NUFFNANG Ads

Saturday, April 4, 2009

Radiokom Ciptaan 9W2 SUF

Inilah Radiokom Ciptaan 9W2SUF


9W2 SUF telah menghasilkan satu ciptaan terbaru dalam dunia RA negeri Perak yang mencatumkan Radio dan komputer dalam 1 tempat (cast) menjadikannya tertarik dan muncul sebagai ciptaan ulung.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) yang baru dilantik, ketika ditemui memberitahu, kotak komputer yang digunakan adalah dari jenis lama (AT) yang dikira sudah tidak dipedulikan oleh pengguna.

Bentuk kotak komputer itu begitu menarik, menjadikan saya ingin mengubahkannya menjadi satu ciptaan yang digabungkan dengan radio", jelasnya.

Menurutnya lagi, Semua peralatan didalam kotak komputer tersebut - mother board- cards dan lain-lain - sudah dikeluarkan dan tempat untuk dimasukan pemutar VCD/DVD itu digantikan dengan radio sementara bekalan elektriknya pula masih menggunakan power pad yang lama setelah diubahsuai.

Dengan kelengkapan ini, saya cuma membawa set komputer itu kemana-mana saya pergi terutama berada di kampung dan memudahkan saya ber QSO dengan rakan-rakan tanpa menambah kerja memasangnya." tambahnya lagi.


1 comment:

9w2zxz said...

Menarik
Boleh jadikan panduan kepada semua rakan ham.
satu kaedah yang boleh diketengahkan.
Walaubagaimanapun diharap dapat dipaparkan isi dalam kotak tu.
mungkin akan lebih berguna kepada rakan-rakan yang nak mencubanya.

Tahniah.

73

There was an error in this gadget

Pengiklanan