NUFFNANG Ads

Thursday, August 6, 2009

Ops Mencari & Menyelamat Aishah hari ke 5

( Gotong Royong mendirikan base antena di bilik gerakan RA tersebut)

Gerakan mencari dan menyelamat Siti Aishah yang hilang di Kem Rekreasi Guar, Manong, Kuala Kangsar Perak disambung lagi hari ini.

Petang semalam pasukan mencari dan penyelamat dari PGA telah di tempatkan dan base mereka tidak jauh dari bilik gerakan radio amatur manakala hari ini tidak kelihatan lagi unit udara PDRM di kawasan operasi.
(9W2 DJJ Sedang menyampaikan lapor langsung di V22)
- kiri 9W2 SLJ & Kanan 9W2 PHJ-


(Disinilah dipercayai Aishah diketahui hilang)


Pada mulanya difahamkan, pihak pengurusan operasi akan menamatkan gerakan mencari dan menyelamat sehingga semalam (5hb) dan penduduk kampung yang bersimpati dengan peristiwa itu akan menerus usaha tersebut. Sehubungan itu mungkin sebahagian dari unit-unit tertentu sahaja diberhentikan

(9W2 IPT sedang memberikan taklimat kepada Presiden Parts 9W2 SLJ)

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) 9W2 SLJ telah melawat dan berbincang dengan rakan radio amatur di bilik gerakan RA dan menyumbangkan bantuan peribadi.

(Taklimat daripada Bilik Operasi Utama)

Anggota Radio Amatur Perak yang memberikan khidmat mereka malam tadi ialah; 9W2 IPT, 9W2 PHJ, 9W2 LES, 9W2 DJJ, 9W2 VEL dan 9W2 MPB.

Kepada anggota RA yang mempunyai masa terluang dan berhasrat ingin bersama bolehlah menyertainya secara bergilir-gilir. Bilik Gerakan RA tersebut telah dibuka sejak hari pertama operasi pada ahad 2 hb Ogos lalu.

Sementara itu 9W2 PHJ telah menyumbang 2 khemah untuk kegunaan bilik gerakan tersebut.

Malam tadi penduduk kampung turut membantu usaha tersebut tanpa henti selama 24jam yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil , malangnya sebahagian dari mereka difahamkan menggangu usaha-usaha yang dijalankan oleh kumpulan pra normal yang memerlukan susana sepi dan senyap.

Disamping itu, kumpulan darul sifaq telah menyambung khidmat mereka yang terhenti malam kelmarin terdiri daripada kira-kira 15 anggota.

No comments:

There was an error in this gadget

Pengiklanan