NUFFNANG Ads

Wednesday, September 10, 2008

Apa itu Radio amator

Radio amator merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amator di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amator yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amator hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amator memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.


Lesen radio amator di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amator mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 (9W) atau disebut sebagai Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 (9M)atau Nine-Mike-Two. Callsign tersebut adalah unik bagi setiap pemegangnya dan digunapakai untuk berhubung ke seluruh dunia.
Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt.
Di Malaysia, perkhidmatan radio amator dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau juga dikenali sebagai MCMC. Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amator perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amator atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amator dan diberikan callsign atau tanda pengenalan untuk berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula ber"QSO" atau berbual di dalam jaluran.
Setiap negara mempunyai badan yang bertanggungjawab memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan radio amator sebagaimana MCMC untuk Malaysia. Badan ini diikhtiraf oleh ITU International Telecommunication Union iaitu badan yang menyelia dan memantau aktiviti berkenaan telekomunikasi pada peringkat antarabangsa. Peruntukan callsign untuk sesuatu negara adalah dibuat di peringkat ITU. Badan khas yang memantau operasi radio amator di peringkat ITU adalah IARU International Amateur Radio Union. Setiap negara mempunyai hanya satu persatuan radio amator yang diikhtiraf oleh IARU. Untuk Malaysia, persatuan yang diikhtiraf oleh IARU adalah MARTS. Walaupun begitu, persatuan-persatuan lain yang berasaskan lokaliti (negeri, daerah, institusi dan sebagainya) atau kumpulan minat (pacuan 4 roda, khidmat kecemasan, pengembaraan dan sebagainya) bebas ditubuhkan dan beroperasi di Malaysia.

2 comments:

peihong said...

teman ingat aaaa kena perbetoikan sikit pasai lesen tu.... untuk malaysia kelas A 9M dan kelas B 9W. kalo tulis kelas A 9M2 atau kelas B 9W2 takut confuse dengan 9M6, 9M8, 9W6 dan 9W6.

p/s : sekadar pendapat yang tak seberapa.

9W2IPT said...

terima kasih atas keperhatinan sdr - sebenarnya lesen yang sdr maksudkan itu memang sedia ada sebegitu.

Namun untuk tidak mengelirukan, saya buatkan pandanan satu lagi dalam kurungan..bg'mana setuju kan?

Pengiklanan