NUFFNANG Ads

Saturday, December 6, 2008

Langkah sebelum dan semasa QSO

1. Memantau jaluran
* Periksa jaluran adakah sedang digunakan atau tidak
* Bilangan stesyen yang sedang berada di jalur
* Tajuk yang sedang di perbincangkan
* Penerimaan audio dan isyarat anda ketika itu.

2. Jika ingin bergabung
* Tunggu sehingga stesyen pertama menyerahkan PTT kepada stesyen yang ke dua
* Sebutkan callsign anda berserta dengan situasi anda ketika itu diantara waktu rehat stesyen pertama dengan stesyen yang ke dua.

Contoh:
PR-ABC Base standby

* Jangan sesekali menekan PTT untuk bergabung semasa ada stesyen sedang QSO
* Tunggu sehingga stesyen kedua menyerahkan PTT kepada anda.

3. Cara untuk menerima PTT

Sebutkan Callsign stesyen yang memberikan PTT kepada anda dahulu kemudian barulah anda sebutkan Callsign anda. Jika callsign rakan yang memberikan PTT kepada adalah PR-XYZ

Contoh:

PR-XYZ Base PR-ABC Base returning

Setelah anda menerima PTT, teruskan QSO anda dan pastikan PTT hendaklah di rehat kan dalam masa 3-5 saat setiap kali setelah anda bercakap dalam masa 15-20 saat. Jangan menekan PTT terlalu lama, kerana ia akan menyebabkan pancar ulang akan terhenti dan apa bila pancar ulang terhanti ia akan menggambil masa antara 30 saat untuk beroperasi semuala.

4. Cara untuk menyerahkan PTT

Apabila telah habis QSO dan anda hendak memberikan PTT kepada rakan yang seterusnya atau rakan yang menyerahkan PTT kepada anda. Anda perlu menyebutkan callsign rakan tersebut dahulu kemudian barulah anda sebutkan callsign anda. Jika callsing rakan yang hendak anda serahkan PTT itu adalah PR-XYZ

Contoh:

PR-XYZ Base PR-ABC Base standsby

Anda perlu tahu dimana kedudukan anda didalam jaluran, siapa rakan sebelum anda dan siapa rakan selepas anda supaya tidak akan ada rakan yang tertinggal atau putaran akan jadi kucar-kacir.


RUJUKAN : http://www.pradas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=63:qso-dengan-cara-betul&catid=1:latest-news&Itemid=73

1 comment:

yongzu @ 9W2YZU said...

Kata Tok Guru, empunya diri ini, jika berada di "base station", cukuplah sekadar menyebut "callsign" anda sahaja. Secara automatik, apabila "callsign" sahaja disebut, itu menandakan seseorang itu berada di "base station" seperti pada alamat yang tertera di AA.

Hanya apabila anda berada di "portable station" sebut "callsign + portable" dan sekiranya anda TX dari "mobile station" barulah disebut "callsign + mobile". ;)

Pengiklanan