Dikalangan rakan-rakan RA Perak khasnya, sudah tidak asing lagi dengan Wan Cacing - malah namanya sudah digezet sebagai ahli PRADAS.
Apa yang menarik tentang Wan Cacing?
*gambar kiri:
Heyy lu mau apa ahhh? mau order cacing ka atau cendawannn...."
Dimana sahaja dia berada sudah pasti mereka yang menghampiri - keras perut - gelihati- akan ketawa terbahak-bahak kerana telatahnya yang bersahaja " berpenyakit Melatah ".
Kalau anda kesepian - monyok? panggil sahaja Wan Cacing - sudah pasti bertukar riuh rendah......dimana-mana sahaja dan di majlis apa-apa pun bila adanya Wan Cacing pasti menarik perhatian...
*gambar kiri;
" alaaaaa.....ngantuk ley....tak cukup tido laa...bersahur... bersahur jugak......... "
Melatahnya ada gaya - ada rupa - ada sifat-sifat ganas - ganas?- apabila ada kekawan yang melatahkannya menyuruh memukul....menumbuk? menampar ? (tapi semua dilakukan secara tidak sengaja dan tidak memudharatkan sesiapa).
Dia juga sanggup berbuat apa sahaja sewaktu melatah hatta bercium sekalipun..hheheeee ni yang membuat orang-orang tertentu terutama YL takut menghampirinya dan lari.....
*gambar kanan:
Cuba anda fikir dan tenung lama-lama foto kanan ni... rupa siapakah dia ?..........
Begitulah sedikit sebanyak yang saya kenali Wan Cacing atau nama dalam kad pengenalan Wan Mohammed Zafuan bin Osman - masih belum berumah tangga dan sekarang bertugas sebagai Pegawai Penyelidik (R&D) pusat perusahaan Cendawan di Parit, Perak. callsign bagi Wan Cacing = SwL CJS

No comments:
Post a Comment