Lebih 120 stesen tidak termasuk XYL dan harmoni masing-masing dari seluruh negeri Perak merancakkan suasana sambutan tersebut.

9W2SBD dan 9W2HBC mengetuai bahagian masakan serta persiapan jamuan termasuk BBQ dibantu oleh 9W2SUF serta berapa rakan lain.

Sambutan tersebut dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah diikuti dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Samsul Rizal Hasan (9W2SSG).

Turut hadir meraikan sambutan ulang tahun ke 2 Parts tersebut termasuklah 9W2DMG dari wilayah Taiping dan 9W2TGA dari kawasan Manjung.

Para hadirin juga turut berjemaah Solat Isyak serta menunaikan solat hajah memohon agar Parts berkembang dengan maju tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak.

Walau pun hujan telah turun dipertengahan majlis kira-kira 15 minit tidak menghalang kelancaran sambutan tersebut.

Pengerusi Parts 9W2SLJ (Pak Lop) dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan menjadikan majlis itu bertambah meriah serta dapat diselenggarakan dengan sempurna.

No comments:

There was an error in this gadget

Pengiklanan