NUFFNANG Ads

Tuesday, September 23, 2008

GELAGAT WAN CACING


Dikalangan rakan-rakan RA Perak khasnya, sudah tidak asing lagi dengan Wan Cacing - malah namanya sudah digezet sebagai ahli PRADAS.

Apa yang menarik tentang Wan Cacing?

*gambar kiri:
Heyy lu mau apa ahhh? mau order cacing ka atau cendawannn...."

Dimana sahaja dia berada sudah pasti mereka yang menghampiri - keras perut - gelihati- akan ketawa terbahak-bahak kerana telatahnya yang bersahaja " berpenyakit Melatah ".


Kalau anda kesepian - monyok? panggil sahaja Wan Cacing - sudah pasti bertukar riuh rendah......dimana-mana sahaja dan di majlis apa-apa pun bila adanya Wan Cacing pasti menarik perhatian...

*gambar kiri;

" alaaaaa.....ngantuk ley....tak cukup tido laa...bersahur... bersahur jugak......... "


Melatahnya ada gaya - ada rupa - ada sifat-sifat ganas - ganas?- apabila ada kekawan yang melatahkannya menyuruh memukul....menumbuk? menampar ? (tapi semua dilakukan secara tidak sengaja dan
tidak memudharatkan sesiapa).

Dia juga sanggup berbuat apa sahaja sewaktu melatah hatta bercium sekalipun..hheheeee ni yang membuat orang-orang tertentu terutama YL takut menghampirinya dan lari.....


*gambar kanan:
Cuba anda fikir dan tenung lama-lama foto kanan ni... rupa siapakah dia ?..........

Begitulah sedikit sebanyak yang saya kenali Wan Cacing atau nama dalam kad pengenalan Wan Mohammed Zafuan bin Osman - masih belum berumah tangga dan sekarang bertugas sebagai Pegawai Penyelidik (R&D) pusat perusahaan Cendawan di Parit, Perak. callsign bagi Wan Cacing = SwL CJS

No comments:

There was an error in this gadget

Pengiklanan