NUFFNANG Ads

Thursday, September 11, 2008

Lebih suka di panggil "Abang" daripada "Pak"

Tiba-tiba terasa sangat tua bila di panggil "PAK" walaupun baru masuk 40 'an.. dan sesuai ke untuk saya ni dipanggil "PAK"??, jika Isteri saya juga mempunyai minat yang sama... mungkin kena panggil apa?? Kenapa Bukan "OPAH" atau "MAK".. kenapa pula "Kakak".. adil kah? hehehe


Mungkin saya insan kerdil dalam dunia radio amatur ini.. cuba berQSO di Simplex dan Local Repeater sahaja.. memang perkataan "Abang" menjadi Kata ganti nama yang kami gunakan di Lembah Kinta...Sudah 51 tahun Merdeka ini, elok kita berbangga dengan Bahasa Kita Sendiri.. kenapa masih terikut dengan rakan-rakan seberang.. ( Contohnya.. "Tercopot-copot"....kenapa kita tidak gunakan "Terputus-putus"

"FIKIR-FIKIRKAN"

*dari blog Abg Sallehan/sbd

No comments:

Pengiklanan