
Sekarang sudah masuk musim durian gugur di sekitar daerah di negeri Perak - pelbagai jenis durian sekarang sudah berada di pasaran dengan harga sedikit mahal dalam waktu yang terdekat ini (awal musim).Sempena dengan musim durian kali ini rakan V22 kita 9W2 MPB menjemput semua rakan-rakan Radio Amatur tidak kira berada dimana menghadiri majlis jamuan makan durian secara berkelah pada, masa dan tempat berikut;
Frekuensi perhubungan V.22 (145.275)
HP : 012 544 0454 ( Man )
#sebarang pertanyaan atau pandu arah bolehlah menghubungi kemudahan di atas.









Tahniah diucapkan kepada PARTS kerana laman web ini telah terpilih sebagai final 8 dan mendapat hadiah saguhati (RM500) dalam pertandingan Laman web NGO PENANG OPEN e-CREATIVE CHALLENGE 2009 atau CABARAN e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009 anjuran PDC dan SKMM. Oleh kerana Webmaster 9W2SHB Saleh tidak dapat hadir, saya mewakili beliau bersama pengerusi PARTS 9W2SLJ Pak Lope dijemput ke Bukit Jambul Golf Resort untuk majlis penyampaian hadiah pagi Sabtu 23-Mei-2009 yang lalu. Kami tak menyangka akan menang salah 1 hadiah saguhati dari 5 hadiah tersebut kerana pengerusi pertandingan mengumumkan sambutan yang menggalakkan iaitu lebih 100 penyertaan dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada semua ahli PARTS yang terlibat!. Untuk informasi dan koleksi foto sila layari 















