NUFFNANG Ads

Thursday, September 11, 2008

BENARKAH RAKAN RA KAWAN MAKAN KAWAN BHG 2


Setelah itu, kami sama-sama berbincang untuk menghadapi RAE 2008.

Kursus atau kelas RA anjuran Vee99 itu diadakan 2 kali seminggu iaitu hari isnin dan jumaat masing-masing bermula jam 9.00 malam.

Satu kisah lagi apabila anda buta seperti saya akan mengalami suasana kurang menyenangkan yang pastinya timbul rasa kesal dan kecewa.

Pada 24 Jun 2008 bertempat di Kampus Kejuteraan USM Sri Ampangan, Pulau Pinang di situlah tempat rakan-rakan HAM kawasan utara mengambil ujian dan peperiksaan bagi melayakan seseorang mendapat 9W2.

Saya beserta dengan rakan-rakan swal MAN-CJS-FZL sampai ke pusat RAE itu kira-kira jam 12 tengah hari.

Di kawasan tersebut ada rakan RA membuka kedai kecik menyediakan kemudahan peralatan RA yang diperlukan.
bagi saya teringin sangat hendak memiliki beteri handy y
ang tahan lama (yang ada sekarang diperolehi bersama handy semasa dibeli).

Sebagaimana saya nyatakan t
erdahulu " saya ni buta semua hal dalam RA.... " mengikut tuju dan arah daripada mereka yang mahir.

Saya pun menghampiri kedai kecik itu untuk membeli beteri handy yang berkapasita 1650 mAh.
Setelah berunding dengan penjual (rakan RA juga) saya memperolehi beteri yang dicari-cari itu dengan harga RM220.00 sahaja. Bagi saya harga tidak menjadi halangan, yang penting barang itu ada trade mark dan ori.

Setelah pulang ke Berjaya Hotel Penang, kawan-kawan datang melihat beteri yang saya beli tadi mereka terkejut besar apabila saya menyatakan harga beteri tersebut RM220.00 ?

Saya juga menjadi kelu seribu bahasa..apabila kekawan memberitahu harga sebenar beteri itu ialah RM75.00 sahaja (kerana barang itu bukan "ORI" malah buatan dari negera China).

Bukan sebarang kesal yang saya alami..lantas timbul dibenak hati kecil saya " Kalau rakan RA yang sebangsa dengan saya melakukan seperti itu........." bukankah kita lebih yakin dan percaya kepada rakan RA yang bukan berbangsa Melayu......."

Cubalah anda fikir dan fikirlah ADAKAH TEPAT TEMA PENULISAN INI IAITU;
BENARKAH: RAKAN RA KAWAN MAKAN KAWAN.....anda fikir..fikirkanlah..






8 comments:

Zek@9m2pro said...

Bile bercakap mengenai perkara ini, dimana-mana sahaja pun ia boleh berlaku. Ada perbezaan antara rakan,kawan dan sahabat. Dan ianya tidak semestinya berlaku pada rakan ham sahaja. Apa pun yang berlaku pada anda memang agak terkilan. Harap bersabar ye..ada hikmahnya dan berhati-hati.

peihong said...

adat la tu... yang bodoh makanan yang cerdik.... kena belajo dan belajo dan belajo..... tak tau kena la tanya. jangan diam je.

sama jugak la bila nak beli barang; cerita le dengan kekawan. jangan diam diam terus pi beli.... penyudahnya kena kencing.....

yang klasiknya lepas tau kena kencing pi tulis dalam blog. habis terbukak pekung situasi radio amatur di malaysia kepada orang lain atau orang dari negara lain.....

p/s : kepada rakan yang baru berkenalan dalam radio amatur membaca post ini; sila abaikan... radio amatur di malaysia tidak seburuk artikel ini. ini hanyalah pandangan penulis yang !@#$%.

9W2IPT said...

Tujuan saya memapar apa yang saya alami sebagai iktibar kepada rakan-rakan HAM yang bergelar SWAL betullah kata 9W2PRO kita harus bertanya dulu sebelum berbuat sesuatu.

Harus diingat saya bukan mengatakan semua sikap yang sumpama itu terhadap semua anggota RA cuma sebahagian kecilnya sahaja..(dalam hal ini saya terkena kepada 2 rakan RA) yang sepatutnya merekalah harus membimbing swal yang memerlukan bantuan..

diharap sdr peihong sedia maklum dan tidak perlulah saya menghuraikan dalam bentuk kitab atau hadis dll.

peihong said...

ape ke benda nya dengan hadis dan kitab pulak ni.....(errr nak kena buat akuan bersumpah ke?)

mike tak paham maksud teman.... kawan makan kawan memang ada tapi tak mau bertanya itu sebabnya masalah ni timbul.... kalo ikutkan cerita rasanya teman boleh agak siapa penjual tu.... penjual tu memang terkenal dengan reganya yang macam itu. itu sebabnya kena bertanya. tambahan pula dah pernah terkena sekali. mengapa dibiarkan pisang burbuah 2 kali?

masalahnya disini tak mau bertanya. bila terkena jadikan ini satu cerita dalam blog. rata rata kawan ipoh tau dengan rega si penjual A dan B tetapi tiada satu pun cerita itu di blog kan atas sebab menjaga hati penjual dan keharmonian radio amatur.

cerita ni akan disampaikan dari mulut ke mulut sahaja.

jadi bertanyalah sebelum membeli. mungkin untuk permulaan boleh rujuk faberet teman ni sebelum membuat urusan jual beli.

http://www.lelong.com.my/Auc/List/2008-05DeSale6025724_AUCTION__Amateur_Radio_Accessories_GPS_System_Best_Price_in_the_Market.htm

p/s : 0196117686 ni no hp teman kalo nak call ke apa ke..... sekadar membantu setakat yang mampu....

9W2IPT said...

Terima kasih peihong..apa yang anda utarakan pendapat anda itu membuah hasil yang baik kepada rakan RA yang lain.

Begitulah hasrat saya mengenengahkan pengalaman ini walaupun tidak ada yang sanggup berbuat begitu, hanya bertujuan menyedarkan pihak pengguna khususnya mereka yang bergelar SWaL.

Sekali lagi terima kasih (diharap anda tidak jemu-jemu memberikan komen dari masa ke semasa demi untuk kesejahteraan rakan-rakan RA di Perak khasnya)

Jungle Gold said...

Salam Abg IPT. Harap bersabar di atas apa yang terjadi. Saya pun pernah alaminya. Kemudiannya saya saya anggap sebagai harga sebuah pengalaman dalam mendalami hobi radio amatur. Salam ceria dari saya.

9W2IPT said...
This comment has been removed by the author.
9W2IPT said...

Wa'alaikumsalam- Terima kasih sdr Fakhrul Anuar Aziz diatas pandangan anda mengenai tulisan saya.

Ya tujuan saya menulis dengan tajuk yang agak sensitif itu bukan hendak memburuk-buruk rakan RA.

Ianya satu pengalaman saya kira agak pahit moga mendapat dorongan dari Allah mereka yang terbabit itu sedar bahawa dalam Islam juga ada peraturan dan syarat perniagaan.

Justeru itu juga memberikan panduan dan bimbingan kepada rakan-rakan RA kita yang baru dan masih bertitle SWaL itu.

Dengan niat jujur serta ikhlas dari saya rakan SWaL mendapat pandu arah yang betul dan tepat..

Selamat merayakan Aidlfitri buat Fakhrul Anuar Aziz dan keluarga.

QRT 73.

Pengiklanan