NUFFNANG Ads

Sunday, March 28, 2010

Hampir 200 sertai Seminar Radio Amatur Perak

(Ahli Jawatankuasa Seminar bergambar bersama tetamu majlis tersebut)


IPOH :
Hampir 200 penggemar radio amatur (RA) negeri Perak telah menghadiri Seminar Sehari " RA" di hotel Malaysia di sini hari ini.

Seminar tersebut anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts).

Pengerusi Parts 9M2 SLJ dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga diatas penyertaan yang menggalakan dari para penggemar RA di seluruh daerah negeri ini.

Lima kertaskerja yang dibentang sepanjang seminar sehari itu iaitu; Syarat-syarat dan sukatan Peperiksaan Radio Amatur Oleh Pengarah bahagian Teknologi dan Standard SKMM, Cyberjaya Encik Ahmad Razif Ramli.

Majis penyampaian cendermata oleh Pengerisi Parts 9M2 SLJ kepada pembentang kertaskerja pada majlis tersebut.


Seminar Radio Amatur itu telah dirasmi oleh Pengarah Operasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Wilayah Utara Encik Ismail Othman.

( XYL kepada 9M2 SLJ ditengah, turut menyertai seminar tersebut)


Sementara empat lagi kertaskerja tersebut ialah; Isu-isu berkaitan standard dan kelulusan teknikal peralatan radio amatur oleh Head Communication & Multimedia( section SIRIM) QAS International Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor Puan Fauziah Fadzil - manakala kertaskerja berjudul " Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Penguatkuasaan Undang-undang dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Encik Enkatesulu a/l Juval (Penolong Pengarah Jabatan Pemantauan Dan Penguatkuasaan SKMM, Cyberjaya.

Bagi kertaskerja Penguntukan Radas Radio Amatur oleh Penolong Pengarah SKMM Wilayah Utara Encik Zainol Hamid dan Pengimportan Peralatan Radio Amatur pula oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam dan Eksais Diraja Negeri Perak Encik Terumuggam a/l Sarathee.


Para peserta yang menghadiri Seminar Sehari Radio Amatur di Hotel Malaysia hari ini.

1 comment:

9w2zxz said...

TAHNIAH,

Saya harap dapat diemailkan kertas kerja yang dibentangkan untuk rujukan .
t kasih
73

9w2zxz(at)gmail dot com

Pengiklanan