NUFFNANG Ads

Sunday, November 23, 2008

Pameran RA mendapat perhatian

(9W2IPT sedang memberikan taklimat kepada Pegawai daerah Perak Tengah semasa berkunjung di Pameran tersebut)


Pameran Radio Amatur yang diadakan sempena Karnival Usahawan Kecil (IKS) Parit mendapat perhatian umum apabila mula dibuka kira-kira 10 pagi.

Pameran tersebut dikendalikan oleh Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) diadakan di Dataran MDPT Parit yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Perak Tengah En. Hasim Bin Haji Hasan.

(Rakan-rakan RA sedang sibuk membuat persiapan pada pameran tersebut)

Sebanyak 25 industri kecil serta 6 agensi Jabatan Kerajaan mengambil bahagian pada karnival yang julong kali diadakan oleh Pusat Internet Desa (PID) Parit.

Pada keseluruhan sambutan yang diberikan adalah sederhana tetapi meriah dalam suasana cuaca yang begitu baik sehingga karnival itu ditutup kira-kira jam 4 petang oleh Ahli Parlimen Parit YB Ustaz Drs Mohd Nizar bin Zakaria.

(Sebahagian daripada rakan-rakan RA Perak yang membantu menjayakan pameran tersebut - bergambar bersama Pengerusi Parts 9W2SLJ (Pak Lop) yang duduk sebelah kiri sekali)

nota: ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan RA yang membantu menyelenggarakan pameran tersebut.

No comments:

Pengiklanan