NUFFNANG Ads

Monday, October 27, 2008

Mesra...... Meriah....... Raya Parts

Mesra... Meriah... begitulah yang dapat ditafsirkan pada majlis Jamuan Raya Aidulfitri 1429H anjuran Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) tengah hari tadi (27 Oktober 2008)

Majlis tersebut berlangsung di Wakaf Parts (jalan Slibin, Ipoh) dihadiri lebih 60 stesen RA seluruh negeri Perak.
Sebelum majlis tersebut bermula, rakan-rakan RA terus berQSO di daratan secara berkumpulan seolah - olah sebuah keluarga yang melepaskan berkerinduan antara satu sama lain yang di selangseli dengan ketawa dan tersenyum lebar.

Pengerusi Parts, Pak Lop ( Redzuan Bin Jamaluddin - [9w2SLJ] ) telah berucap dan memula kan majlis jamuan tersebut.

Hidangan yang disajikan termasuk nasi, lemang, ketupat dan berjenis-jenis masakan dan kuih muih ada disediakan.
Sempena dengan majlis tersebut sekumpulan rakan-rakan RA (yang diketuai oleh Pak Naim 9W2NIM) yang baru sahaja memperolehi AA daripada MCMC meraikan "Sifu"pak Lop dan menyampaikan tanda mata diatas kejayaan beliau membimbing dan memberi latihan kepada para pelajar dibawah seliaannya sehingga memperoleh kejayaan yang cemerlang.
(Anak didik Sifu Pak Lop yang meraih kejayaan RAE lalu)

Saya bagi pihak rakan-rakan tersebut merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kami kepada SIFU "Pak Lop" justeru " JASA MU TETAP DI KENANG KE AKHIR HAYAT"

No comments:

Pengiklanan