NUFFNANG Ads

Wednesday, August 4, 2010

Rakan Radio Amatur Perak

9W2 VHH




9W2 SDM - 9M2 ZAE - 9W2 HKR


9W2 HBC ( kiri sekali)

Sunday, April 18, 2010

Sudahlah Beruk - 2 Kali Jadi Beruk ??



Kalau Manusia berkelakuan macam beruk dalam foto diatas tetap orang mengatakan kita " Beruk" tapi kalau beruk yang melakukan sedemikian macam mana pulak? 2 kali beruk??? :)

Thursday, April 15, 2010

ANGGOTA PRADAS BERI BANTUAN



GOMBAK: Dalam kejadian jam 2.30 pagi semalam, mangsa yang berusia 30-an menaiki lori penghantar roti terbabit dengan duduk di sebelah suaminya yang memandu kenderaan berkenaan.

Difahamkan, mangsa dan suami ketika itu dalam perjalanan ke ibu kota sebelum terbabit kemalangan berhampiran Kilometer 39.6, Lebuh raya Karak di sini.

Saksi kejadian yang juga Pegawai Unit Bantuan Kecemasan Radio Dua Hala Selangor (Peradas), Shukor Hashim, berkata beberapa minit sebelum kejadian, sebuah treler panjang mengalami kerosakan berhenti di lorong kecemasan sebelum pemandunya meletakkan tanda amaran pada belakang treler terbabit.

Namun, tidak sampai beberapa minit kemudian lori roti dipandu suami mangsa gagal mengelak sebelum merempuh sisi kiri belakang treler terbabit.




“Pelanggaran kuat itu menyebabkan bahagian kiri lori roti dinaiki mangsa hampir ‘melekat’ dan remuk menyebabkan mangsa tersepit.

“Bagaimanapun, suami mangsa yang cedera ringan berjaya keluar dari lori terbabit sebelum diberikan rawatan oleh ambulans yang dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat yang tiba ke tempat kejadian beberapa minit kemudian menghadapi kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan keadaan lori roti terbabit yang remuk dan ‘melekat’ pada bahagian belakang tre ler itu.

Sementara itu, Ketua Pasukan Balai Bomba Bentong, Pahang, Shaffai Muda ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.18 pagi sebelum sebuah jentera bomba dan penyelamat bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian.

Friday, April 9, 2010

Ikan Oh Ikan



Paparan kali ini saya kemukakan jenis-jenis ikan besar yang terdapat dipengairan serta sebagai rezeki bonus kepada penangkap dan penggemar ikan. Mungkin juga ikan ini juga sulit untuk disiang maupun memasak kerana terlalu besar.










Sunday, April 4, 2010

UCAPAN TERIMA KASIH




Saya 9W2IPT mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Radio Amatur negeri Perak terutama sekitar bandaraya Ipoh yang berkesempatan mengunjungi dan menziarahi XYL saya yang terlantar di hospatal Pakar Ipoh.

Isteri saya yang dimasukan ke hospital berkenaan sejak hari khamis lepas menggalami ketumbuhan pada usus dan terpaksa melalui pembedahan dan sehingga kini masih lagi dirawat di tingkat 2, bilik 228.

Akhir kata sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah meluangkan masa menziarahi XYL saya yang mana tahap kesihatannya sudah hampir 70 peratus sembuh.

Sunday, March 28, 2010

Hampir 200 sertai Seminar Radio Amatur Perak

(Ahli Jawatankuasa Seminar bergambar bersama tetamu majlis tersebut)


IPOH :
Hampir 200 penggemar radio amatur (RA) negeri Perak telah menghadiri Seminar Sehari " RA" di hotel Malaysia di sini hari ini.

Seminar tersebut anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts).

Pengerusi Parts 9M2 SLJ dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga diatas penyertaan yang menggalakan dari para penggemar RA di seluruh daerah negeri ini.

Lima kertaskerja yang dibentang sepanjang seminar sehari itu iaitu; Syarat-syarat dan sukatan Peperiksaan Radio Amatur Oleh Pengarah bahagian Teknologi dan Standard SKMM, Cyberjaya Encik Ahmad Razif Ramli.

Majis penyampaian cendermata oleh Pengerisi Parts 9M2 SLJ kepada pembentang kertaskerja pada majlis tersebut.


Seminar Radio Amatur itu telah dirasmi oleh Pengarah Operasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Wilayah Utara Encik Ismail Othman.

( XYL kepada 9M2 SLJ ditengah, turut menyertai seminar tersebut)


Sementara empat lagi kertaskerja tersebut ialah; Isu-isu berkaitan standard dan kelulusan teknikal peralatan radio amatur oleh Head Communication & Multimedia( section SIRIM) QAS International Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor Puan Fauziah Fadzil - manakala kertaskerja berjudul " Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Penguatkuasaan Undang-undang dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Encik Enkatesulu a/l Juval (Penolong Pengarah Jabatan Pemantauan Dan Penguatkuasaan SKMM, Cyberjaya.

Bagi kertaskerja Penguntukan Radas Radio Amatur oleh Penolong Pengarah SKMM Wilayah Utara Encik Zainol Hamid dan Pengimportan Peralatan Radio Amatur pula oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam dan Eksais Diraja Negeri Perak Encik Terumuggam a/l Sarathee.


Para peserta yang menghadiri Seminar Sehari Radio Amatur di Hotel Malaysia hari ini.

Pengiklanan