NUFFNANG Ads

Thursday, January 8, 2009

Ikan Ohh !! Ikan - Kenapa Kau Tak Timbul..




Beberapa rakan RA Perak sekarang telah mengalih aktiviti tambahan kepada menangkap ikan secara memancing - menjala - di sungai - di lombong dan tidak ketinggalan di kawasan Lata (Air terjun) menjadi tumpuan.


Baru-baru ini 4 stesyen yang telah menerokai kawasan Lata adalah 9W2 PHJ (ketua missi), 9W2 DJJ, 9W2 MPB dan 9W2 IPT - lokasi Lata air terjun Pecah Batu dan Lata Air Terjun Jeliang, Kuala Kangsar.

Menurut ketua missi tersebut Tuan Haji Jamalul, pada penerokaan pertama di Lata air terjun Pecah Batu menghasilkan kira-kira 3 kilo ikan manakala missi ke 2 Lata air terjun Jeliang memperolehi 5 kilo - kesemuanya jenis ikan tenggat ( seperti kelah).

Menurut Tuan Haji Jamalul, missi yang seumpama itu akan diteruskan dari masa ke semasa dan menjelajah seluruh kawasan Lata yang terdapat di negeri Perak.

1 comment:

Anonymous said...

apsal mike letak gambo MPB tgh menonggeng tu...buruk bebeno rupenya
hehe...

Pengiklanan