NUFFNANG Ads

Monday, August 10, 2009

Belajar Kod Morse.


Perisian bantuan belajar Kod Morse (CW – Code Morse);

1. Koch method CW Trainer.

Koch MethodKoch MethodKoch Method

Perisian ini bagi saya amat sesuai untuk saya mempelajari bunyi huruf-huruf CW dan bukan menghafal atau mengingati carta kod didalam kotak fikiran. Anda hanya perlu menyimpan huruf-huruf yang anda ingin pelajari kedalam fail txt dan mainkan semula, dengar dan tulis jangka masa belajar yang sesuai ialah antara 10 ke 15 minit sehari.

Pemasangan:

Ada dua fail yang perlu anda muat turun iaitu;

  1. Koch Morse Trainer dan
  2. KochRx.

Jika anda hanya memuat turun fail pertama anda hanya dapat menggunakan perisian tersebut untuk mendengar sahaja huruf yang telah sedia ada dalam perisian tersebut seperti “k” dan “m”.

Untuk membolehkan anda memainkan fail-fail huruf yang anda buat sendiri, anda memuat turun fail yang kedua dan pasangkan (install) dalam direktori yang sama dengan fail KochMorseTrainer.exe.

Untuk maklumat atau memuat turun terus dari laman pemilik sila lawati laman “Learn Morse by the Koch method“.




(Rujukan:
http://9w2bba.wordpress.com/2007/02/02/belajar-kod-morse/)

No comments:

Pengiklanan