Sunday, August 30, 2009
Kembar 12
Seorang guru dari Tunisia bakal melahirkan anak 12 orang , 6 lelaki dan 6 perempuan.
Walaubagaimanapun nama dan gambar wanita tersebut belum lagi tersiar di web-web akhbar online dunia.
Menurut berita dari sumber New York Post, wanita berkenaan melaporkan kepada doktor yang dia tidak mengalami masalah yang besar ketika mengandung 12 orang anaknya ini.
Jadi, kemungkinan besar kesemua - 12 bayi ini dapat dilahirkan dengan selamat. Wanita ini mengandung 12 anak secara normal.
Friday, August 28, 2009
Pelik ? Tetapi Benar ?
Sunday, August 23, 2009
Waktu Berbuka & Imsak 1430H
Friday, August 21, 2009
Mandi Balimo-Limo Menyambut Ramadhan
Tidak ada informasi yang jelas kenapa dikatakan mandi balimo-limo dan sejak kapan tradisi ini ada di daerah Pesisir Tapian Nauli ini. Kendati tradisi menjelang Ramadahan ini telah berlangsung berpuluh tahun mungkin bahkan beratus-ratus tahun tapi hingga kini tetap membudaya, malah masyarakat pendatang yang merantau ke Sibolga dan Tapanuli Tengah kini mulai terikut dalam budaya ini.
Balimo-limo ini adalah budaya yang selalu menjadi kenangan yang tidak terlupakan oleh orang-orang yang pernah tinggal di Sibolga dan Tapanuli Tengah.
Dalam bahasa pesisir Sibolga-Tapeng balimo adalah jumlah sebanyak lima orang yang turun dan mandi kesungai. Namun bila diartikan lagi dapat dikatakan mandi di sungai dengan menggunakan air limau yang direbus di air hangat. Jadi secara umum dapat dikatan bahwa “balimo-limo” adalah mandi di sungai dengan jumlah sekurang-kurangnya lima orang dengan menggunakan air limau atau pangir.
Air limau atau pangir adalah dedaunan wangi yang terdiri dari daun pandan, daun serai wangi, daun nilam, mayang pinang. Seluruh dedaunan ini di rebus hingga mendidih dan memancarkan aroma yang sangat harum. Saat mandi di sungai air ini dibilaskan ke seluruh tubuh, mulai kepala, rambut hingga ujung kaki. Dengan menggunakan air dedaunan limo imi maka tubuh akan segar dan perasaan langsung berseri-seri, mungkin karena bau wangi dari air rebusan dedaunan tadi.
Semoga kegembiraan menyambut Ramadhan, pembersihan hati dan diri dengan mandi balimo-limo dapat memberi arti yang positif untuk meningkatkan amal ibadah di bulan yang suci ini. Segala sifat-sifat buruk telah dibuang dan hanyut di sungai-sungai. Semoga kesiapan mental untuk melaksanakan ibadah puasa telah terpenuhi. Selamat menunaikan ibadah puasa…!!!
( Rujukan:
http://teropongkaca.com/?p=227)
Wednesday, August 19, 2009
Selamat Berpuasa Dari Kami
Friday, August 14, 2009
Mai Senyum Hujung Minggu
Kita masa dulu-dulu pernah diingatkan " Jangan naik Kuda Kepang Berdua menjadi kesalahan " juga " Jangan membungcing kuda besi bertiga ianya satu kesalahan" tapi kalau lebih dari itu bagaimana?
Thursday, August 13, 2009
Keputusan RAE 2009 Sudah Keluar
Bagi mereka yang masih belum meraih kejayaan jangan putus asa cuba dan cuba lagi - disuatu hari kemenangan tetap dipihak anda - kuatkan semangat serta cekal menghadapi dugaan ini.
Sekali lagi Syabas dan Tahniah buat semua.
untuk mengetahui keputusan tersebut sila ke url di bawsah ini;
http://skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/RAE2009_1_Results.pdf
Konvo UPSI Ke 11
Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak telah berlangsung daripada 11 hingga 15 Ogos 2009 ini.
Hari inilah separuh hari 9W2 IPT berada di UPSI, Kerana menyaksikan Majlis Konvo tersebut yang telah berlangsung di Dewan SITC
Konvo ke 11 itu hari ini adalah majlis sessi ke 5 sejak dimulakan 11 Ogos lalu dan 2 sessi berlangsung waktu pagi dan satu lagi di waktu sebelah petang.
Kehadiran 9W2 IPT bersama XYL dan keluarga bagi merayaikan harmoninya yang telah tamat belajar selama 4 tahun di UPSI dan hari inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua penuntut di situ dan selepas ini mereka bergelar graduan.
Majlis yang berlangsung di Dewan SITC menganugerah lebih 300 penuntut jurusan matematik dan Geografi dan disempurnakan oleh Pro Canselor Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.
Monday, August 10, 2009
Belajar Kod Morse.
Perisian bantuan belajar Kod Morse (CW – Code Morse);
1. Koch method CW Trainer.
Perisian ini bagi saya amat sesuai untuk saya mempelajari bunyi huruf-huruf CW dan bukan menghafal atau mengingati carta kod didalam kotak fikiran. Anda hanya perlu menyimpan huruf-huruf yang anda ingin pelajari kedalam fail txt dan mainkan semula, dengar dan tulis jangka masa belajar yang sesuai ialah antara 10 ke 15 minit sehari.
Pemasangan:
Ada dua fail yang perlu anda muat turun iaitu;
Jika anda hanya memuat turun fail pertama anda hanya dapat menggunakan perisian tersebut untuk mendengar sahaja huruf yang telah sedia ada dalam perisian tersebut seperti “k” dan “m”.
Untuk membolehkan anda memainkan fail-fail huruf yang anda buat sendiri, anda memuat turun fail yang kedua dan pasangkan (install) dalam direktori yang sama dengan fail KochMorseTrainer.exe.
Untuk maklumat atau memuat turun terus dari laman pemilik sila lawati laman “Learn Morse by the Koch method“.
(Rujukan:
http://9w2bba.wordpress.com/2007/02/02/belajar-kod-morse/)
Keputusan RAE 2009
Dalam kesebukan dan kecelaruan rakan-rakan RA mencari keputusan RAE 2009 tiba-tiba muncul blog rakan kita ini yang memaklumkan keputusan berkenaan.
Adalah tidak wajar beliau mengumumkan perkara yang sedemikian rupa pada hal tidak benar apa yang dinyatakan.
Sekiranya beliau ingin mengucapkan (tindakan mendahului/ advance) kepada yang berjaya atau sebaliknya janganlah mengumumkan bahawa keputusan RAE 2009 sudah di keluarkan.
Ini boleh mendatangkan kecelaruan baik dikalangan mereka sebagai calon atau rakan-rakan RA yang sudah mempunyai sayap.
(sekiranya bermaksud keputusan RAE yang lepas sebutkan sessi & tahunnya)
Thursday, August 6, 2009
XPDC GUNUNG BUBU DITANGGUHKAN
Kenyataan Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET) berkata hari ini , xpdc tersebut terpaksa ditangguhkan kerana menghormati suasana sedih yang masih menyelubungi rakan-rakan Radio Amatur (RA) yang terbabit dalam Operasi mencari dan menyelamat seorang peserta Kembara Biro Tata Negara (BTN) yang hilang.
Menurut kenyataan itu lagi, xpdc gunug bubu itu akan di rancang semula dengan tarikh dan hari yang sesuai yang akan diumukan kemudian.
BERITA TERKINI : Siti Aishah Di temui
Beliau ditemui oleh penduduk kampung, dalam keadaan terdampar di Sungai Perak berhampiran tebing kampung Semat, Manong daerah Kuala Kangsar dalam keadaan tidak bernyawa lagi.
Jenazahnya telah di bawah ke Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan lanjut.
Ops Mencari & Menyelamat Aishah hari ke 5
- kiri 9W2 SLJ & Kanan 9W2 PHJ-
(Disinilah dipercayai Aishah diketahui hilang)
(9W2 IPT sedang memberikan taklimat kepada Presiden Parts 9W2 SLJ)
(Taklimat daripada Bilik Operasi Utama)
Anggota Radio Amatur Perak yang memberikan khidmat mereka malam tadi ialah; 9W2 IPT, 9W2 PHJ, 9W2 LES, 9W2 DJJ, 9W2 VEL dan 9W2 MPB.
Kepada anggota RA yang mempunyai masa terluang dan berhasrat ingin bersama bolehlah menyertainya secara bergilir-gilir. Bilik Gerakan RA tersebut telah dibuka sejak hari pertama operasi pada ahad 2 hb Ogos lalu.
Sementara itu 9W2 PHJ telah menyumbang 2 khemah untuk kegunaan bilik gerakan tersebut.
Malam tadi penduduk kampung turut membantu usaha tersebut tanpa henti selama 24jam yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil , malangnya sebahagian dari mereka difahamkan menggangu usaha-usaha yang dijalankan oleh kumpulan pra normal yang memerlukan susana sepi dan senyap.
Disamping itu, kumpulan darul sifaq telah menyambung khidmat mereka yang terhenti malam kelmarin terdiri daripada kira-kira 15 anggota.
Tuesday, August 4, 2009
Rakan RA bantu Operasi Penyelamat di Guar
(Siti Aishah Hassim hilang semasa Kembara Subuh)
Sunday, August 2, 2009
Perubahan Tarikh Xpdc Gunung Bubu 14 Ogos
Berikutan daripada pindaan itu jadual berkumpul di perkarangan Biro Tata Negara (BTN) di Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak ialah pada jam 3 petang selepas solat jumaat.
Jurucakap GRAPET memberitahu, perubahan tarikh tersebut untuk memudahkan para peserta yang bekerja untuk mengambil cuti. dan pulang pada hari Ahad.
" Apabila semua peserta telah berkumpul di perkarangan BTN akan diberikan taklimat sebelum berangkat" jelasnya.
Menurutnya lagi, lain-lain perkara tetap seperti yang diumumkan sebelum ini tanpa perubahan.
Bagi peserta yang tinggal di luar negara Perak bolehlah bermalam di Rumah Rehat Parit atau Rumah Rehat Kuala Kangsar dengan tanggungan sendiri.
Saturday, August 1, 2009
XPDC Gunung Bubu 3 hari 2 malam 15 Ogos
Aktiviti menjelajah dan xpdc Gunung Bubu dekat Kuala Kangsar, Perak sudah ditetapkan pada 15hb Ogos 2009 ini.
Kegiatan riadhah itu sebagai kemuncak aktiviti Ops Tengas yang dianjur oleh Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET).
Sebelum ini GRAPET telah melaksanakan empat ops tengas (menangkap ikan tengas) disamping kegiatan jungle tracking memakan masa sehari suntuk.
Jurucakap GRAPET memberitahu, xpdc Gunung Bubu itu membabitkan 3 hari 2 malam dan bermalam di Check Point Sungai Gading dan di kemuncak gunung.
" Expc ini terbuka kepada orang ramai yang meminati kembara serta rakan radio amatur amnya tetapi mempunyai ketahanan diri dan mental "jelasnya.
Menurutnya, xpdc itu bermula jam 8 pagi berkumpul di Biro Tata Negara Ulu Kenas dan sebelum itu satu taklimat akan diberikan kepada semua para peserta. Pulang pada Isnin.
" Persiapan awal yang perlu diselesai oleh peserta ialah bayaran RM10.00 untuk mendapatkan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehutanan Negeri Perak yang akan diusahakan oleh pihak penganjur" sambungnya.
Menurut kenyataan itu lagi, para peserta hendaklah bersiap sedia dengan pakaian jungle tracking, lampu suluh, senjata yang bersuaian, sarong kaki dan tangan disamping penyediaan makan dan minum sepanjang xpdc tersebut.
" kami akan menyediakan khemah untuk penginapan tetapi mereka hendaklah membawa bersama sleep Beg"katanya.
Tarikh tutup permohonan 6hb Ogos 2009
Mereka yang berminat menyertai xpdc ini bolehlah berhubung melalui;
9W2 PHJ ( 013 400 3436) Haji Jamalul
9W2 DJJ (019 522 7052) Pak Hafis
9W2 SUF (012 559 0096) Sufian
9w2 MPB ( 012 544 0454 Man
9W2 IPT (019 565 7923) Putera Idris
atau email:
radiokita.malaysia@yahoo.com.my
Blog Rakan R A
ON AIR Pengulang 9M4 RPK
Terjemahan Bahasa - translated
Iklan Nuffnang
Klik Banner ini
Sponsor by:
Terkini dari Blog V22 Parit
My Blog List
Followers
Anda Adalah Pengunjung ke:
MUKADIMAH
Selain dari itu, para pengunjung akan dapat mempelajari atau mengenali dengan lebih dekat lagi apa itu RADIO HAM serta alat kelengkapan bagi melancarkan gelombang di udara.
disamping itu berkenalan dengan rakan-rakan HAM di seluruh negeri Perak (yang di satu dalam blog ini).
Saya memohon jasa baik pengunjung untuk memberikan sebarang komen atau menyampaikan apa-apa cadangan untuk saya memperbaiki blog ini dari masa kesemasa.
sekian dan terima kasih..
daripada:
9W2IPT
Simplex Parit
Keputusan RAE 2009-1
Blog Archive
-
▼
2009
(114)
-
▼
August
(16)
- Kembar 12
- Pelik ? Tetapi Benar ?
- Waktu Berbuka & Imsak 1430H
- Mandi Balimo-Limo Menyambut Ramadhan
- Selamat Berpuasa Dari Kami
- Mai Senyum Hujung Minggu
- Keputusan RAE 2009 Sudah Keluar
- Konvo UPSI Ke 11
- Belajar Kod Morse.
- Keputusan RAE 2009
- XPDC GUNUNG BUBU DITANGGUHKAN
- BERITA TERKINI : Siti Aishah Di temui
- Ops Mencari & Menyelamat Aishah hari ke 5
- Rakan RA bantu Operasi Penyelamat di Guar
- Perubahan Tarikh Xpdc Gunung Bubu 14 Ogos
- XPDC Gunung Bubu 3 hari 2 malam 15 Ogos
-
▼
August
(16)
PERAK RA - LINK PENTING
- SEMAK KEPUTUSAN RAE 2008-2
- VIDEO MAJALAH 3 R A
- ON LINE CHATING
- Untuk mengunji kelajuan Streamyx anda
- BORANG RAE 2008
- BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI KELAB RA MALAYSIA
- VIDEO HAM -Pendidikan & Bimbingan
- SOALAN RAE 2008
- Borang/Surat sokongan 9M2
- Borang permohonan callsign radio amatur
- Borang akuan sumpah menyimpan rahsia
- Borang pemohonan Apparatus Assignment (AA)
- Garispanduan/SOP radio amatur MCMC
- Keputusan peperiksaan RAE Jun 2008
- RA Taiping
- RA Manjung
- RA Lenggong
- RA Kuala Kangsar
- RA Kampung Gajah
- Semak Callsign Mcmc
- Kelab Kebajikan Vee99
About Me
- 9W2IPT
- IPOH,, PERAK, Malaysia
- Untuk mengetahui tentang saya selanjutnya. sila ke http://malaysiaexpress.net/radiokita.html
Rangkaian Mesra RA
Pesanan Anda
REPEATER PARTS
SEMAK CALLSIGN