NUFFNANG Ads

Wednesday, September 10, 2008

BENARKAH RAKAN RA KAWAN MAKAN KAWAN BHG 1



Saya perturunkan sedikit pengalaman ketika mula-mula saya mengenali RA yang mulanya saya adalah "Buta" dalam hal-hal berkenaan.

Saya mula berjinak-jinak bersama RA sekitar bulan Mac 2008 (barukan?) dan dalam bulan berikutnya saya memiliki sebuah handy I-com v8 (tidak sepertimana yang saya pesan iaitu v-82) dengan harga RM500.00 (pada hal harga dipasaran baru sekitar RM400.00).
Oleh kerana handy tersebut dibeli melalui rakan RA juga tidaklah saya menggira sangat ketika itu saya masih "meraba-raba=Buta RA ".

Ada kelebihan apabila sudah memiliki handy ini...bukan sahaja kita dapat memperlajari ilmu-ilmu perhubungan QSO malah kita dapat mengenali rakan-rakan RA yang beranika style - ada yang joker - harmoni dan terasa berapa eratnya hubungan semasa anggota RA.

Pada waktu tu, saya memang menjadi anggota "Pemantau/monitoring" sahaja langsung tidak berani menekan butang ppt.... kerana saya diberitahu samasa membeli handy dinasihatkan jangan cuba-cuba membuat pancaran kerana saya masih mempunyai title " SWAL".

saya masih ingat beberapa orang rakan dikalangan RA mendesak saya supaya belajar-belajar menekan ptt (belajar masuk simplex)diantara mereka yang saya ingat ialah 9W2ZEA juga 9W2DFA.
atas desakan merekalah saya memberanikan diri menekan butang ppt yang mula menular di simplex vee99.

Saya ini adalah dalam golongan "penakut" maklumlah dalam SOP menegaskan sekiranya mereka yang memancar radio tanda "AA" yang sah menjadi kesalahan boleh didenda sampai RM300,000 atau 3 tahun penjara.

Disamping itu, saya mula menyertai bersama rakan-rakan RA yang lain menduduki kelas bimbingan RA di bawah kelolaan Pak Lop anjuran Vee99 di bangunan kelab di Tasek Perdana Batu Gajah.

Bermula dari situlah bilangan rakan-rakan RA yang saya kenali semakin bertambah diantara mereka ; 9W2 HMI- 9W2SUF- 9W2UEL -Swal TOR -swal XNX dan lain-lain lagi.

....bersambung...







No comments:

Pengiklanan