NUFFNANG Ads

Thursday, April 15, 2010

ANGGOTA PRADAS BERI BANTUAN



GOMBAK: Dalam kejadian jam 2.30 pagi semalam, mangsa yang berusia 30-an menaiki lori penghantar roti terbabit dengan duduk di sebelah suaminya yang memandu kenderaan berkenaan.

Difahamkan, mangsa dan suami ketika itu dalam perjalanan ke ibu kota sebelum terbabit kemalangan berhampiran Kilometer 39.6, Lebuh raya Karak di sini.

Saksi kejadian yang juga Pegawai Unit Bantuan Kecemasan Radio Dua Hala Selangor (Peradas), Shukor Hashim, berkata beberapa minit sebelum kejadian, sebuah treler panjang mengalami kerosakan berhenti di lorong kecemasan sebelum pemandunya meletakkan tanda amaran pada belakang treler terbabit.

Namun, tidak sampai beberapa minit kemudian lori roti dipandu suami mangsa gagal mengelak sebelum merempuh sisi kiri belakang treler terbabit.




“Pelanggaran kuat itu menyebabkan bahagian kiri lori roti dinaiki mangsa hampir ‘melekat’ dan remuk menyebabkan mangsa tersepit.

“Bagaimanapun, suami mangsa yang cedera ringan berjaya keluar dari lori terbabit sebelum diberikan rawatan oleh ambulans yang dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat yang tiba ke tempat kejadian beberapa minit kemudian menghadapi kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan keadaan lori roti terbabit yang remuk dan ‘melekat’ pada bahagian belakang tre ler itu.

Sementara itu, Ketua Pasukan Balai Bomba Bentong, Pahang, Shaffai Muda ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.18 pagi sebelum sebuah jentera bomba dan penyelamat bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian.

No comments:

There was an error in this gadget

Pengiklanan