
Majlis tersebut berlangsung di Wakaf Parts (jalan Slibin, Ipoh) dihadiri lebih 60 stesen RA seluruh negeri Perak.

Pengerusi Parts, Pak Lop ( Redzuan Bin Jamaluddin - [9w2SLJ] ) telah berucap dan memula kan majlis jamuan tersebut.

Hidangan yang disajikan termasuk nasi, lemang, ketupat dan berjenis-jenis masakan dan kuih muih ada disediakan.
Sempena dengan majlis tersebut sekumpulan rakan-rakan RA (yang diketuai oleh Pak Naim 9W2NIM) yang baru sahaja memperolehi AA daripada MCMC meraikan "Sifu"pak Lop dan menyampaikan tanda mata diatas kejayaan beliau membimbing dan memberi latihan kepada para pelajar dibawah seliaannya sehingga memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Saya bagi pihak rakan-rakan tersebut merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kami kepada SIFU "Pak Lop" justeru " JASA MU TETAP DI KENANG KE AKHIR HAYAT"