NUFFNANG Ads

Sunday, October 5, 2008

RAYA .. RAYA...RAYA



Sambutan hari lebaran Aidulfitri 1429H, suatu hari yang penuh bermakna lagi gemilang buat saya seisi keluarga.
pada tahun inilah saya mempunyai kawan-kawan yang bertambah, sejak saya menceburi dunia Radio Amatur di Negeri Perak.

Sambutan Aidulfitri kali ini lebih meriah lagi apabila Presiden PRADAS Pak Z, turut sama turun padang menemui rakan-rakan RA Perak.
Ini diikuti pula dengan kehadiran Kak Mas (yang sering kita dengar audionya di jaluran Pradas) bersama suami yang tersayang dan harmoni.

Kehadiran mereka pada raya ke 2 itu disambut oleh rakan-rakan RA Perak di kediaman 9W2OOB (Pak Alang) di Kg. Tanjung Belanja, Perak.

Sementara itu satu lagi rombongan RA Kuala Kangsar dan Ipoh mengunjung kediaman saya yang disertai oleh beberapa stesen yang ikut serta.

Rombongan yang julong kalinya itu diketuai oleh 9W2PHJ tiba ditempat kejadian kira-kira jam 8.00 malam dan ini merupakan stesen ke 14 (kediaman saya) sepanjangan lawatan tersebut ( dimaklumkan lawatan terakhir mereka pada malam itu di kediaman 9W2KLA (kak Lela) di Kuala Kangsar) stesen yang ke 15.

Saya bersama keluarga mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian rakan-rakan RA Kuala Kangsar dan Ipoh menghadiri majlis terbuka/rumah terbuka yang saya adakan tempuh hari.

Saya akhiri dengan Salam keluarga untuk keluarga..

No comments:

There was an error in this gadget

Pengiklanan