Saturday, November 29, 2008
Sunday, November 23, 2008
Pameran RA mendapat perhatian

Pameran Radio Amatur yang diadakan sempena Karnival Usahawan Kecil (IKS) Parit mendapat perhatian umum apabila mula dibuka kira-kira 10 pagi.
Pameran tersebut dikendalikan oleh Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) diadakan di Dataran MDPT Parit yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Perak Tengah En. Hasim Bin Haji Hasan.
Pada keseluruhan sambutan yang diberikan adalah sederhana tetapi meriah dalam suasana cuaca yang begitu baik sehingga karnival itu ditutup kira-kira jam 4 petang oleh Ahli Parlimen Parit YB Ustaz Drs Mohd Nizar bin Zakaria.

(Sebahagian daripada rakan-rakan RA Perak yang membantu menjayakan pameran tersebut - bergambar bersama Pengerusi Parts 9W2SLJ (Pak Lop) yang duduk sebelah kiri sekali)
nota: ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan RA yang membantu menyelenggarakan pameran tersebut.
Wednesday, November 19, 2008
Kelas RAE 2008-2 anjuran PARTS
Kelas persediaan untuk RAE 2008-2 anjuran PARTS akan bermula pada 21-Nov-2008 seperti butiran di bawah:
Tempat | : | Rumah Wakaf PARTS, Jalan Silibin, Ipoh. |
Hari | : | Setiap Jumaat malam Sabtu (21/11, 28/11, 05/12, 12/12) |
Masa | : | 08.00~10.00 malam (20.00~22.00 Hrs) |
Terbuka untuk semua rakan-rakan HAM terutamanya rakan-rakan SWAL yang akan menduduki peperiksaan RAE 2008-2 pada 17-Dis-2008 nanti. Selamat berjaya kepada semua calon RAE 2008-2.
sumber drp:
http://www.parts.org.my/joomla/index.php?option=com_content&task=view&id=65&Itemid=2
Tuesday, November 11, 2008
Perancangan Jaluran (Band Plan)


Nota: Untuk makluman anda, soalan tentang band plan pernah keluar dalam RAE 2008-1.
Monday, November 10, 2008
Mari Mengenali Bahasa Tawau

Aku bukan mahu perkatakan soal ketemadunan Tawau (sebab memang mundur dari aspek pembangunannya)… tapi aku mahu memberitahu bahawa ada beberapa bahasa unik yang biasa didengar di Tawau.
Here we go…
- Limpas : lalu, melewati.
- Peggal : buat naik angin, buat marah.
- Baccat : buat naik angin, buat marah.
- Ampas : hempas.
- Kompek : Beg plastik
- Tambling : Perbuatan akrobatik terjun sungai
- sanggar - pisang goreng
- gegger - gila
- kumpau - berlagak
- Kilik : gila-gila
- celledak : gedik, minta puji.
- pengkak - tempang
- langgok - gaya org dari indonesia
- jelek: tidak cantik
- sinting - gila
- Gasak: Hantam, tumbuk
- starring = hero
- lolok = serangga
- keroyok = gaduh ramai
- kanjopang = lipas
- parakang = hantu
- Gerek = sembelih
- kerbek = cakar
- bertrep=bergaya tidak tentu pasal
- mangat=kependekkan perkataan semangat
Untukmengetahui lebih lanjut sila ke http://puadede.com/v1/bahasa-orang-tawau/
Mari Belajar Loghat Perlis
PERKATAAN : awat
MAKSUD : kenapa?
AYAT : Awat hang ni pelik satu macam ja…
PERKATAAN : ayaq
MAKSUD : air
AYAT : mai kita minum ayaq ais.
MAKSUD : panggilan manja utk diri sendiri atau org lain
CONTOH DIALOG:
ATOK: awat cheq jadi buat macam ni? ?(Awat awak buat mcm ni?)
CUCU: cheq pun taktau.(saya pun taktau)???
PERKATAAN : loghat -
MAKSUD : sibuk, penyibuk
AYAT : awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..
PERKATAAN : geleboq -
MAKSUD : lumpur
AYAT : ghebau Pak Din jatuh dalam geleboq kat bendang pagi tadi…
PERKATAAN : meghela -?( sebutan: me ghe la )
MAKSUD : gatai,gedik2
AYAT : awat yang hang dok meghela sangat ni?
PERKATAAN : belengaih -
MAKSUD : melekat bergetah, comot
AYAT : Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.
PERKATAAN : herot petot
MAKSUD: senget, tak teratur
AYAT : apa hang lukis ni, herot petot ja…. ~lebih kurang mcm tu la
PERKATAAN: geghek (sebutan: ge ghek)
MAKSUD: basikal
AYAT: aku pi sekolah dulu naik geghek ja.
MAKSUD: selisih
AYAT: hari tu Kin seneghih dengan Kak Mimi. Tapi dia buat derrrk ja.???
PERKATAAN: ndoi
MAKSUD: buaian
AYAT: Mira sedang asyik hayun ndoi anak sedara dia.
nak tau loghat Johor?—>http://akusilentreader.blogspot.com/2008/11/tatabahasa-johor.html
Thursday, November 6, 2008
mari belaJar bhs sepanyol = LA FAMILIA ( KELUARGA )
HERMANO (ABANG ) = HERMANA ( KAKAK )
HIJO ( ANAK LELAKI ) = HIJA ( ANAK PEREMPUAN )
ABUELO ( ATOK ) = ABUELA ( NENEK )
TIO ( PAK CIK )= TIA ( MAK CIK )
NIETO ( CUCU LELAKI ) = NIETA ( CUCU PEREMPUAN )
PRIMO ( SEPUPU LELAKI ) = PRIMA ( SEPUPU PEREMPUAN )
SOBRINO ( ANAK BUAH LELAKI ) = SOBRINA ( ANAK BUAH PEREMPUAN )
MARIDO ( SUAMI ) = MUJER ( ISTERI )
SUEGRO ( AYAH MERTUA ) = SUEGRA ( MAK MERTUA )
CUNADO ( ABANG IPAR ) = CUNADA ( KAKAK IPAR )
YERNO ( MENANTU LELAKI ) = NUERA ( MENANTU PEREMPUAN )
Sunday, November 2, 2008
Double Zepp Antenna
Saturday, November 1, 2008
RM 15,000 PROJEK CYCLETHON 2008

Projek tersebut buat julongkalinya anjuran SMK Iskandar Shah tersebut secara besar-besaran dan mendapat sambutan menggalakan di kalangan para pelajar serta orang awam sekitar kawasan Parit, Bota, Manjung, Batu Gajah, Ipoh dan Gopeng.
Rakan-rakan Radio Amatur (RA)juga tidak melepaskan peluang untuk ikut serta menjayakan projek tersebut yang mula dilepaskan kira-kira jam 9.00 pagi sejauh 44 km.
Ahli Parlimen Parit Ustaz Drs. Mohd Nizar bin Zakaria telah menyumbang bantuan sebanyak RM 15,000 serta melancarkan projek tersebut.
