NUFFNANG Ads

Sunday, October 12, 2008

KUNJUNGAN RAKAN-RAKAN RA


Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan RA Perak yang sudi mengunjungi kediaman saya untuk berhari raya pada 12 Oktober 2008.

Dengan kehadiran rakan-rakan itu termaktublah silatulrahim kita yang berpanjangan lagi mesra untuk itu salam keluarga saya untuk keluarga anda.

Friday, October 10, 2008

TERKINI

RAE 2008-2 PDF Print E-mail
CYBERJAYA October 9, 2008 - The SKMM (MCMC) will be conducting the second Radio Amateur Examination (RAE) for the year 2008 on December 17, 2008 (Wednesday) at 2 pm, at regional exam centers nationwide.

Registration period for this exam opens today until October 24, 2008 (Friday).

Please visit www.skmm.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=30991764&winrid=56653995 for more details.

Thursday, October 9, 2008

Rakan Radio Amatur Perak

Diatas permintaan rakan-rakan RA Perak, di sini saya masukan semula foto rakan-rakan Radio Amatur (yang sebelah kanan tu) untuk dilihat secara lebih jelas (zoom) dengan mengklik foto-foto yang berkenaan - selamat maju jaya.

Monday, October 6, 2008

BERITA MUTAKHIR

Malam tadi vee99 (di ruang Udara Negeri Perak Darul Ridzuan) bersamaan 6 Syawal 1429 telah mengadakan check net yang dikendalikan saya sendiri.

Sebanyak 26 stesen mengambil bahagian dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kerjasama daripada rakan-rakan sehingga check net sempena Aidulfitri itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Saya juga mohon maaf kerana masih ada rakan-rakan yang ingin menyertai tidak dapat ikut serta kerana waktu yang terbatas. Insyaallah dapat dipertemukan semula di lain waktu dalam check net yang lain.

Stesen yang mengambil bahagian itu adalah seperti berikut;

1. 9w2 ????? (audionya tidak dapat dihubungi selepas check in) 2. 9w2FTB, 3. Swl CJS 4. 9w2KAA, 5. 9w2NIM, 6. swl TOR, 7. 9w2SUF, 8. 9w2SDM, 9.9w2HMI, 10.swl MON, 11. 9w2PIZ, 12. 9w2MEF, 13.9w2ZAE, 14.swl ULA, 15.9w2PHJ, 16. swlXNX 17. 9w2JOI, 18.9w2HKR, 19.swl MUZ, 20. 9w2MPB, 21.9w2DJJ, 22.9w2VHH, 23. 9w2COR, 24. 9w2OTH, 25 9w2SBD, 26.9w2DFA.

(* sekiranya terdapat nama anda tercicir dalam senarai check net ini dapat kiranya anda menghubungi saya untuk diperbetulkan dan terima kasih kepada pak Rosli (9W2TGA) yang telah memberi penjelasan- harap maaf)

Saya mohon maaf sekira terdapat kesalahan, tersasul kata atau terlanjur bahasa semasa menjadi net controler sekali lagi saya pohon maaf,
Yang Baik itu daripada Allah yang tidak sempurna itu datangnya dari diri saya sendiri
Selamat Hari Raya AidulFitri 1429H

Sunday, October 5, 2008

RAYA .. RAYA...RAYA



Sambutan hari lebaran Aidulfitri 1429H, suatu hari yang penuh bermakna lagi gemilang buat saya seisi keluarga.
pada tahun inilah saya mempunyai kawan-kawan yang bertambah, sejak saya menceburi dunia Radio Amatur di Negeri Perak.

Sambutan Aidulfitri kali ini lebih meriah lagi apabila Presiden PRADAS Pak Z, turut sama turun padang menemui rakan-rakan RA Perak.
Ini diikuti pula dengan kehadiran Kak Mas (yang sering kita dengar audionya di jaluran Pradas) bersama suami yang tersayang dan harmoni.

Kehadiran mereka pada raya ke 2 itu disambut oleh rakan-rakan RA Perak di kediaman 9W2OOB (Pak Alang) di Kg. Tanjung Belanja, Perak.

Sementara itu satu lagi rombongan RA Kuala Kangsar dan Ipoh mengunjung kediaman saya yang disertai oleh beberapa stesen yang ikut serta.

Rombongan yang julong kalinya itu diketuai oleh 9W2PHJ tiba ditempat kejadian kira-kira jam 8.00 malam dan ini merupakan stesen ke 14 (kediaman saya) sepanjangan lawatan tersebut ( dimaklumkan lawatan terakhir mereka pada malam itu di kediaman 9W2KLA (kak Lela) di Kuala Kangsar) stesen yang ke 15.

Saya bersama keluarga mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian rakan-rakan RA Kuala Kangsar dan Ipoh menghadiri majlis terbuka/rumah terbuka yang saya adakan tempuh hari.

Saya akhiri dengan Salam keluarga untuk keluarga..

Thursday, October 2, 2008

SEDANG DI BURU ??


Kereta ini sedang di buru oleh orang ramai kerana kereta inilah buat julong kalinya di Malaysia mengguna plet callsign RA.

Kereta ini terus menarik perhatian kemana sahaja kereta ini berada di serata negeri di Semenanjung Malaysia...........

Adakah ianya menarik ?? terserah pada pandangan dan pendapat anda...

(Jenaka Bulan Raya....jangan marahhhh..nanti kena jual !!!)

AHLI JAWATANKUASA / COUNCIL PARTs 2007~2009


Pengerusi : Redzuan Bin Jamaluddin [9w2SLJ]
(012-5187580)
e-mail: 9w2slj@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Naib Pengerusi : Mohd Noor Bin Abdul Aziz [9M2MRL]
e-mail: 9m2mrl@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it


Setiausaha : Mahadi Bin Yahya [9W2PHE]
(012-5157424)
e-mail: su@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Penolong Setiausaha : Mohd Zaki Bin Mat Shariff [9W2ZZR]
e-mail: 9w2zzr@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Bendahari : Haji Mustafakamal Bin Ismail [9W2GGR]
e-mail: bendahari@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Pengiklanan