Tuesday, October 27, 2009
R A Perak Turut Bantu Ops Menyelamat di Kuala Depang
(gambar diatas pemegang tiang jambatan telah bungkis dalam peristiwa tersebut)
Lebih 20 stesen Radio Amatur Perak turut membantu menyelamat mangsa runtuhan jambatan gantung di Kuala Depang Perak yang berlaku malam Isnin lepas.
Sementara 5 stesen RA tersebut telah hadir lebih awal kira-kira 1 jam selepas berlakunya kejadian tersebut malam kelmarin.
Kejadian itu berlaku semasa 198 pelajar Sekolah Rendah Kebangsan dibawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan menghadiri Perkhemahan 1 Malaysia.
difahamkan waktu terjadi kejadian tersebut kira-kira 22 pelajar sedang menggunakan jabatan gantung berkenaan untuk mengambil minuman.
Sehingga laporan ini ditulis seorang pelajar perempuan telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa (paginya) dan beliau adalah diantara 3 peserta perkhemahan tersebut yang dikenalpasti hilang dalam kejadian itu.
Penggulang kendalian Pertubuhan Penyiar Radio Amatur (Parts) Perak turut membuat lintas langsung dari lokasi kejadian.
(Foto ini pula Jabatan Gantung yang telah tumbang ditengah-tengah sungai dalam kejadian berkenaan)
Juru Foto:
9W2DTL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment